Categories
Gaya Hidup Teknologi

Setel Menambah Ciri Bantuan Baiki Kenderaan Seperti Gantian Bateri, Dan “Jump-Start”

Setel meneruskan fokus dalam menjadi sebuah aplikasi sehenti untuk pengurusan kenderaan – daripada mengisi minyak, menguruskan parkir, dan kini turut dalam mendapatkan bantuan melibatkan kenderaan. Melalui Setel, kini ia menawarkan kemudahan untuk menggantikan bateri kenderaan, atau menggunakan ciri “jump-start” untuk memulakan kenderaan.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Sediakan WiFi Percuma Di Semua Hospital Awam Seluruh Negara

Kementerian Kesihatan kini mengumumkan akan melaksanakan pemasangan perkhidmatan WiFi percuma di semua hospital awam seluruh negara. Pemasangan ini akan dilakukan secara berperingkat. Hospital pertama yang akan menerimanya adalah Hospital Rembau.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

GIPHY : GIF Semakin Kurang Popular Dikalangan Pengguna Muda

GIPHY, salah satu enjin carian memfokuskan GIF yang popular, kini menyatakan kepada badan persaingan di UK, menyatakan GIF semakin kurang popular digunakan sebagai bentuk kandungan – terutamanya melibatkan pengguna Gen Z. Ia dikatakan penggunaan GIF adalah trend orang dulu, dan bukannya dikalangan pengguna Gen Z. GIPHY mengatakan kadar muat-naik GIF baharu juga semakin merudum dari hari ke hari.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple iPhone 14, iPhone 14 Pro Dan iPhone 14 Pro Max Kini Mula Dijual Di Malaysia

Apple kini mula menjual tiga telefon pintar dibawah siri iPhone 14 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Model iPhone 14 dijual pada harga bermula RM4199, sementara iPhone 14 Pro bermula RM5299, dan iPhone 14 Pro Max pula bermula RM5799. Menjadi perhatian ramai pada tahun ini adalah ciri Dynamic Island pada siri Pro.

Categories
Teknologi

Bytedance Perkenal PICO4 – Set VR, Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Oktober

PICO, anak syarikat dibawah Bytedance yang turut terkenal dengan penawaran aplikasi TikTok, kini telah memperkenalkan set realiti-maya atau VR mereka terbaru, iaitu PICO4. Menariknya adalah, kali ini PICO turut mengumumkan set ini bakal hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2022 ini.

Categories
Teknologi

Telegram Mengurangkan Harga Langganan Telegram Premium Di Malaysia – Kini RM13.90 Sebulan

Telegram telah memperkenalkan perkhidmatan Telegram Premium pada bulan Jun 2022 lepas, pada harga langganan RM22.90 sebulan. Ketika pengenalan, ramai merungut harganya mahal, dan kini Telegram dilihat mengemaskini harga langganan untuk pasaran Malaysia, kepada RM13.90 sebulan. Telegram Premium tawar perkhidmatan bebas iklan, muat-turun lebih laju, perkongsian fail lebih besar, dan beberapa ciri tambahan lain.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Perkenal Aplikasi TikTok Now Di Malaysia

TikTok kini memperkenalkan sebuah aplikasi baharu untuk pengguna Malaysia, iaitu TikTok Now. Melaluinya, pengguna boleh kongsi detik istimewa dalam bentuk video 10 saat dengan rakan-rakan. Pengguna diberikan masa selama 3 minit untuk berkongsi sesuatu, dan ditawarkan secara rawak kepada pengguna – membuatkan pengguna tidak boleh merancang, dan perlu berkongsi detik semasa.

Categories
Kewangan Teknologi

Mark Zuckerberg Hilang $71 Bilion Kekayaan Pada Tahun 2021 Ini

Pada tahun 2021 ini sahaja, Mark Zuckerberg telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $71 bilion – disebabkan kejatuhan harga saham syarikat Meta. Mengikut kekayaan semasa, Mark Zuckerberg dilihat mempunyai nilai kekayaan berjumlah $55.9 bilion. Ini memperlihatkan kejatuhan mendadak berbanding September 2021, yang pernah mencatatkan nilai $142 bilion.

Categories
Teknologi

Kajian Mendapati Butang “Dislike” Dan “Not Interested” Tidak Begitu Berfungsi Di YouTube

Pada laman YouTube, terdapat butang “Dislike” dan “Not Interested” pada sesuatu video – yang sepatutnya tidak memaparkan video seumpamanya kepada pengguna. Namun, mengikut kajian, ia didapati perkara tersebut tidak berlaku. YouTube didapati masih lagi menyarankan video yang dilabel tidak disukai dan ditanda supaya jangan disarankan.

Categories
Teknologi

Microsoft Memperkenalkan Windows 11 2022 Update

Microsoft kini memperkenalkan kemaskini kepada sistem operasi Windows 11, melalui Windows 11 2022 Update. Ia menawarkan beberapa ciri baharu, termasuk mod pemfokusan, kemaskini pada menu Start, sokongan tab pada File Explorer, dan banyak lagi. Kemaskini ini ditawarkan percuma.