Categories
Teknologi

Honda Panggil Balik 702 Unit Civic FE 2022 & City RS Hybrid 2021

Honda Malaysia kini memanggil balik model City Hybrid 2021 dan Civic 2022 sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga.
City Hybrid 2021 dipanggil balik untuk ganti kamera ADAS yang dipasang pada cermin depan berikutan kamera tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik. 72 unit Civic 2022 dipanggil balik sebagai langkah membaiki titik kimpalan pada pelaras gelongsor di tempat duduk pemandu.

Categories
Teknologi

5G Kini Meliputi 33% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

Menteri Komunikasi dan Multimedia, kini berkongsi mengatakan terdapat lebih 2100 tapak 5G yang kini beroperasi, setakat Ogos 2022 lepas. Selari dengan perkembangan tersebut juga, kini liputan 5G mencecah 33% kawasan penduduk di beberapa buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Categories
Teknologi

Apple Umum Peningkatan Harga Aplikasi Untuk Pasaran Malaysia

Apple kini mengeluarkan notis, mengatakan mereka akan tingkatkan harga untuk aplikasi berbayar dan juga pembelian dalam aplikasi melalui Apple App Store, bermula 5 Oktober 2022 ini. Untuk para pengguna, jangan terkejut dengan peningkatan harga yang akan dilakukan pada kedai aplikasi pada iPhone dan iPad anda bermula bulan hadapan.

Categories
Semasa Teknologi

PerantiSiswa Dijangka Akan Selesai Diedar Pada November

Kerajaan kini berkongsi sasaran untuk selesai mengedarkan peranti dibawah inisiatif PerantiSiswa menjelang November 2022 kelak. Pengedaran untuk fasa pertama dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu lagi, sebelum pengedaran untuk fasa kedua bermula sekitar Oktober kelak. Sekitar 300,000 permohonan telah diterima setakat ini.

Categories
Sains Teknologi

IBM Goldeneye Ialah Sistem Penyejuk Komputer Quantum Yang Lebih Sejuk Berbanding Angkasa Lepas

Untuk memastikan komputer dapat berfungsi degan optimum, sistem penyejukan yang baik diperlukan. Selari dengannya, untuk penggunaan komputer kuantum generasi seterusnya, para saintis di IBM telah membangunkan sistem penyejukan yang diberi nama Goldeneye. Ia berbentuk silinder dengan kemampuan menurunkan suhu ke 23 mK yang lebih sejuk berbanding angkasa lepas.

Categories
Kewangan Teknologi

Luno Malaysia Menambah Dua Lagi Penawaran Kriptowang – Solana Dan Cardano

Luno Malaysia kini mengumumkan penambahan dua lagi penawaran kriptowang untuk pengguna tempatan, iaitu kriptowang Cardano (ADA) dan juga Solana (SOL). Kedua-duanya boleh dijual-beli melalui platform Luno di Malaysia bermula 21 September 2022 untuk Cardano, dan bermula 6 Oktober untuk Solana.

Categories
Teknologi

Intel Akan Menamatkan Penggunaan Jenama Pentium Dan Celeron Pada 2023

Intel kini menyatakan mereka tidak lagi akan menggunakan penjenamaan Pentium dan Celeron, sebaliknya akan memanggil kedua-duanya dibawah jenama baharu, iaitu Intel Processor. Perubahan ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula tahun 2023 untuk kategori komputer riba.

Categories
Teknologi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Lulus Cadangan Penggabungan Digi Dan Celcom

Digi dan Celcom telah menyatakan akan bergabung dibawah satu entiti sejak awal tahun 2021 lepas. Ia seterusnya telah melalui sejumlah fasa, termasuk pengesahan pihak pemegang saham, pengesahan pihak SKMM, dan kini mereka turut menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Categories
Teknologi

Siri Apple iPhone 14 Kini Sudah Boleh Dipra-tempah Di Malaysia

Apple kini telah membuka pra-tempahan untuk siri iPhone 14, membolehkan para pengguna di Malaysia akhirnya melakukan pra-tempahan untuk model yang diminati mereka, dan menerimanya bermula minggu hadapan. Sebanyak empat variasi model ditawarkan, termasuk yang paling berkuasa adalah iPhone 14 Pro Max dengan storan paling tinggi pilihan 1TB.

Categories
Teknologi

Zoom Ingin Perkenal Aplikasi Emel Dan Kalendar

Zoom yang terkenal dengan penawaran aplikasi untuk panggilan video dan telesidang, kini dilaporkan akan memperkenalkan perkhidmatan emel dan juga kalendar seawal November kelak. Masing-masing dijangka dikenali dengan nama ZMail dan Zcal.