Categories
Gaya Hidup Teknologi

Astro Ingin Tambah Lebih Banyak Penawaran Perkhidmatan Penstriman Dibawah Mereka

Pada hari ini, Astro sedia menawarkan beberapa perkhidmatan penstriman yang ditawarkan bersama langganan Astro, termasuk antaranya adalah Netflix, Disney+ Hotstar, iQiyi, HBO Go dan beberapa yang lain. Disamping ini, Astro kini menyatakan hasrat untuk tambah lebih banyak penawaran perkhidmatan penstriman dibawah mereka, selain menghasilkan lebih banyak Astro Originals.

Categories
Teknologi

Pengguna iPhone 8 Dan Ke Atas Kini Boleh Memasang iOS 16

Pengguna iPhone 8 dan juga yang terkini, kini sudah boleh mengemaskini sistem operasi iPhone masing-masing dengan iOS 16. Bersama dengannya, sejumlah ciri baharu disertakan, termasuk kebolehan kustomasi paparan, sokongan widget, dan sejumlah ciri-ciri menarik lain.

Categories
Teknologi

Pengguna Celcom Kini Guna Secara Purata 24.2GB Sebulan

Menurut Celcom, penggunaan data terus meningkat dikalangan pengguna mereka dari tahun ke tahun, dan kini pengguna secara purata menggunakan data sebanyak 24.2GB sebulan. Ini memperlihatkan peningkatan penggunaan data sebanyak 6% berbanding pertengahan pertama 2021 yang lepas. Penggunaan dilihat akan terus meningkat disebabkan oleh akses kepada video dan data bersaiz besar pada hari ini.

Categories
Teknologi

Proton Tubuh Anak Syarikat Memfokuskan Pemasaran Kereta Elektrik

Proton kini telah menubuhkan sebuah anak syarikat baharu, dinamakan PRONET – Proton New Energy Technology. Ia akan memfokuskan kepada pemasaran kenderaan elektrik dan tenaag baharu, bermula dengan pengedaran kereta SMART #1 yang akan bermula pada tahun 2023 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Instagram Sedang Uji Ciri “Regram” Untuk Perkongsian Semula Di Feed

Kini Instagram sedang menguji ciri lebih kurang sama, membolehkan pengguna berkongsi semula kepada rakan-rakan yang mengikuti profil mereka. Ciri ini masih pada peringkat ujian, dimana pengguna dipaparkan butang berkongsi semula pada Feed, dan perkongsian dihimpunkan pada sebuah tab khusus pada profil.

Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Dilancarkan Secara Rasmi Di Pulau Pinang

Yes kini telah pun melancarkan rangkaian 5G secara rasminya di Pulau Pinang, sekaligus membolehkan orang ramai mendapatkan kad SIM Yes 5G, dan menikmati rangkaian 5G berkelajuan tinggi di sejumlah lokasi terpilih sekitar negeri Pulau Pinang. Yes merupakan satu-satunya penyedia telekomunikasi yang kini menyediakan rangkaian 5G kepada pengguna.

Categories
Teknologi

Apple iPhone 14 Pro Hadir Dengan Rekaan Skrin Berlubang, Kamera 48MP

Apple kini telah melancarkan iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Ia hadir dengan rekaan skrin menyertakan lubang berbentuk pil menggantikan takuk dan interaktif mengikut aplikasi, dijana cip Apple A16 Bionic, dan kamera 48-megapixel. Di Malaysia, ia dijual bermula harga RM5299.

Categories
Teknologi

Apple Menyertakan Sokongan SOS Kecemasan Menggunakan Satelit Pada iPhone 14

Apple kini mengumumkan ciri komunikasi baharu pada iPhone 14, iaitu sokongan penggunaan satelit. Pengguna boleh menghantar SOS kecemasan ketika berada di kawasan luar talian. Pengguna perlu menghalakan iPhone ke satelit berhampiran, dan seterusnya selepas ia berhubung, pengguna boleh menghantar SOS kecemasan. Buat masa ini, ciri ini terhad di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

Categories
Teknologi

Apple Watch Ultra Hadir Dengan Sokongan Lebih Menarik, Pada Harga RM3799

Apple kini mengemaskini penawaran jam tangan pintar melalui Apple Watch Ultra – ditujukan kepada mereka yang sering melakukan aktiviti lasak dan aktif bereksplorasi. Ia hadir dengan skrin lebih besar, bateri sehingga 60 hari, sokongan GPS lebih jitu, dan sebuah butang khusus pada bahagian tepi.

Categories
Teknologi

Apple Memperkenalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus

Apple kini telah memperkenalkan telefon pintar generasi baru mereka, iaitu iPhone 14. Ia hadir dengan cip Apple A15 seperti pada model tahun lepas, tetapi dengan pembaharuan seperti kamera utama 12MP baru, dan juga sokongan komunikasi satelit. iPhone 14 Plus juga menggantikan model mini sebelum ini.