Categories
Teknologi

Adobe Membeli Figma Pada Nilai RM90 Bilion

Adobe hari ini mengumumkan akan membeli Figma, salah satu platform dan aplikasi popular untuk rekabentuk antaramuka dan grafik, pada nilai mencapai RM90 bilion. Proses transaksi dijangka akan selesai pada 2023, dan Adobe akan integrasikan Figma ke dalam Adobe Creative Suite.

Categories
Sains Teknologi

China Menemukan Mineral Bulan Baharu Yang Boleh Menjadi Sumber Bahan Tenaga Bersih

China mengumumkan penemuan mineral baharu di permukaan bulan yang diberi nama Changesite-(Y). Mineral yang telah disahkan sebagai penemuan baharu oleh International Mineralogical Association (IMA). Dengan ini China menjadi negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia yang berjaya menemukan mineral baharu di permukaan bulan.

Categories
Kewangan Teknologi

Pihak Pengurusan Syarikat Induk Shopee Berhenti Mengambil Gaji, Sehingga Situasi Syarikat Kembali Stabil

SEA Group, syarikat induk disebalik platform edagang Shopee, kini memaklumkan CEO dan juga pasukan pengurusan tertinggi SEA akan berhenti mengambil gaji sehingga kumpulan syarikat tersebut berjaya mencapai tahap perolehan yang baik. Disamping itu, perbelanjaan operasi juga dikurangkan serta diperketatkan lagi.

Categories
Teknologi

Lenovo Perkenal Laptop Menggunakan Skrin Sekunder Ganti Telefon

Lenovo kini mula menjual ThinkBook Plus Gen 3, yang turut hadir dengan skrin kedua bersaiz 8-inci LCD bersebelahan dengan papan kekunci. Penawaran ini dijangka akan tingkatkan produktiviti, selain memudahkan proses melakar. Skrin kedua turut boleh dihubungkan ke telefon Android, memudahkan anda melihat skrin komputer dan telefon tanpa pegang telefon sepanjang masa.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

GoPro Kini Perkenal GoPro Hero11 Black Dan Hero11 Black Mini

GoPro kini perkenal kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero11 Black dan juga GoPro Hero 11 Black Mini. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi berbeza dengan skrin dan bateri. Kamera aksi ini dijangka ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Categories
Teknologi

Canva Perkenal Produk Pengurusan Dokumen – Bersaing Dengan Microsoft Office

Canva yang terkenal dengan penawaran produk grafik, kini turut memperluaskan produk mereka meliputi aplikasi produktiviti dan pengurusan dokumen, sekaligus bersaing dengan Microsoft Office dan juga Google Workspace. Ini sekaligus memperluaskan penggunaan produk mereka, yang terutamanya diminati oleh ramai anak muda masa kini.

Categories
Teknologi

Starbucks Umum Sistem Ganjaran Berasaskan NFT, Dinamakan Starbucks Odyssey

Starbucks kini berkongsi berkenaan perancangan menawarkan sistem ganjaran berasaskan kepada rantaian-blok dan juga NFT, dinamakan sebagai Starbucks Odyssey. Ia akan berasaskan kepada rantaian-blok Polygon, dan akan turut menyatukan bersama penawaran Starbucks Rewards sedia ada. Info lanjut berkenaan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Categories
Teknologi

Kelak YouTube Akan Memaparkan Sehingga 5 Iklan Sebelum Video Boleh Dimainkan

YouTube telah sedia memaparkan iklan sebanyak 2 kali sebelum ini, dan kini ia dilihat akan dipertingkatkan kepada 5 kali sebelum sesuatu video dimainkan. YouTube mengatakan, iklan yang dimainkan lima kali berturut-turut ini adalah di bawah 6 saat setiap satu. Oleh sebab itu lima dimainkan berterusan berbanding dua iklan yang turut mengambil masa sehingga 30 saat.

Categories
Teknologi

Instagram Perkenal Family Center Di Malaysia – Membolehkan Ibu Bapa Pantau Kegiatan Anak-Anak

Instagram kini mengumumkan pengenalan ciri Family Center untuk para pengguna di Malaysia, sekaligus membolehkan para ibu bapa memantau dan mengawasi kegaitan anak-anak mereka pada platform tersebut. Ciri ini akan diaktifkan bermula 16 September 2022 ini untuk semua.

Categories
Teknologi

Arab Saudi Guna Robot Yang Boleh Sampaikan Khutbah Dan Azan Dari Imam Serta Muazin

Arab Saudi kini perkenal, robot baharu yang boleh membaca Quran, pesanan, khutbah dan juga azan melalui imam serta muazin. Maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diketahui buat masa ini, sama ada ia menyimpan sejumlah rakaman, atau berfungsi sebagai sebuah speaker mudah-alih kepada para jemaah. Robot ini turut menyertakan sebuah skrin besar yang membolehkan paparan maklumat.