Categories
Teknologi

Android 14 Akan Menyokong Sambungan Komunikasi Satelit

Pihak Google kini berkongsi mengatakan sistem operasi Android seterusnya, iaitu Android 14 yang akan diperkenalkan pada 2023 kelak, bakal menyertakan sokongan untuk sambungan komunikasi berasaskan satelit. Buat masa ini, ciri tersebut sedang direkabentuk, sekaligus memperlihatkan sokongan tersebut akan diperkenalkan meluas menjelang 2024.

Categories
Teknologi

Ini Adalah Penawaran Dibawah PerantiSiswa – Galaxy Tab A8, Smart Keyboard Trio 500, Stylus Pen Dan Book Cover

Kerajaan sedia mengumumkan inisiatif PerantiSiswa, menawarkan tablet untuk tujuan pembelajaran bagi mahasiswa di IPTA dan juga IPTS. Terbaru, pihak kerajaan berkongsi gambar peranti berkenaan yang bakal diedarkan bermula esok, iaitu Galaxy Tab A8, bersama sejumlah aksesori untuknya dalam memudahkan pembelajaran.

Categories
Teknologi

Oppo Akan Berhenti Menyertakan Pengecas Pada Peranti Bermula 2023

Terbaru, Oppo turut berkongsi mengatakan akan berhenti menyertakan pengecas bersama kotak pembelian dalam tempoh 12 bulan akan datang. Oppo dijangka menghentikan penawaran ini untuk beberapa peranti, secara berperingkat.

Categories
Teknologi

Twitter Akan Memulakan Ujian Untuk “Edit” Tweet Pada Bulan Ini

Selepas sekian lama dinantikan, kini Twitter mengumumkan mereka sedang menguji butang sunting atau “Edit Tweet.” Ia akan membolehkan pengguna melakukan suntingan dalam tempoh sehingga 30 minit selepas ia diterbitkan. Setiap Tweet yang disunting turut akan dilabelkan, dan boleh lihat Tweet sebelum disunting.

Categories
Teknologi

Samsung Dilaporkan Akan Buang Kabel USB-C Dalam Kotak Pembelian Telefon Pada 2023

Samsung sebelum ini sedia membuang kepala pengecas pada pembelian peranti mereka. Kini, hadir laporan baharu, mengatakan Samsung turut akan membuang kabel pengecas USB-C yang disertakan dalam kotak tidak lama lagi. Perubahan ini dijangka dilakukan pada siri Galaxy A pada 2023 kelak, dan sebahagian daripada langkah Samsung dalam mengurangkan plastik dalam pembelian.

Categories
Teknologi

Facebook, Instagram, Dan WhatsApp Versi Berbayar Bakal Dibangunkan

Meta kini menubuhkan sebuah bahagian khusus, ingin melihat kepada kaedah penawaran sejumlah ciri-ciri eksklusif secara berbayar, sekaligus membolehkan Meta menjana pendapatan melalui langganan pada Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Categories
Teknologi

Tony Fernandes : Tidak Lama Lagi, Tempahan Makanan Akan Dihantar Melalui Dron

Tony Fernandes yang mengetuai AirAsia, kini berkongsi melalui media sosial beliau, mengatakan kelak mereka akan melakukan penghantaran makanan melalui dron. Dengan menggunakan dron, ia dijangka penghantaran akan lebih efisien dan pantas berbanding sedia ada – dalam masa sekitar 10 minit.

Categories
Teknologi

Asus Akan Mula Jual Laptop Hibrid Dengan Skrin Boleh-Lipat Di Malaysia Pada Harga RM14,999

Asus kini mengumumkan Zenbook 17 Fold OLED akan ke pasaran Malaysia pada suku ke-4 tahun ini, pada harga RM14,999. Ia hadir dengan skrin 17.3-inci yang boleh dilipat separuh menjadi dua paparan bersaiz 12.5-inci, dan sesuai digunakan dalam mod tablet atau komputer riba.

Categories
Teknologi

DNB : Hanya 4 Syarikat Telekomunikasi Berminat Mendapatkan Pegangan

DNB hari ini mengatakan hanya 4 syarikat telekomunikasi yang kekal berminat mendapatkan pegangan ekuiti berbanding dengan 6 syarikat yang menyatakan minat sebelum ini. Walaupun tidak menyatakan nama syarikat, mengikut laporan awal, ia dikatakan Maxis dan U Mobile tidak menyertai dalam mendapatkan pegangan pada DNB.

Categories
Teknologi

Aplikasi Facebook Gaming Akan Ditamatkan Pada Oktober Ini

Facebook kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Facebook Gaming pada 28 Oktober 2022 kelak. Aplikasi ini telah dilancarkan sekitar dua tahun lepas, memudahkan pengguna mengikuti penstriman langsung permainan video oleh pengguna, disamping mengakses kepada sejumlah permainan ringkas terus pada aplikasi tersebut.