Categories
Gaya Hidup Teknologi

Hong Kong Menguji Sistem Lampu Melintas Jalan Untuk Pengguna Peranti Yang Lalai

Di Hong Kong, sistem lampu baharu di kawasan melintas jalan telah diperkenalkan bagi mengelakkan pengguna lalai melintas jalan. Apabila ia menyala, keseluruhan kawasan sebelum melintas akan disinari cahaya merah dan begitu juga semua individu di bawahnya.

Categories
Teknologi

Merdekaverse – Mengabungkan Sambutan Merdeka Ke Alam Metamesta

Dengan populariti metamesta yang hangat diperkatakan, kini sebuah projek Merdekaverse diumumkan, akan memperlihatkan sambutan Hari Kebangsaan dilakukan secara metamesta bermula tengah malam 31 Ogos 2022. Orang ramai boleh ke laman Merdekaverse, mencipta avatar tersendiri, dan menyertai perayaan dalam dunia maya tersebut.

Categories
Sains Teknologi

Jepun Jual Sut Bertema Evangelion Bagi Memastikan Postur Tubuh Baik Ketika Mengangkat Barang

Di Jepun, kini sut bertemakan Evangelion dijual kepada para pekerja, membolehkan ia dipakai dan mengelak kecederaan tulang belakang pada pekerja yang melakukan tugasan di gudang. Sut ini mempunyai pemegang pada dada, kaki dan bahu – memastikan postur tubuh betul ketika angkat barang. Sut ini dijual pada harga RM2.6k.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Topi Keledar Yang Menapis Pencemaran Udara Dibangunkan Di India

Sebanyak 20 daripada 30 bandar dengan pencemaran udara terburuk dunia terletak di India. Menyedari hakikat ini, PUROS, sebuah topi keledar dengan penapis udara terbina telah dihasilkan di India. Ia dilengkapi penapis HEPA yang boleh memerangkap partikel udara sebesar PM 2.5.

Categories
Teknologi

Apple Dijangka Menambah Ciri Komunikasi Melalui Satelit Pada iPhone 14

Apple kini dijangka memperkenalkan ciri komunikasi melalui satelit pada iPhone 14 kelak. Mengikut spekulasi awal, sambungan satelit ini dijangka digunakan untuk komunikasi kecemasan, membolehkan pengguna iPhone melaporkan kecemasan kepada pihak berkuasa, dan juga menghantar SMS kepada ahli keluarga terdekat melalui sambungan satelit, tanpa perlu sambungan selular.

Categories
Teknologi

Axiata-RHB Akan Lancar Bank Digital Pada 2023

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan sebanyak lima lesen bank digital di Malaysia. Salah satu penerimanya adalah konsortium Boost-RHB. Terbaru, pihak Axiata berkongsi mengatakan konsortium Boost-RHB akan melancarkan bank digital mereka pada tahun 2023 kelak.

Categories
Teknologi

Twitter Kini Sertakan Sokongan Podcast

Twitter kini meneruskan pelaburan dalam arena audio. Selepas memperkenalkan Spaces sebelum ini, kini Twitter turut telah mula menyertakan kandungan podcast terus pada aplikasi mereka – membolehkan penguna mengikuti pelbagai perkongsian terkini sambil mendengar podcast.

Categories
Teknologi

Xiaomi Berhenti Menawarkan Pengecas Bersama Pembelian Telefon Redmi

Xiaomi sebelum ini telah berhenti menyertakan pengecas pada telefon mercu mereka, dan kini turut berhenti menawarkan pengecas secara terbina pada kotak peranti telefon siri Redmi. Perubahan ini telah mula dilakukan di India sejak minggu ini.

Categories
Teknologi

Huawei Ingin Perkenal Mate50 Dua Hari Sebelum Pelancaran iPhone 14

Huawei kini menjadualkan pengenalan telefon mercu terbaru mereka, Huawei Mate50 pada 6 September ini – iaitu dua hari sebelum pelancaran telefon Apple iPhone 14. Selain spesifikasi mercu, Mate50 juga bakal menjadi telefon pertama menggunakan pengimejan XMAGE, menggantikan Leica.

Categories
Teknologi

iPhone Pertama Yang Masih Baru Dalam Kotak Berjaya Dilelong Pada Harga Lebih RM158,000

Barangan Apple sering mempunyai harga nostalgianya yang agak tinggi. Terbaru, iPhone pertama yang dilancarkan pada tahun 2007 lepas, telah terjual pada harga lebih RM158,000. iPhone ini tersimpan dalam kotak dengan plastik yang masih belum dikoyakkan.