Categories
Gaya Hidup Teknologi

Shell Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Isi Minyak Seumpama Setel

Semakin hari semakin banyak aplikasi yang memudahkan urusan seharian dan hari ini Shell secara rasminya telah melancarkan aplikasi mereka iaitu Shell Asia. Aplikasi ini boleh digunakan untuk membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter, dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink. Buat masa ini, ia boleh diguna di 650 stesen minyak Shell di Malaysia.

Categories
Teknologi

Kini, Perlu Bayar Untuk Menggunakan TweetDeck

Kepada pengguna Tweetdeck hari ini ialah hari yang menyedihkan kerana klien popular Twitter ini tidak lagi boleh digunakan secara percuma. Seperti yang telah dijanjikan oleh X bulan lalu, TweetDeck memerlukan langganan X Blue (Twitter Blue) untuk digunakan. Jika TweetDeck diakses oleh pengguna tanpa langganan Blue, akan terpampang imej untuk melanggan terlebih dahulu.

Categories
Teknologi

Xiaomi CyberDog 2 Hadir Dengan Sejumlah Kemaskini – Lebih Menyerupai Anjing

Dua tahun selepas Xiaomi CyberDog dilancarkan, hari ini Xiaomi CyberDog 2 pula dilancarkan. Kali ini anjing siber ini mempunyai saiz yang lebih kecil, kerana menurut Xiaomi model asal sedikit menakutkan kanak-kanak. CyberDog 2 hanya seberat 8.9 kg dan sepanjang 36.7cm. Walaupun lebih kecil ia lebih bijak dan kompleks dengan ia dilengkapi 12 motor bagi membolehkan ia bergerak dengan kelajuan 1.6 m/s. X

Categories
Teknologi

Apple Watch X Dengan Rekaan Lebih Nipis Sedang Dibangunkan

Apple Watch akan menyambut ulang tahun jualannya yang ke sepuluh pada tahun 2025. Sempena ulang tahun yang penting ini, Apple kini dijangka memperkenalkan Apple Watch X yang hadir dengan kemaskini rekaan serba baharu kepada keluarga jam tangan pintar Apple, termasuk rekaan yang lebih nipis.

Categories
Teknologi

Aplikasi ChatGPT Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Di Malaysia

OpenAI kini telah mula menawarkan muat-turun untuk aplikasi ChatGPT bagi para pengguna telefon dan peranti Android di Malaysia. Dengan langkah ini, semua pengguna peranti Android di Malaysia boleh memuat-turun aplikasi ChatGPT, dan menggunakannya dalam bertanyakan pelbagai soalan atau mendapatkan sesuatu maklumat dengan sokongan kecerdasan buatan.

Categories
Teknologi

Lebih 50% Satelit Aktif Di Angkasa Sekarang Dikendalikan Oleh SpaceX

Starlink memulakan operasi mereka di Malaysia minggu lalu dengan 10 unit pertama penerima internet satelit ini diberikan kepada UiTM. Hari ini hadir laporan The New York Times yang mengatakan lebih 50% satelit aktif di angkasa lepas kini dikendalikan oleh SpaceX yang merupakan syarikat induk Starlink. Setakat ini lebih 4500 satelit Starlink sudahpun dilancarkan oleh SpaceX.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Menteri Sekali Lagi Menekankan Harga Internet Dijangka Lebih Murah Menjelang September

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini sekali lagi menekankan yang mana harga internet dijangka akan lebih murah menjelang bulan September 2023 ini. Hal ini adalah disebabkan oleh kemaskini harga jualan pukal pada bulan Mac 2023 lepas, dan kini dalam proses memeterai perjanjian akses bersama pelbagai syarikat dan penyedia telekomunikasi tempatan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Transsion Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-5 Terbesar Dunia

Canalys kini mengeluarkan data industri telefon pintar bagi suku kedua 2023, sekaligus memperlihatkan pasaran telefon pintar global menguncup 10% berbanding sebelum ini. Walaupun begitu, menariknya melalui data terbaru ini, ia dilihat Transsion kini menjadi pengeluar ke-5 terbesar dunia. Transsion mempunyai jenama Infinix, Tecno dan iTel dibawah mereka.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

UiTM Kuala Pilah Menjadi Lokasi Pertama Dipasang Dengan Starlink Di Malaysia

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan memasang Starlink di 10 kampus UiTM seluruh negara. Lanjutan daripadanya, kini unit pertama Starlink di Malaysia telah pun dipasang di UiTM Kuala Pilah. Dengan pemasangan ini, kerajaan menyasarkan liputan rangkaian internet di kampus berkenaan akan ditambah-baik lagi berbanding sebelum ini.

Categories
Teknologi

Starlink Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – Harga Bermula RM220 Sebulan

Starlink iaitu syarikat pembekal sambungan internet satelit di bawah SpaceX, kini tersedia di Malaysia. Melalui laman web Starlink, terdapat dua penghala berbeza ditawarkan iaitu Standard pada harga RM2300 atau High Perf. (prestasi tinggi) pada harga RM11,613. Langganan bulanan pula adalah RM220 sebulan untuk kelajuan mencapai 100Mbps.