Categories
Teknologi

Twitter Versi Web Dikemaskini Dengan Logo “X” – Tiada Lagi Burung Biru

Seperti dinyatakan oleh Elon Musk sebelum ini, kini laman web Twitter telah dikemaskini dan menggunakan logo X menggantikan logo burung biru sebelum ini. Disamping itu, alamat URL X.com juga kini membawa ke laman rasmi atau aplikasi Twitter. Penjenamaan ini dilihat sebagai langkah awal dalam usaha menjadikan Twitter sebagai sebuah aplikasi semua-dalam-satu.

Categories
Teknologi

iPhone Generasi Pertama Dilelong Pada Harga Hampir RM900,000

iPhone mula dijual 16 tahun yang lalu dan ia bertanggungjawab mengubah rekaan telefon mudah alih dunia. Daripada peranti dengan butang fizikal, kita kini hidup dalam dunia dengan skrin sesentuh sekarang. Terkini sebuah iPhone generasi pertama dengan storan 4GB telah dilelong pada harga $190,372.80 (~RM865,000) sebuah menerusi laman LCG Auctions. Ia tidak pernah dibuka dan masih dalam bungkusan asal.

Categories
Teknologi

Elon Musk Membentuk Syarikat Baharu Memfokuskan Kecerdasan Buatan – xAI

Elon Musk kini membentuk sebuah syarikat dan firma baharu memfokuskan kepada kecerdasan buatan, dinamakan sebagai xAI. Buat masa ini, tiada sebarang info penuh dinyatakan. Melalui web xAI, ia sekadar menyatakan yang mana mereka menyasarkan untuk lebih memahami “sifat asal semesta” (“true nature of the universe“). Elon Musk melalui perkongsian beliau, menyatakan pembentukkan xAI ini adalah dalam usaha memahami realiti.

Categories
Semasa Teknologi

Sarawak Uji CCTV AI Pada Lampu Isyarat Untuk Mengurangkan Kesalahan Trafik Jalan Raya

Sarawak kini menguji kamera litar tertutup (CCTV) berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada lampu isyarat, di sekitar bandaraya Miri. Langkah ini adalah dalam usaha untuk mengurangkan kesalahan trafik, nahas serta kesesakan jalan raya. Melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan, CCTV ini boleh merakam had laju kenderaan, mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan, serta merekodkan sejumlah kesalahan trafik.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Melangkaui 100 Juta Akaun Pengguna – Hanya Mengambil Masa 5 Hari

Threads, pesaing Twitter yang diperkenalkan oleh Meta pada minggu lepas, hari ini membuat kejutan apabila berjaya mencatatkan lebih 100 juta akaun pengguna berdaftar setakat ini. Ini sekaligus menjadikan Threads sebagai platform sosial yang paling pantas berkembang setakat ini. Untuk perbandingan, Instagram sendiri mengambil-masa sekitar 2 tahun setengah untuk mencapai 100 juta pengguna, sementara TikTok mengambil masa sekitar 9 bulan.

Categories
Teknologi

OpenAI Membangunkan “Superintelligence” Bagi Menghalang AI Memusnahkan Manusia

Ahli akademik dan pakar AI juga bersetuju tanpa kawalan AI boleh menyebabkan kepupusan spesis manusia. OpenAI yang membangunkan ChatGPT dan GPT-4 hari ini mengumumkan pembangunan Superintelligence. Superintelligence ialah sistem yang diharap dapat mengawal AI untuk mengelakkannya memudaratkan manusia di masa akan datang. Ia dijangka akan mula beroperasi dalam masa empat tahun.

Categories
Teknologi

Twitter Ancam Untuk Saman Meta Atas Pelancaran Aplikasi Threads

Kurang 24 jam sejak pelancaran aplikasi Threads, kini nampaknya pihak Twitter tidak begitu gembira dengan penawaran terbaru Meta berkenaan. Pihak Twitter dilihat telah menghantar sepucuk surat kepada pihak Meta, memberikan petanda mungkin menyaman Meta. Twitter menuduh Meta telah mengambil beberapa bekas pekerja Twitter yang mempunyai akses rahsia dalaman syarikat Twitter, dalam membangunkan Threads.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Akaun Pengguna

Meta telah pun melancarkan aplikasi Threads secara rasminya semalam, dan kini selang lebih sehari dilancarkan, Threads mencatatkan angka pengguna melangkaui 50 juta akaun. Meta sebelum ini mengumumkan mereka mencapai 2 juta pengguna dalam tempoh hanya 2 jam pertama, dan seterusnya berjaya mencapai seramai 10 juta pengguna dalam tempoh 7 jam pertama.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Music Dilancarkan Di Indonesia Dan Brazil – Bersaing Dengan Spotify

TikTok memasuki era penstriman muzik pula dengan pelancaran TikTok Music di Indonesia dan Brazil. Pengguna TikTok Music boleh mengakses lirik, menari lagi menggunakan lirik, menghasilkan senarai main, mendengar muzik yang tular di TikTok dan mendengar muzik di luar talian selepas ia dimuat turun ke peranti.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Tersedia Untuk Digunakan Di iPhone Dan Android – Pesaing Twitter Oleh Meta

Meta kini telah melancarkan aplikasi alternatif untuk Twitter mereka, dinamakan sebagai Threads. Ia telah pun tersedia di iPhone dan Android – sekaligus membolehkan para pengguna mendaftar dan menggunakan aplikasi berkenaan. Threads menggunakan akaun Instagram untuk tujuan pendaftaran, dan pengguna akan menggunakan nama pengguna yang sama seperti pada platform Instagram.