Categories
Teknologi

Xiaomi Kini Jenama Telefon Nombor Satu Di Malaysia – Pegang 30% Pasaran

Canalys kini telah mengeluarkan data telefon pintar yang terjual di Malaysia pada suku kedua 2022 lepas, memperlihatkan Xiaomi menduduki tangga pertama dengan pegangan 30%, diikuti Samsung dengan 20%. Oppo dan Vivo mempunyai pegangan 14%. Pada kedudukan kelima adalah Realme dengan pegangan 8%.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Apple Pay Kini Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia

Apple kini telah menambah sokongan Apple Pay di Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna untuk pautkan kad kredit atau debit ke peranti seperti iPhone dan Apple Watch, seterusnya menggunakan ia dalam melakukan pembayaran secara nirtunai dengan sentuh peranti pada terminal pembayaran. Ia juga menyokong platform seperti Shopee.

Categories
Kewangan Teknologi

Maybank Mengumumkan Pengenalan Sokongan Apple Pay

Maybank kini telah menerbitkan halaman khusus untuk sokongan Apple Pay bagi para pengguna Maybank. Melalui Apple Pay, ia membolehkan para pengguna menghubungkan kad kredit ke iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac – seterusnya menggunakannya dalam melakukan bayaran di kedai atau secara atas talian. Maybank menyokong Visa, Mastercard dan juga American Express dibawah Apple Pay ini.

Categories
Teknologi

RACE – Dron Pertanian Swapandu Darat Pertama Buatan Malaysia

RACE (Robotic Agro in Complex Environment) kini dilancarkan secara rasminya. Ia direka untuk melakukan tugasan membaja dan menyembur di ladang kelapa sawit tanpa bantuan pekerja manusia. Dron swapandu darat ini dibina khusus untuk penuhi keperluan ladang kelapa sawit tempatan, mengatasi masalah kekurangan buruh.

Categories
Teknologi

Instagram Akan Sokong Gambar Menegak Panjang Tidak Lama Lagi

Instagram sedia menguji antaramuka pada paparan penuh sebelum ini, dan terkini mereka mengesahkan bakal memperkenalkan keboleha memuat-naik gambar bersaiz penuh pada resolusi 9:16 pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi. Dengan langkah ini, halaman utama turut akan memberikan pengalaman penggunaan seumpama Reels.

Categories
Kewangan Teknologi

Khazanah Berkongsi Mengapa Mereka Tidak Melakukan Pelaburan Awal Ke Grab

Khazanah kini menjawab persoalan ramai, mengapa mereka tidak melabur pada Grab. Menurut Khazanah, mereka melakukaan pelaburan bersaiz besar, dan tidak terus ke sesuatu startup. Khazanah juga tidak beroperasi sebagai VC. Sebaliknya Khazanah menyalurkan dana ke dana VC, yang kemudian dilabur oleh VC berkaitan ke sesuatu syarikat.

Categories
Teknologi

Tesla Ingin Pertontonkan Prototaip Robot Berbentuk Manusia Pada September

Elon Musk kini berkongsi menyatakan Tesla akan mempertontonkan prototaip awal untuk robot berbentuk manusia mereka seawal September ini. Ia dinamakan Optimus, dijangka akan memudahkan manusia dalam melakukan tugasan mudah dan berulang.

Categories
Semasa Teknologi

SKMM : Awas Dengan Scam Penipuan Yang Dihantar Melalui SMS “GOV” Berkenaan Bantuan Kewangan

SKMM kini beri peringatan kepada orang ramai, agar berwaspada dengan SMS daripada ID “GOV” menggunakan nama MySejahtera, mengatakan bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun TNG eWallet. SKMM mengatakan ID penghantar “GOV” telah disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan memanipulasikan ID untuk tujuan penipuan.

Categories
Teknologi

YouTube Premium Membolehkan Anda Zum Dalam Video

Sering kali kita melihat video berkaitan dunia penyiasatan yang zum ke dalam video untuk melihat sesuatu perkara dengan jelas. Kini, YouTube turut menambah ciri tersebut, membolehkan anda zum sehingga 2x. Buat masa ini, ciri ini terhad kepada pelanggan berbayar sahaja.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Tahukah Anda? Boleh Guna ShopeePay Untuk Beli Di Google Play Store

Google Play Store merupakan gedung aplikasi dan permainan pada platform Android. Ia menawarkan kandungan percuma, dan untuk berbayar pengguna boleh membeli menggunakan penggunaan kad kredit, kad debit, Touch n Go eWallet, kad prabayar, dan tahukah anda, anda juga boleh menggunakan ShopeePay!