Apa jadi sekiranya Elon Musk tidak berjaya membeli Twitter? Berkongsi mengenainya, Elon Musk mengacah nama X.com, iaitu sebuah domain milik beliau yang mungkin dibangunkan sebagai sebuah platform sosial, dan bersaing dengan Twitter.
Apa jadi sekiranya Elon Musk tidak berjaya membeli Twitter? Berkongsi mengenainya, Elon Musk mengacah nama X.com, iaitu sebuah domain milik beliau yang mungkin dibangunkan sebagai sebuah platform sosial, dan bersaing dengan Twitter.
Xiaomi hari ini membuat kejutan, dan memperkenalkan robot berbentuk manusia mereka, dinamakan CyberOne. Buat masa ini, ia lebih pada peringkat kajian awal dengan ciri masih terhad, tetapi memperlihatkan pelaburan tinggi Xiaomi dalam menghasilkan robot mereka.
Motorola kini menjadi jenama yang pertama memperkenalkan telefon dengan kamera 200-megapixel. Model yang diperkenalkan adalah Motorola X30 Pro, dan turut hadir dengan pengecasan pantas 125W. Buat masa ini, ia diperkenalkan di China sahaja.
iPay88, salah satu penyedia gerbang pembayaran atas-talian yang popular di Malaysia, kini menyatakan perkhidmatan mereka telah digodam pada 31 Mei 2022 lepas, dan menyatakan kemungkinan data kad pembayaran pengguna mungkin telah diceroboh oleh penggodam.
Finland kini akan mulakan ujian rintis pasport digital pada tahun ini, membolehkan rakyat Finland ke Croatia menggunakan pasport digital ketika bergerak rentas sempadan. Finland menjadi negara pertama dibawah Kesatuan Eropah untuk menguji pasport digital.
Samsung hari ini memperkenalkan telefon Galaxy Z Fold 4, yang mana hadir dengan storan bersaiz 1TB, dan ditawarkan pada harga RM8299. Telefon ini hadir dengan skrin boleh-lipat, dan spesifikasi tinggi.
Samsung Galaxy Watch 5 diperkenalkan hari ini dengan sebuah ciri baharu, iaitu sensor suhu kulit atau termometer. Ia berasaskan kepada inframerah, dan boleh memberikan bacaan konsisten suhu kulit pemakai, walaupun dalam perubahaan suhu sekeliling.
Samsung hari ini perkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri skrin boleh-lipat, iaitu Galaxy Z Flip 4. Ia hadir dengan spesifkasi tinggi, termasuk mod penggunaan baharu dalam merakamkan video. Di Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM4099.
Canon dan Takara Tomy kini bekerjasama untuk figura Transformers yang berubah menjadi replika kamera Canon EOS R5. Dua pilihan Transformers ditawarkan, iaitu Optimus Prime dan Decepticon Refraktor. Canon akan menjualnya bermula Februari 2023 kelak.
Pada hari ini, apabila keluar daripada sesuatu WhatsApp Group, ia akan papar notifikasi kepada pengguna lain – sekaligus menjadikan ada yang tidak selesa untuk keluar Group. Kini, WhatsApp nyatakan perkara ini akan berubah dan kemaskini baru tidak lama lagi akan bolehkan pengguna tinggalkan Group tanpa sebarang notifikasi.