Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Mengurangkan Pengeluaran Vision Pro Kerana Isu Pengilangan

Tahun depan, Apple Vision Pro akan dijual secara rasmi sebagai set kepala AR pertama daripada syarikat gergasi Apple dengan nilai pasaran $3 trilion. Tetapi kini muncul laporan Financial Times, mengatakan pengeluaran set kapal ini akan dikurangkan ke 400,000 unit sahaja berbanding cadangan 1 juta unit kerana isu pengeluaran melibatkan skrin.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Dijangka Dilancarkan Minggu Ini – Pesaing Twitter Oleh Instagram

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini dalam persediaan melancarkan aplikasi pesaing untuk Twitter, dan melalui penyenaraian di kedai aplikasi, ia dijangka dilancarkan pada minggu ini, seawal 6 Julai 2023. Dinamakan sebagai Threads, ia akan beroperasi dibawah pasukan Instagram dan menawarkan pengalaman penggunaan seumpama Twitter.

Categories
Teknologi

Tesla Menjadualkan Kemasukkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 20 Julai

Tesla kini secara rasminya menjadualkan kemasukkan dan pelancaran syarikat di Malaysia, pada 20 Julai 2023. Tesla dijangka berkongsi berkenaan visi dan sasaran mereka untuk pasaran Malaysia pada tarikh berkenaan. Dengan langkah ini, kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan sasaran pemasaran, langkah pemasangan Tesla Supercharger, dan sebagainya di Malaysia.

Categories
Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Perkenal Nombor Plat Khas “EV” Untuk Kenderaan Elektrik

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan kini berkongsi menyatakan kerajaan akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik. Nombor plat untuk kenderaan berkenaan akan bermula dengan huruf EV, dan diikuti dengan angka. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membezakan kenderaan elektrik berbanding kenderaan bukan elektrik.

Categories
Teknologi

Apple Dijangka Menjadi Syarikat Pertama Mencatatkan Nilai $3 Trilion

Apple sebelum ini telah mencatatkan nilai syarikat $1 trilion pada 2018, dan seterusnya mencapai nilai $2 trilion pada 2020. Kini, Apple dilihat menghampiri nilai syarikat $3 trilion. Mengikut dagangan saham semasa, nilai syarikat Apple kini mencapai $2.98 trilion.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TM Akan Guna Maxis Untuk Tambah-Baik Liputan Rangkaian 4G Dan 2G

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian bersama pihak Maxis, dimana melaluinya Maxis akan menawarkan perkhidmatan perayauan 2G dan 4G, serta perkhidmatan 4G MOCN (Multi Operator Core Network). Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengukuhkan lagi sambungan apabila menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile dibawah TM.

Categories
Semasa Teknologi

Pos Malaysia Kini Menyediakan Stesen Pengecas EV Di Pejabat Pos

Pos Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech, sekaligus akan menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV. Stesen pengecas EV oleh Pos Malaysia ini akan tersedia setiap hari dari 7 pagi ke 11 malam di enam Pejabat Pos Malaysia.

Categories
Teknologi

Mark Zuckerberg Bersedia Berlawan Dengan Elon Musk Dalam Pertarungan Bersangkar

Akhirnya, mungkinkah kita akan melihat para bilionwan bertarung secara fizikal. Tweet yang berbentuk gurauan daripada Elon Musk kini menerima respon Mark Zuckerberg, menyatakan beliau bersedia untuk pertarungan bersangkar bersama pemilik Twitter tersebut pada bila-bila masa.

Categories
Teknologi

Twitter Blue Meningkatkan Had Perkongsian Tweet Kepada 25,000 Aksara

Twitter Blue, perkhidmatan berbayar di Twitter sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan berbanding akaun percuma – dan salah satunya adalah kebolehan berkongsi Tweet yang panjang. Terbaru, hari ini pihak Twitter meningkatkan lagi had perkongsian Tweet dari 10,000 aksara sebelum ini kepada 25,000 aksara. Langganan Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Spotify Merancang Memperkenalkan Pelan Lebih Mahal Dengan Sokongan Audio HiFi

Spotify sedang merancang untuk memperkenalkan pelan langganan berharga lebih tinggi yang akan turut menyertakan sokongan audio HiFi berkualiti tinggi. Secara dalaman, pelan ini dikenali dengan nama “Supremium”, dan dijangka akan menjadi pelan paling mahal ditawarkan Spotify. Melaluinya juga, Spotify dijangka akan dapat menjana pendapatan tambahan berbanding pada hari ini.