Categories
Semasa Teknologi Uncategorized

MrBeast Menjadi Saluran YouTube Ke-5 Mencapai 100 Juta Pelanggan

MrBeast, salah satu saluran popular di YouTube, kini mencapai angka 100 juta pelanggan pada saluran YouTube. Saluran lain yang mencapai angka tersebut adalah T-Series (221 juta pelanggan), Cocomelon (139 juta pelanggan), SET India (138 juta pelanggan) dan PewDiePie (111 juta pelanggan).

Categories
Gaya Hidup Uncategorized

Filem “Baby Shark” Akan Hadir Pada 2023

Baby Shark merupakan salah satu video muzik yang popular di YouTube dengan berbilion tontonan. Dengan popularitinya, kini ia diumumkan filem khusus untuk Baby Shark bakal hadir pada 2023, dan diterbitkan khusus pada platform Paramount+. Butiran penuh filem masih belum diketahui buat masa ini.

Categories
Teknologi Uncategorized

Google Haramkan Paparan Iklan Skrin Penuh Ketika Guna Aplikasi Bermula 30 September

Google kini telah mengeluarkan piawaian baharu untuk Google Play, sekaligus mengharamkan beberapa bentuk pengiklanan dalam aplikasi, termasuk iklan paparan skrin penuh ketika sedang menggunakan aplikasi, yang berbentuk pop-naik.

Categories
Gaya Hidup Semasa Uncategorized

Populasi Malaysia Dianggar Seramai 32.7 Juta

Mengikut anggaran penduduk semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi Malaysia dianggar sekitar 32.7 juta orang pada 2022, dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sekitar 0.2%. 30.2 juta orang dianggar adalah warganegara, dan 2.4 juta bukan warganegara.

Categories
Sains Uncategorized

NASA Ingin Bawa Sampel Tanah Dan Batu Dari Marikh Ke Bumi Menjelang 2033

NASA kini berkongsi perancangan untuk membawa balik sekurang-kurangnya 30 batu dari planet Marikh ke Bumi menjelang 2023 kelak. Sebuah Sample Retrievel Lander akan dilancarkan sekitar 2028 kelak, dalam usaha mengambil sampel yang dikumpulkan Perseverance Rover kembali ke Bumi.

Categories
Uncategorized

Petronas Kini Menceburi Arena Kafe Makanan Melalui Café Mesra

Petronas kini telah membuka beberapa cawangan Café Mesra, membolehkan orang ramai untuk membeli minuman aneka jenis kopi, disamping turut mendapatkan beberapa hidangan berbentuk makanan. Buat masa ini, sudah terdapat sekitar 13 cawangan Café Mesra, dan dijangka akan terus diperluaskan oleh Petronas.

Categories
Uncategorized

M. Nasir Menyertai Esukan – Bermain Mobile Legends

Datuk M. Nasir kini menyertai pasukan esukan RSG Malaysia sebagai pemamin baharu, dan akan bermain Mobile Legends : Bang Bang”. Datuk M. Nasir akan pegang posisi pemain tambahan selain menjadi mentor, dengan nama permainan “Sifu”.

Categories
Uncategorized

Lebih 10,000 Unit Rumah PR1MA Masih Tidak Terjual

Kerajaan kini berkongsi mengatakan terdapat lebih 10,000 unit kediaman dibawah PR1MA yang masih belum terjual buat masa ini. PR1MA adalah projek perumahan mampu milik disokong kerajaan, dan telah berjaya menjual sebanyak 36,751 unit rumah setakat ini.

Categories
Uncategorized

WhatsApp Kini Membolehkan Perkongsian Fail Sehingga 2GB

WhatsApp kini telah mula memperkenalkan sokongan perkongsian fail sehingga 2GB – sekaligus memudahkan para pengguna untuk menghantar dokumen bersaiz besar melalui perkhidmatan permesejan berkenaan. Sebelum ini, perkongsian fail melalui WhatsApp dihadkan kepada hanya 100MB.

Categories
Uncategorized

Landasan Lapangan Terbang Di London Cair Kerana Cuaca Sangat Panas

Disebabkan oleh cuaca yang sangat panas melanda UK, landasan di Lapangan Terbang Luton dilihat mencair, sekaligus ditangguhkan penerbangan keluar dan masuk di kawasan berkenaan. Suhu dikatakan mencapai 41 darjah, membawa kepada kecacatan permukaan pada bahagian landasan.