Kafe popular untuk kopi dan teh, The Coffee Bean & Tea Leaf, kini umum mereka telaah memanjangkan waktu operrasi sehingga 24 jam di 5 cawangan terpilih, disamping sekitar 30 cawangan yang kini beroperasi sehingga 12 tengah malam atau 1 pagi.
Kafe popular untuk kopi dan teh, The Coffee Bean & Tea Leaf, kini umum mereka telaah memanjangkan waktu operrasi sehingga 24 jam di 5 cawangan terpilih, disamping sekitar 30 cawangan yang kini beroperasi sehingga 12 tengah malam atau 1 pagi.
Jaket yang dipakai oleh angkasawan Buzz Aldrin ketika perjalanan ke Bulan dan kembali ke Bumi pada 1969 yang lepas, kini dibida pada harga $2.8 juta, sekaligus menjadikan ia sebagai jaket yang paling mahal pernah dijual buat masa ini.
Kementerian Kewangan kini berkongsi kerajaan sedang berusaha mendapatkan sebuah sistem yang memudahkan akses pemberian subsidi bersasar, dan mudah dipantau. Salah satu pilihan buat masa ini adalah dompet digital – tetapi ia turut mempunyai beberapa kekangan tersendiri. Pelbagai kajian sedang dilaksana dalam memastikan golongan B40 dan M40 menerima subsidi, dan elak pihak lain turut menikmatinya.
Instagram sebelum ini telah mulakan ujian paparan penuh pada halaman tab utama – yang membawa rekaan seumpama TikTok. Namun, perkara berkenaan tidak disukai ramai. Disebabkan itu, Instagram kini tangguh akan ujian berkenaan, disamping turut mengatakan telah mengurangkan kadar paparan kandungan rawak daripada akaun yang tidak diikuti.
Bytedance, syarikat induk sebalik TikTok kini telah mendaftar tanda dagang TikTok Music, mengatakan ia merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna strim audio dan video, selain meninggalkan komen pada muzik, lagu dan album. Ini sekaligus memperlihatkan TikTok akan bersaing dengan Spotify dan Apple Music dalam arena penstriman muzik.
Asus hari ini memperkenalkan telefon Zenfone 9 secara rasminya. Ia hadir dengan spesifikasi mercu seperti cip Snapdragon 8+ Gen 1, selain dilengkapi dwi-kamera belakang, dengan sensor utama dilengkapi gimbal 6-paksi untuk penstabilan rakaman video sehingga 8K 24p.
Agensi Angkasa Malaysia kini berkongsi mengatakan kemuncak hujan meteor Delta Aquariids dijangka berlaku pada awal pagi 29 Julai 2022. Sekitar 20 meteor per jam dijangka dapat dilihat, dan boleh kelihatan dalam keadaan langit yang gelap dan cuaca yang baik.
Sekumpulan pelombong di Angola kini menemui sebentuk berlian merah jambu yang paling besar pernah direkodkan dalam tempoh 300 tahun ini. Ia mencecah berat 170 karat, dan dikenali sebagai The Lulo Rose.
Oppo, salah satu pengeluar telefon pintar terkemuka, kini turut menerbitkan permainan MMORPG tersendiri, dinamakan World of Immortals. Permainan pertama yang dihasilkan Oppo ini hanya diterbitkan pada Android buat masa ini, dan sedia untuk dipra-daftar. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.
Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Lompat Parti telah pun diluluskan hari ini, apabila ia menerima persetujuan 209 ahli parlimen pada sidang hari ini. Tiada sebarang bantahan yang dicatatkan. Dengan langkah ini, ia dijangka akan memastikan situasi politik lebih stabil berbanding sebelum ini. Ia seterusnya akan dibentang di Dewan Negara pada Ogos ini.