Categories
Uncategorized

Machester City Menghasilkan Selendang Pintar Untuk Menjejak Emosi Peminat

Manchester City kini hadir dengan sebuah selendang pintar, yang menyertakan sensor nadi, pergerakkan dan suhu, sekaligus boleh digunakan untuk menjejak emosi peminat ketika menonton perlawanan di padang. Buat masa ini, selendang ini sekadar prototaip awal.

Categories
Uncategorized

Mercedes-AMG Menawarkan Kerusi Pejabat Dengan Teknologi Kerusi Kereta Lumba

Mercedes-AMG sedia menawarkan kerusi yang selesa bersama penawaran kereta mereka, dan kini turut membawa kepakaran mereka, dalam menawarkan kerusi pejabat dengan teknologi lebih kurang sama. Kerusi AMG Office Chair ini dikeluarkan hanya 50 unit sahaja, pada harga hampir RM16,000 sebuah.

Categories
Uncategorized

Redmi Dijangka Perkenal Telefon Dengan Kamera 200MP

Redmi, sebuah subsidiari dibawah Xiaomi, kini dikatakan bakal memperkenalkan telefon pintar pertama mereka dengan kamera utama dengan sensor 200MP. Model berkenaan, Redmi K50s dijangka diperkenalkan tidak lama lagi, termasuk dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Categories
Uncategorized

AirAsia Dan Skyports Ingin Membangunkan Infrastruktur Teksi-Udara Di Malaysia

AirAsia kini umum kerjasama dengan pihak Skyports dalam mengekplorasi bersama kerjasama pembangunan infrastruktur teksi-udara di Malaysia. AirAsia sebelum ini pernah nyatakan hasrat penawaran teksi-udara menjelang 2025 untuk perjalanan antarabandar.

Categories
Uncategorized

AirAsia Kini Sediakan Nasi Lemak “On-The-Go” Pada Harga RM4.90

AirAsia kini hadir dengan penawaran makanan baharu dibawah Santan, iaitu “Nasi Lemak On-The-Go”, menawarkan nasi lemak dalam pek kecil berbentuk piramid, yang boleh dimakan terus melaluinya, dan ditawarkan pada harga RM4.90.

Categories
Uncategorized

Disney Mengesahkan Filem Thor Baharu Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Disney kini akhirnya mengesahkan filem Thor baharu, iaitu Thor : Love & Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. Sebelum ini, tayangan berkenaan telah ditangguhkan sebanyak dua kali di Malaysia, dan akhirnya kini dibatalkan tayangan di Malaysia.

Categories
Uncategorized

Jepun Perkenal Sudu Dan Garpu Bioplastik Yang Dihasilkan Daripada Beras

Pelbagai produk kini beralih daripada bahan plastik kepada bioplastik, dan mengurangkan pencemaran. Terbaru, Mos Burger dari Jepun, hasilkan sudu dan garpu bioplastik yang diperbuat daripada bahan berasaskan beras. Dengan langkah ini, ia dijangka menjadikan penawaran lebih mesra alam berbanding penggunaan plastik.

Categories
Uncategorized

Pesawat Pejuang Tempest Akan Dilengkapi Helmet Yang Membaca Otak Juruterbang

Pesawat pejuang Tempest dijangka digunakan bermula 2035 kelak, dan hadir dilengkapi keupayaan membaca gelombang otak juruterbang. Sensor pada helmet boleh mengesan sama ada juruterbang dalam keadaan tertekan, atau pengsan ketika kawalan. Seterusnya, sistem swaterbang boleh membantu dan mengambil-alih tugas juruterbang.

Categories
Uncategorized

Pihak Yang Jual Rokok, Vape Kepada Individu Lahir 2007 Dan Ke Atas, Akan Didenda Sehingga RM50,000

Minggu ini menyaksikan pembentangan Rang Undang-Undang baharu, yang membawa kepada larangan jualan rokok, vape dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007. Bagi yang melanggar, mereka akan didenda sehingga RM50,000 untuk penjual, dan sehingga RM5,000 untuk pembeli.

Categories
Uncategorized

Facebook Catat Penyusutan Pendapatan Buat Pertama Kali

Disebabkan pergerakkan ekonomi yang rendah, ia dilihat Facebook turut terkesan, dan kini mencatatkan penyusutan pendapatan buat pertama kalinya. Ia dilihat ramai yang mula mengurangkan perbelanjaan pengiklanan, sekaligus membawa kesan kepada pendapatan Facebook.