Categories
Uncategorized

Elon Musk Ancam Batalkan Pembelian Twitter

Elon Musk kini memberikan petanda yang mana beliau mungkin batalkan hasrat membeli Twitter kerana platform tersebut tidak telus dengan jumlah pengguna aktif sebenar berbanding bot atau pengguna palsu. Sebelum ini, Twitter telah umum hasrat membeli Twitter pada harga $44 bilion.

Categories
Uncategorized

EU : Semua Telefon Wajib Guna USB-C Bermula 2024, Termasuk iPhone

Kesatuan Eropah (EU) kini telah mengeluarkan perundangan baharu, memerlukan semua telefon pintar, tablet dan kamera menggunakan USB-C, dalam memudahkan pengguna membeli telefon atau peranti baharu tanpa menghiraukan pengecas. Perubahan ini dijangka akan memberikan kesan kepada Apple yang guna Lightning pada iPhone.

Categories
Uncategorized

Malaysia Menang Pingat Gangsa Untuk FIFA Online 4 Di Sukan SEA 31

Skuad Malaysia menyertai beberapa acara esukan pada Sukan SEA 31, termasuk FIFA Online 4. Melaluinya, Malaysia layak ke posisi tiga teratas selepas menewaskan Singapura, tetapi kalah dengan pasukan Vietnam. Ini sekaligus membawa kepada pingat gangsa untuk pasukan tempatan.

Categories
Uncategorized

Sepanyol Ingin Memperkenal Cuti Haid Selama 3 Hari Untuk Wanita

Sepanyol kini ingin memperkenalkan cuti perubatan khusus untuk pekerja wanita yang mengalami sakit teruk ketika fasa haid. Melaluinya, pekerja wanita dijangka akan diberikan cuti sehingga 3 hari sebulan bersama pembuktian surat perubatan, dan boleh dilanjutkan sehingga 5 hari.

Categories
Uncategorized

Google Bawa “Sarikata” Ke Dunia Nyata Melalui Kaca Mata AR

Google kini mempertontonkan teknologi yang sedang dibangunkan mereka, iaitu sebuah kaca mata pintar yang turut dilengkapi dengan sokongan AR. Kaca mata ini memfokuskan kepada terjemahan, dan memudahkan komunikasi antara penutur bahasa berbeza – dimana kaca mata ini memaparkan “sarikata” untuk setiap perkataan yang diucapkan, sekaligus memudahkan interaksi.

Categories
Uncategorized

EA Dan FIFA Putus – Game Baru Akan Dikenali Dengan Nama EA Sports FC Bermula 2023

Bagi peminat permainan video, anda mungkin sedia kenali akan permainan simulasi bola sepak keluaran EA, iaitu EA FIFA. Kini EA menyatakan FIFA 23 akan menjadi permainan terakhir dan dikeluarkan tahun ini. Bermula tahun hadapan, ia akan dikenali dengan nama EA Sports FC.

Categories
Uncategorized

Rakyat Malaysia Lebih Rendah Berbanding Jepun Dan Korea – Dibawah 165cm

Berapa tinggi anda? Mengikut perkongsian terbaru, ia dilihat purata ketinggian rakyat Malaysia adalah setinggi 164.7cm untuk lelaki, dan 153.3cm untuk wanita. Purata ketinggian ini meletakkan Malaysia dibawah Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

Categories
Uncategorized

Sony Tidak Lagi Menyertakan Pengecas Dan Kabel Bersama Pembelian Telefon Xperia

Dalam usaha menjadi lebih mesra alam, kini Sony melakukan perubahan pada aksesori yang ditawarkan bersama dalam kotak. Melalui penawaran telefon Xperia 1 IV dan Xperia 10 IV, kini Sony membuang penawaran pengecas dalam kotak – dan turut tidak akan menyertakan kabel dalam kotak pembelian peranti.

Categories
Uncategorized

Apple Menghentikan Pengeluaran iPod Touch – Menamatkan Era iPod

Apple kini menamatkan pengeluaran iPod Touch dan akan sekadar menjual unit-unit iPod Touch sedia ada sehingga stok tamat. Langkah ini sekaligus menamatkan era iPod Touch yang dimulakan pada 2007. Generasi terakhir iPod Touch telah diperkenalkan pada tahun 2019 yang lepas.

Categories
Uncategorized

iPhone Mungkin Guna USB-C Seawal Tahun 2023

Penganalisa popular Apple, Ming-Chi Kuo kini menyatakan Apple mungkin menggunakan sambungan USB-C pada iPhone seawal tahun 2023 kelak. Pada hari ini, Apple sedia menggunakan USB-C pada iPad dan juga MacBook untuk tujuan pengecasan dan juga sambungan. Langkah ini juga dijangka selari peraturan Kesatuan Eropah baru-baru ini.