Vivo kini telah memperkenalkan Vivo X80 Pro, ditawarkan pada harga RM4999 di Malaysia, sekaligus lebih mahal dari iPhone 13 Pro. Telefon ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin 120Hz, pengecasan 80W, dan kamera 50MP Zeiss.
Vivo kini telah memperkenalkan Vivo X80 Pro, ditawarkan pada harga RM4999 di Malaysia, sekaligus lebih mahal dari iPhone 13 Pro. Telefon ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin 120Hz, pengecasan 80W, dan kamera 50MP Zeiss.
Duke University di Amerika Syarikat kini hadir dengan penawaran kelas khusus ditujukan kepada generasi baharu, iaitu mengajar menghasilkan video untuk TikTok dan juga YouTube, selain melakukan analisa data tontonan video. Ini dijangka memudahkan pelajar bangunkan jenama sendiri sebelum memasuki alam pekerjaan.
Aplikasi Setel memudahkan pengguna membayar untuk mengisi minyak di stesen Petronas seluruh negara. Selepas menawarkan aplikasi untuk telefon pintar, kini Setel memperluaskan penawaran meliputi Apple Watch. Dengan ini, pengguna boleh melakukan pemilihan nombor pam dan pembayaran isian minyak di stesen Petronas terus melalui Apple Watch.
Grab sedia menerima lesen bank digital di Malaysia, dan kini hadir desas-desus baharu mengatakan Grab sedang melihat untuk mendapatkan pegangan pada salah satu bank tempatan, iaitu AmBank. Untuk makluman, sebelum ini Grab telah membeli pegangan pada Bank Fama di Indonesia. Buat masa ini, Grab tidak mengeluarkan sebarang komen untuk spekulasi pasaran.
Anda tidak lagi perlu membalas setiap mesej, sebaliknya kini sudah boleh menggunakan reaksi berbentuk emoji pada sesuatu mesej yang diterima di WhatsApp. Anda hanya perlu tap sesuatu mesej untuk seketika, dan sebanyak 6 pilihan emoji disediakan untuk anda memberikan reaksi pada sesuatu mesej.
Elon Musk telah nyatakan ingin membeli Twitter pada nilai mencapai $44 bilion, dan proses berkaitan dengannya telah pun dimulakan. Selari dengannya, kini dikatakan Elon Musk turut akan menerajui syarikat media sosial berkenaan sebagai CEO selepas mengambil-alihnya – untuk sementara waktu. Buat masa ini, Elon Musk juga turut menjadi CEO untuk syarikat kereta elektrik Tesla, dan juga syarikat kapal angkasa SpaceX.
Pada hari ini, pelbagai perkhidmatan memerlukan anda ingati kata laluan untuk log masuk ke akaun. Perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi. Google, Apple dan Microsoft kini umum bersama ingin implementasi sokongan tanpa kata laluan pada platform masing-masing, dimana ia akan menggunakan dua peranti untuk proses pengesahan dan log masuk.
Eco-Shop merupakan salah satu kedai yang terkenal dengan penawaran produk pada harga RM2. Selepas baru-baru ini meningkatkan harga jualan kepada RM2.20, kini Eco-Shop telah mula memaparkan mesej menyatakan harga jualan produk mereka sekali lagi akan melalui peningkatan pada 1 Jun 2022 kepada RM2.40 setiap satu. Hal ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos.
Hari ini, ramai menggunakan kad debit untuk transaksi, dan adakalanya ingin menggunakan wang tunai untuk beberapa transaksi. Kini, salah satu ciri baru yang hadir memudahkannya adalah MyDebit Cash Out – membolehkan anda keluarkan duit terus melalui juruwang di kedai ketika anda lakukan beli-belah, sekaligus tidak perlu ke ATM lagi.
Telegram Messeger, salah satu perkhidmatan permesejan popular sedia menghadapi cabaran dalam menjana pendapatan. Untuk mengatasinya, kini Telegram sedang menguji ciri Telegram Premium yang menawarkan akses khas untuk sejumlah Stickers dan juga Reactions. Ciri ini kini diuji pada versi beta Telegram Messenger.