Categories
Uncategorized

EU Membangunkan Media Sosial Tersendiri Dengan Fokus Terhadap Privasi

Kesatuan Eropah (EU) kini telah memulakan ujian rintis untuk platform sosial mereka tersendiri. Dua platform diperkenalkan, iaitu yang pertama dinamakan EU Voice sebagai alternatif media sosial, sementara EU Video sebagai alternatif untuk YouTube. Kedua-duanya turut akan menjadi platform rasmi badan kerajaan untuk berkomunikasi.

Categories
Uncategorized

Pawagam Di Rusia Tayang Filem Barat Secara Cetak Rompak

Disebabkan oleh perang melibatkan Rusia – Ukraine, pihak Rusia dikenakan pelbagai sekatan eekoomi. Ini termasuk melibatkan sektor perfileman dan penstriman. Disebabkan oleh itu, dalam mengurangkan kerugian oleh pengusahan pawagam, kini mereka mula tayangkan beberapa filem barat secara cetak rompak – termasuk filem The Batman, Turning Red dan beberapa lain.

Categories
Uncategorized

Korea Selatan Ingin Hadir Dengan Prototaip 6G Seawal 2026

Walaupun kita di Malaysia baru memasuki pengenalan rangkaian 5G, tetapi beberapa syarikat telah mula melihat ke generasi seterusnya. Kerajaan Korea sendiri kini menyasarkan untuk memperkenalkan prototaip 6G seawal 2026 kelak. Ia dijangka menawarkan kelajuan mencapai 1TB/s, dan mungkin dikomersilkan seawal 2028 kelak.

Categories
Uncategorized

Malindo Air Kini Dijenamakan Sebagai Batik Air

Malindo Air kini akan mula dikenali sebagai Batik Air, dan akan melalui proses penjenamaan semula berperingkat. Langkah ini adalah dalam selarikan rangkaian penerbangan dibawah Lion Group dibawah jenama Batik Air, sekaligus lebih memudahkan proses pemasaran dirantau Asia Tenggara ini.

Categories
Uncategorized

Korea Selatan Akan Bina Bandaraya Terapung Di Laut – Oceanix City

Oceanix City merupakan sebuah bandaraya terapung di atas laut, dan tidak terjejas dengan kenaikkan paras laut disebabkan perubahan iklim. Bandaraya berkenaan aakan dibina di Busan, Korea Selatan. Ia dbina dalam bentuk kepulauan modular, yang dihubungkan satu sama lai, serta dibentuk sebagai bandar mesra alam yang menjana elektrik secara lestari.

Categories
Uncategorized

GSC Mula Menjual Keropok Lekor Di Pawagam – RM7 Untuk 8 Keping

Golden Screen Cinemas kini menambah pilihan makanan berasaskan citarasa tempatan, membolehkan orang ramai membeli keropok lekor dan menikmatinya ketika sedang menonton wayang. Ia kini ditawarkan di 29 pawagam GSC seluruh negara, pada harga RM7 untuk 8 keping, atau kombo dengan air mineral pada harga RM10.

Categories
Uncategorized

Celcom Dan Digi Dijangka Bergabung Dibawah Satu Entiti Pada Separuh Kedua 2022

Dua syarikat telekomunikasi popular di Malaysia, Celcom dan Digi telah sedia menyatakan hasrat untuk bergabung menjadi satu entiti, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Proses ini dijangka akan selesai pada separuh kedua 2022, iaitu antara Julai ke Disember 2022 ini. Apa pun, ia masih tertakluk kepada kebenaran pihak kawal selia, dan juga persetujuan pemegang saham.

Categories
Uncategorized

Boleh Masuk Premis Tanpa Imbas Kod QR MySejahtera Bermula 1 Mei 2022

Bermula 1 Mei 2022 kelak, orang ramai tidak lagi wajib untuk imbas kod QR ketika ingin memasuki premis atau kawasan awam. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Pemilik premis dikehendaki untuk menyemak status risiko pengunjung dalam MySejahtera.

Categories
Uncategorized

Tidak Lagi Wajib Memakai Pelitup Muka Ketika Di Kawasan Terbuka Bermula 1 Mei 2022

Menteri Kesihatan hari ini mengumumkan tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat terbuka, bermula 1 Mei 2022. Walaubagaimaapun, pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam bangunan. Ia juga diwajibkan ketika dalam pengangkutan awam dan juga dalam kenderaan seru-pandu.

Categories
Uncategorized

Poco F4 GT Rasmi – Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Paling Murah Di Malaysia Setakat Ini

Poco Malaysia kini telah memperkenalkan Poco F4 GT untuk pasaran Malaysia, hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, selain sokongan pengecasan pantas 120W HyperCharge. Di Malaysia, Poco F4 GT ini ditawarkan pada harga serendah RM1999.