Categories
Uncategorized

WhatsApp Groups Tambah Ciri Baru – Perkongsian Fail Sehingga 2GB, Dan Lain-Lain

WhatsApp hari ini memperkenalkan empat ciri baharu pada WhatsApp Gropus, iaitu perkongsian fail sehingga 2GB, kebolehan pentadbir atau “Admin” memadam mesej dalam WhatsApp Groups, ciri panggilan audio serentak sehingga 32 orang, dan juga fungsi reaksi berbentuk emoji. Ciri ini akan diperkenalkan berperingkat pada WhatsApp Groups dalam minggu-minggu akan datang.

Categories
Uncategorized

Elon Musk Ingin Beli Twitter Pada Nilai RM181 Bilion

Elon Musk kini telah melakukan bidaan terbuka kepada ahli lembaga Twitter, menyatakan ingin membeli keseluruhan Twitter pada nilai sekitar RM181 bilion. Buat masa ini, Elon Musk mempunyai pegangan terbesar pada perkhidmatan media sosial berkenaan, iaitu sekitar 9.2%. Dengan langkah ini, ia kini tertakluk kepada ahli lembaga Twitter sama ada menerima atau menolak tawaran Elon Musk ini.

Categories
Uncategorized

Kad Touch ’n Go Baru Hadir Dengan NFC – Tambah-Nilai Terus Melalui Aplikasi TNG eWallet

Touch ’n Go kini telah mula menjual kad generasi baharu yang hadir dengan sokongan NFC. Dengan ciri baharu, ia memudahkan pengguna membuat tambah-nilai dengan sentuh pada telefon dengan sokongan NFC, dan tidak lagi perlu mencari kiosk. Kad baharu ini hadir dengan penggunaan selama 7 tahun, dan dijual pada harga RM10.

Categories
Uncategorized

Facebook Dijangka Perkenal Kaca Mata AR Seawal 2024

Meta, syarikat sebalik Facebook kini sedaang giat dalam pembangunan kaca mata pintar dengan teknologi realiti-terimbuh (AR). Ia dijangka menawarkan sejumlah notifikasi terus ke mata pengguna ketika memakainya, selain skrin berkenaan akan turut memberikan pengalaman panggilan video secara hologram. Kaca mata AR pertama Meta dijangka diperkenalkan seawal 2024.

Categories
Uncategorized

Apple Watch Dijangka Boleh Mengesan Glukosa Dan Tekanan Darah Seawal 2025

Apple sedia menambah beberapa ciri-ciri kesihatan pada Apple Watch – dari segi sokongan kecergasan, pemantauan denyutan nadi, ECG, dan juga corak tidur. Menambah kepadanya, Apple dijangka memperkenalkan ciri mengesan glukosa dalam darah dan juga tekanan darah seawal 2025 kelak.

Categories
Uncategorized

iQiyi Meningkatkan Harga Langganan Bulanan – Kini Bermula RM11.90 Sebulan

iQiyi, salah satu perkhidmatan penstriman di Malaysia yang menawarkan kandungan dari China, Korea, termasuk juga anime, kini telah mula meningkatkan harga langganan bulanan mereka. Sebelum ini, harga langganan bulanan minima adalah RM8.90 sebulan, tetapi kini telah ditingkatkan kepada RM11.90 sebulan. Perubahan ini adalah efektif sejak hujung Mac 2022.

Categories
Uncategorized

Pantas! – The Batman Akan Memasuki Perkhidmatan Penstriman HBO Go Minggu Hadapan

The Batman merupakan filem adiwira terbaru dari DC yang telah pun ditayangkan di Malaysia sejak bulan Mac lepas. Menariknya, selepas sebulan ia ditayangkan di pawagam, kini filem berkenaan akan boleh ditonton terus melalui perkhidmatan penstriman HBO Go di Malaysia bermula 18 April 2022. Perkhidmatan ini boleh dilanggan pada harga RM34.90 sebulan di Malaysia.

Categories
Uncategorized

AirAsia Mungkin Hadir Dengan Perkhidmatan Teksi-Terbang Seawal 2025

AirAsia sedia terkenal dengan penawaran penerbangan pada harga kompetitif, menghubungkan pelbagai negara di Asia Tenggara. Kini, selain daripada antara negara, AirAsia juga sedang melihat untuk menghubungkan perjalanan antarabandar dengan pantas melalui penggunaan teksi-terbang. Untuk tujuan tersebut, AirAsia telah umum kerjasama dengan Avolon, dan menyasarkan untuk mendapatkan kenderaan teksi-terbang seawal 2025 kelak.

Categories
Uncategorized

Sony Melabur $1 Bilion Pada Syarikat Sebalik Fortnite

Epic Games yang sedia popular dengan permainan Fortnite, hari ini mengumumkan mereka telah meraih suntikan pelaburan berjumlah $2 bilion – daripada Sony dan juga Lego. Dengan pelaburan baharu ini, ia membawa nilai Epic Games kepada $31.5 bilion.

Categories
Uncategorized

Vivo Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat

Vivo kini telah memperkenalkan telefon boleh-lipat seperti Samsung, hadir dengan skrin 6-inci yang boleh dibuka membentuk skrin bersaiz 8-inci. Vivo mengatakan ia boleh dibuka dan tutup lebih 300,000 kali, dan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, selain kamera berteknologi ZEISS.