Categories
Uncategorized

Netflix Ingin Tawar Pelan Langganan Lebih Murah Dengan Sokongan Iklan

Netflix hari ini berkongsi mereka sedang pertimbang untuk memperkenalkan pelan langganan berharga lebih murah, tetapi hadir dengan sokongan pengiklanan. Apa pun, pelan langganan seperti sekarang masih akan dikekalkan, dan pelan langganan dengan sokongan iklan akan ditujukan kepada mereka yang inginkan pelan lebih murah.

Categories
Uncategorized

Ops Hari Raya : 5 Kesalahan Trafik Tidak Akan Dikompaun – Terus Ke Mahkamah

Bersempena dengan musim perayaan, dalam memastikan trafik lancar dan selamat, pihak berkuasa akan melaksanakan Ops Hari Raya. Dibawahnya, sebanyak lima kesalahan trafik tidak akan dikompaun, sebaliknya terus ke mahkamah. Kesalahan berkenaan adalah memandu melebihi had laju, memandu pada lorong kecemasan, menggunakan telefon ketika memandu, langgar lampu isyarat, dan juga memotong barisan.

Categories
Uncategorized

USIM Perkenal Aplikasi Quran Isyarat Untuk OKU Pendengaran

Universiti Sains Islam Malaysia kini hadir dengan aplikasi Quran Isyarat yang memudahkan OKU pendengaran untuk mengikuti bacaan al-Quran, selain terjemahan untuknya. Aplikasi ini dilengkapi dengan bahasa isyarat dalam bentuk tulisan untuk memudahkan bacaan, selain turut menyediakan video untuk memudahkan rujukan. Aplikasi ini ditawarkan percuma di Android dan iPhone.

Categories
Uncategorized

Xbox PC Game Pass Kini Boleh Diuji Di Malaysia Pada Harga 50 sen Untuk Bulan Pertama

Microsoft kini telah melancarkan Xbox PC Game Pass di Malaysia, membolehkan pengguna komputer mengakses lebih 100 permainan PC pada harga langganan bulanan. Microsoft menawarkan ia pada harga 50 sen untuk bulan pertama, dan seterusnya RM15 untuk setiap bulan.

Categories
Uncategorized

Anda Mungkin Perlukan Lesen Untuk Guna Skuter Elektrik Pada Kelajuan Tertentu

Kementerian Pengangkutan Malaysia kelak akan putuskan sebuah peraturan kecil berhubung skuter elektrik – termasuk berkaitan pelaksanaan penggunaan lesen untuk pengguna skuter elektrik dan juga pembekal kenderaan tersebut. Penggunaan lesen ini mungkin tertakluk untuk penggunaan pada suatu kelajuan. Pada hari ini, akta mikro mobiliti merangkumi penggunaan kenderaan dipacu sumber elektrik pada kelajuan maksimum 50km/j.

Categories
Uncategorized

Starbucks Mula Beroperasi 24 Jam Di Beberapa Lokasi Di Malaysia

Starbucks Malaysia kini telah mula beroperasi 24 jam di sekitar 33 cawangan terpilih di seluruh negara, sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkan minuman kegemaran mereka pada bila-bila masa. Antara cawangan yang dibuka 24 jam termaasuk di Ampang, Eco Grandeur, Genting, KLIA, dan beberapa cawangan di lebuhraya.

Categories
Uncategorized

TikTok Shop Mula Diperkenalkan Di Malaysia – Bersaing Dengan Shopee Dan Lazada

TikTok sedia popular sebagai perkhidmatan sosial perkongsian video, dan kini mereka turut telah mula memperluaskan penawaran meliputi edagang. Beberapa akaun TikTok di Malaysia telah mula mengaktifkan TikTok Shop – dan pengguna pula boleh lakukan pembelian terus melalui aplikasi tersebut, dan memantau proses penghantaran melaluinya.

Categories
Uncategorized

iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Bonggol Kamera Lebih Tebal

Apple sedia menawarkan iPhone 13 Pro yang menawarkan rekaan bahagian kamera yang sedikit berbonggol berbanding sebelum ini. Tetapi, jikalau mengikut laporan awal kini, iPhone 14 kelak dijangka akan menawarkan saiz bonggol yang lebih tebal berbanding sedia ada. Hal ini adalah disebabkan oleh penggunaan sensor lebih besar. Beberapaa desas-desus mengatakan Apple akan menyertakan sensor 48-megapixel bersama iPhone 14 kelak.

Categories
Uncategorized

Asal-Usul Nama Rendang

Menjelang Hari Raya, Rendang merupakan salah satu makanan yang tidak dilupakan. Tetapi, tahukah anda asal-usul disebalik namanya? Untuk pengetahuan anda, nama ‘rendang’ berasal dari perkataan merendang iaitu masak secara perlahan sehingga kering (slow stir fry atau simmer stir fry). Dengan pemilihan nama ini, ia dikatakan cukup sinonim dan dapat mencerminkan proses masakan rendang yang mengambil masa lama.

Categories
Uncategorized

Indonesia Hadir Dengan Buah Durian Tanpa Duri

Buah durian sedia terkenal sebagai raja buah dan hadir dengan duri yang mengelilingi buah berkenaan – membawa kepada nama Durian itu sendiri. Tetapi, di Indonesia, selepas melakukan kajian selama 12 tahun, kini mereka hadir dengan buah durian tanpa duri – dinamakan “Thornless Durian”. Ia dikatakan rasanya lebih manis berbanding buah durian biasa.