Microsoft kini telah mula menjual lesen sistem operasi Windows 11 secara berasingan, membolehkan anda membelinya di Malaysia pada harga RM919 untuk Windows 11 Home, dan RM1299 untuk Windows 11 Pro.
Microsoft kini telah mula menjual lesen sistem operasi Windows 11 secara berasingan, membolehkan anda membelinya di Malaysia pada harga RM919 untuk Windows 11 Home, dan RM1299 untuk Windows 11 Pro.
Saintis kini berjaya menggunakan bangkai labah-labah menjadi mesin mencengkam – dengan menggunakan picagari udara ke badan bangkai, serta mengawal gerakan kaki untuk mencengkam. Bio-robot ini dijangka boleh digunakan dalam pemasangan mikroelektronik.
GSC hari ini mengesahkan filem Shin Ultraman bakal ditayangkan di Malaysia pada 6 Oktober 2022 kelak. Filem ini sedia ditayangkan di Jepun sebelum ini, dan menjadi filem Ultraman dengan kutipan tertinggi buat masa ini.
First World Hotel kini hadir dengan sebuah pakej dinamakan FWH, yang mana memberikan diskaun kepada penginap sekiranya memilih untuk mengurus dan mengemas katil sendiri. Pengunjung akan diberikan kit lengkap pembersihan dan untuk katil apabila daftar masuk ke hotel.
Bank Negara kini menjangkakan struktur ekonomi negara akan berkembang stabil untuk tahun 2022 dan 2023 – selari dengan aliran permintaan domestik yang kukuh bersama peningkatan perbelanjaan pengguna. Namun, ia diakui negara tidak terlepas daripada tekanan inflasi dan krisis perdagangan.
Pada telefon Nokia, kita sedia melihat penjenamaan kamera Zeiss digunakan sejak sekian lama. Kini, selepas 17 tahun, kontrak Nokia dan Zeiss telah pun tamat. Nokia ZR20 merupakan telefon Nokia terakhir dengan penjenamaan Zeiss. Jenama Zeiss kini digunakan oleh Vivo pada telefon pintar mereka, selain Sony.
Lego kini hadir dengan penawaran dinamakan Minifigure Factory, membolehkan anda mencipta sebuah figura mini berasaskan kepada citarasa diri anda sendiri. Buat masa ini, perkhidmatan ini terhad di Amerika Syarikat sahaja, dan dijangka diperluaskan tidak lama lagi.
Kajian kini mendapati mereka yang tidur pada siang hari, mempunyai risiko 12% lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi, dan risiko 24% lebih tinggi untuk mengalami strok berbanding mereka yang tidak tidur siang. Risiko ini tinggi adalah kerana mereka kurang tidur pada waktu malam sebab tidur siang.
Google hari ini menyambut ulang-tahun ke-10 sejak gedung kandungan dan aplikasi, Google Play diperkenalkan pada 2012 lepas. Sebelum itu, gedung kandungan mereka dikenali dengan nama Android Market.
Arab Saudi kini ingin membina bangunan terbesar dunia, The Mirror Line – terdiri dua pencakar langit yang setiap satunya sepanjang 120km, dan setinggi 1500 kaki. Ia mampu menempatkan 5 juta penduduk, dan menjadi bangunan terbesar pernah dibina manusia.