Categories
Uncategorized

Minum Kopi Sebelum “Shopping”, Membuatkan Anda Berbelanja Lebih

Kajian kini mendapati sekiranya anda meminum kopi berkafein sebelum membeli-belah atau berbelanja, ia membawa kepada kesan dimana anda berbelanja lebih. Ini kerana pembebasan dopamin di otak membawa kepada peningkatan impulsif serta kurang kawalan diri pengguna.

Categories
Uncategorized

Astro Mempunyai 11.3 Juta Penonton Setiap Hari, Menonton 187 Minit Secara Purata

Astro kini berkongsi mengatakan saluran televisyen linear mereka yang dipancarkan melalui satelit mempunyai 11.3 juta penonton setiap hari, dengan masa tontonan secara purata sekitar 187 minit setiap hari. Disamping itu, Astro Go pula mempunyai 919k pengguna bulanan, dengan masa tontonan purata selama 244 minit setiap minggu.

Categories
Uncategorized

Pelancaran Diablo Immortal Di Malaysia Ditangguhkan Ke 8 Julai

Blizzard kini menyatakan pelancaran permua terbaru mereka, Diablo Immmoirtal ditangguhkan untuk pasaran Malaysia ke 8 Julai 2022. Ia dikatakan terdapat beberapa perkara perlu dibaiki, sebelum dilancarkan di rantau ini.

Categories
Uncategorized

Meta Lancar Kedai Menjual Pakaian Digital Untuk Avatar Di Facebook Dan Instagram

Meta sedia memfokuskan kepada arena metamesta, dan sebagai permulaan, kini mereka turut memperkenalkan Avatar Store, membolehkan pengguna membeli pakaian digital untuk avatar mereka di Facebook, Instagram dan Messenger.

Categories
Uncategorized

China Bangunkan Kanta Lekap Pintar – Pantau Tekanan Mata Dan Glaukoma

Saintis di China kini membangunkan sebuah kanta lekap pintar yang boleh pantau kadar tekanan mata, dan pada masa yang sama mengubati glaukoma dengan sediakan ubat bila diperlukan. Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakkan saraf optik. Kanta lekap pintar ini masih pada peringkat pembangunan dan ujian.

Categories
Uncategorized

Golongan Belia Akan Terima Peruntukkan Khas Pada Belanjawan 2023

Belanjawan 2023 dijangka dibentangkan pada Oktober kelak, dan kini Menteri Kewangan mengatakan sebuah peruntukkan khas khusus untuk golongan belia. Perincian penuh masih tidak dikongsikan lagi – tetapi dijangka akan meningkatkan penyertaan golongan muda dalam lanskap perniagaan.

Categories
Uncategorized

Penjara Terbesar Dan Moden Akan Dibina Di Kelantan, Siap Menjelang 2027

Kerajaan kini menyasarkan untuk membina sebuah penjara yang terbesar dan paling moden, menempatkan 3000 banduan di Kelantan, menjelang 2027 kelak. Proses pembinaan dijangka bermula pada penghujung 2023 kelak, di Ketereh, Kelantan.

Categories
Uncategorized

Filem Dragon Ball Super : Super Hero Akan Ditayang Di Malaysia Pada Ogos 2022

Bagi para peminat siri Dragon Ball, filem terbaru Dragon Ball Super : Super Hero kini disahkan bakal ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos 2022 ini. Ia mengisahkan berkenaan Red Ribbon Army yang kembali dengan robot android baharu dalam misi untuk menakluk bumi.

Categories
Uncategorized

Hampir 50% Perniagaan Di Jepun Masih Bergantung Pada Internet Explorer

Microsoft telah menamatkan Internet Explorer pada minggu ini. Tetapi, apa yang mengejutkan, hampir separuh perniagaan di Jepun masih bergantung pada IE sehingga hari ini, termasuk untuk pengurusan barangan, pekerja, malah termasuk sistem pencen dan persaraan. Microsoft akan sokong IE Mode di Edge sehingga 2029 kelak.

Categories
Uncategorized

One Punch Man Bakal Difilemkan Dalam Bentuk Aksi Nyata

One Punch Man merupakan salah satu siri anime dan manga yang popular, mengisahkan seorang adiwira yang sangat kuat, dan boleh tewaskan musuh dengan hanya satu tumbukan. Kini, ia dilaporkan ia bakal difilemkan, dan pengarah untuknya adalah pengarah filem Fast & Furious sebelum ini, Justin Lin.