Categories
Uncategorized

Netflix Tidak Lagi Akan Tawar Kesemua Episod Serentak?

Sejak kebelakangan ini, Netflix telah mula kehilangan pelanggan mereka dari bulan ke bulan. Untuk mengatasinya, Netflix kini melihat kepada beberapa kaedah, termasuk tidak lagi menawarkan semua episod secara serentak, sebaliknya menyediakan ia mengikut setiap minggu – pastikan pelanggan terikat lebih lama pada platform mereka.

Categories
Uncategorized

Telegram Premium Kini Rasmi – Langganan Berbayar Telegram, Pada Harga RM22.90

Telegram hari ini melancarkan khidmat langganan berbayar tersendiri, dinamakan Telegram Premium. Melaluinya, ia memberikan akses tambahan seperti had muat-naik sehingga 4GB, kelajuan muat-turun pantas, tiada iklan, akses Sticker Premium, dan lain-lain, pada harga RM22.90 sebulan.

Categories
Uncategorized

Elyon – Permainan MMORPG Daripada Pembangun PUBG, Akan Ke Malaysia

Elyon merupakan salah satu permainan MMORPG yang dibangunkan oleh Krafton – syarikat sebalik permainan popular PUBG. Elyon mengisahkan dua puak yang berperang untuk merebut kawasan, dimana setiap watak membawa kuasa berbeza. Elyon akan memasuki pasaran Malaysia melalui PlayPark – dan ditawarkan seawal Julai ini untuk PC.

Categories
Uncategorized

Selamat Tinggal Unifi Community – TM Tamatkan Portal Komuniti Unifi

Telekom Malaysia kini telah mengumumkan akan menamatkan portal komuniti Unifi pada 22 Julai 2022 ini. Sebab disebaliknya tidak diketahui memandangkan portal tersebut sentiasa mempunyai pengguna aktif. TM sekadar meminta pengguna berinteraksi menggunakan Facebook dan Twitter rasmi Unifi dengan penutupan ini.

Categories
Uncategorized

KFC Kini Memudahkan Anda Pesan Dari Meja Makan – Tidak Lagi Perlu Beratur

KFC Malaysia kini memperkenalkan ciri “Imbas & Pesan”, membolehkan anda terus melakukan pesanan dari meja makan di restoran KFC, tanpa perlu beratur panjang untuk tunggu pesanan dan makanan. Pengguna juga turut boleh melakukan pembayaran dari aplikasi.

Categories
Uncategorized

China Ingin Bina Empangan Guna Robot Dan Percetakkan 3D

China kini merancang untuk membina sebuah empangan tanpa menggunakan tenaga kerja manusia, sebaliknya bergantung kepada penggunaan percetakkan 3D, kecerdasan buatan, dan robot untuk pembinaan. China menyasarkan untuk membina empangan baharu ini dalam tempoh 2 tahun.

Categories
Uncategorized

KPDNHEP Tidak Melarang Caj Memotong Ayam Di Pasar

Pada hari ini, terdapat beberapa peniaga yang mengenakan caj memotong ayam di pasar antara 60 sen ke RM1. Bercakap mengenainya, KPDNHEP mengatakan tiada sekatan sebarang pengenaan caj memotong ayam, tetapi langkah tersebut sewajarnya tidak menyusahkan pelanggan.

Categories
Uncategorized

Teleskop Gergasi China Berjaya Rakamkan Gelombang Makhluk Asing

Sekumpulan saintis di China, kini mengatakan mereka berjaya merakamkan beberapa gelombang dari angkasa menggunakan teleskop gergasi mereka – berkemungkinan daripada makhluk asing. Kajian lanjut berkaitan dengannya masih diperlukan – dan ada yang mengatakan ia mungkin adalah gangguan radio.

Categories
Uncategorized

TikTok Melabelkan Diri Sebagai Platform Hiburan, Bukan Platform Sosial

TikTok kini menekankan mereka bukanlah sebuah platform rangkaian sosial, sebaliknya adalah platform hiburan. TikTok digunakan dalam mendapatkan hiburan, dan bukan untuk berhubung antara satu sama lain, disamping algoritma yang dioptimasikan untuk setiap pengguna, dan bukan mengikut kaedah penggunaan rakan-rakan seperti platform sosial lain.

Categories
Uncategorized

66% Rakyat Malaysia Lebih Gemar Pilihan Pembayaran Nirtunai

Tinjauan Visa kini memperlihatkan lebih 66% pengguna Malaysia lebih gemar sekiranya para peniaga menyediakan pembayaran nirtunai seperti kad, dompet digital, atau imbasan kod QR. Orang ramai juga turut memilih membayar bil secara nirtunai (65%), selain membeli-belah dipasaraya (58%).