Skuad bola sepak Malaysia bawah 19-tahun kini menjadi juara dalam saingan Kejuaraan B-19 AFF. Ini adalah kali kedua Malaysia muncul juara. Perlawanan akhir memperlihatkan Malaysia tewaskan Laos dengan skor 2-0.
Skuad bola sepak Malaysia bawah 19-tahun kini menjadi juara dalam saingan Kejuaraan B-19 AFF. Ini adalah kali kedua Malaysia muncul juara. Perlawanan akhir memperlihatkan Malaysia tewaskan Laos dengan skor 2-0.
Menjelang November kelak, kita akan melihat sistem QR bersepadu digunakan di 5 negara ASEAN, iaitu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Dengan langkah ini, anda boleh gunakan dompet digital sedia ada untuk melakukan pembayaran tanpa perlu risau melakukan penukaran matawang terlebih dahulu.
Pada hari ini, di Malaysia kita sedia selesa dengan tempahan makanan melalui FoodPanda dan GrabFood. Dan mungkin pada masa akan datang, kita boleh turut melakukan tempahan melalui TikTok. Di China, TikTok China telah mulakan ujian untuk tempahan makanan melalui aplikasi tersebut.
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru, ia didapati terdapati sekitar 1.9 juta rumah yang kosong dan tidak didiami. Secara keseluruhan, terdapat sekitar 9.6 juta rumah di seluruh Malaysia.
Universiti Malaya (UM) kini telah menghentikan sekitar 20 program akademik, kerana ia kurang mendapat sambutan atau kurang relevan lagi dengan keperluan industri pada hari ini. Disamping itu, beberapa program baharu turut ditawarkan, seperti Keselamatan Siber, Pengurusan Halal dan juga Kepintaran Buatan.
Walaupun arena kriptowang agak popular, namun Bill Gates dilihat tidak berminat dengannya. Bill Gates mengatakan nilai syarikat adalah terletak pada bagaimana mereka menghasilkan sesuatu produk yang baik. Sementara untuk kriptowang pula, ia hanya sekadar pada bagaimana orang lain sanggup bayar untuknya
G-Shock kini hadir dengan jam tangan pintar menggunakan binaan berasaskan titanium – bukan sahaja pada muka jam, tetapi juga pada bahagian tali jam. Dinamakan Casio G-Shock GMW-B5000TVB, jam tangan ini turut hadir dengan sokongan pengecasan solar, berharga RM7650 di Malaysia.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini menyasarkan sekitar 1000 buah sekolah di Malaysia akan menerima rangkaian 5G menjelang penghujung 2022 ini, sekaligus memudahkan pembelajaran pada era digital kini, selain turut menguntungkan kawasan penempatan sekitar sekolah.
Seekor jerung Greenland kini ditemui, dianggarkan berusia lebih 512 tahun. Ini sekaligus menjadikan ia sebagai haiwan vertebrata tertua dunia, yang dilahirkan sekitaar 1505, enam tahun sebelum kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Usia jerung ini dianggarkan menerusi kajian kornea mata.
Dbrand yang sedia menawarkan sejumlah aksesori, kini turut memperkenalkan pelekat kerangka luar untuk telefon pintar mengambil inspirasi telefon Nothing. Menariknya juga, Dbrand mengambil penawaran mereka ini “Something”.