Xiaomi sedia menyasarkan pelancaran kereta pertama mereka pada 2024 kelak. Selari dengannya, kini Xiaomi menyasarkan untuk memperlihatkan konsep pertama kereta elektrik mereka seawal Ogos 2022 ini.
Xiaomi sedia menyasarkan pelancaran kereta pertama mereka pada 2024 kelak. Selari dengannya, kini Xiaomi menyasarkan untuk memperlihatkan konsep pertama kereta elektrik mereka seawal Ogos 2022 ini.
Lilo & Stitch merupakan salah satu filem animasi popular yang telah diterbitkan sebelum ini oleh Disney. Kini, Disney dilihat sedang pertimbang untuk hadir dengan filem Lilo & Stitch baharu menggunakan pelakon sebenar, dan bukannya animasi seperti sebelum ini.
MySejahtera kini dikemaskini dengan menambah sokongan paparan rekod kesihatan. Pada masa yang sama, ia dikongsikan melalui kemaskini akan datang, MySejahtera turut akan menambah sokongan rekod derma darah dan juga buku pink terus pada aplikasi tersebut – sekaligus mendigitalisasikan rekod kesihatan anda.
Bomba di London kini menguji penggunaan topeng oksigen untuk haiwan yang boleh digunakan pada anjing, arnab, kucing, tikus dan ular. Ia boleh digunakan pada haiwan yang diselamatkan ketika kebakaran dan insiden lain.
Yu Yu Hakuhso merupakan salah satu siri manga klasik dan anime yang popular. Terbaru, Netflix mengesahkan mereka akan hadir dengan siri aksi-nyata untuk manga tersebut, dengan fokus terhadap watak Yusuke Urameshi yang mati, dan hidup kembali sebagai detektif dunia misteri. Siri ini bakal ditayangkan pada 2023.
Presiden Rusia, Vladimir Putin kini telah meluluskan undang-undang baharu dinegara tersebut, yang akan mengharamkan penggunaan aset digital sebagai medium atau kaedah pembayaran di Rusia. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengharamkan penggunaan kriptowang dan juga NFT sebagai salah satu bentuk pembayaran dalam negara tersebut.
Intel yang terkenal dengan pengeluaran cip untuk komputer, kini dijangka akan meningkatkan harga jualan cip pemprosesan mereka sehingga 20%, disebabkan oleh kos bahan yang meningkat. Selain cip pemprosesan, peningkatan ini turut melibatkan modem, cip WiFi, memori dan lain-lain.
Akhir-akhir ini, kita telah melihat Xiaomi guna jenama Leica pada kamera, termasuk Vivo dengan Zeiss, dan Oppo dengan Hasselblad. Bercakap mengenainya, CEO Honor mengatakan ia hanyalah gimik semata-mata, dan perkara tersebut perlu dielak pengguna.
Pasukan Elon Musk kini memohon penangguhan perbicaraan kes saman Twitter terhadap Elon Musk sehingga ke tahun 2023 kelak. Sebelum ini, Twitter telah memfailkan saman kerana membatalkan pengambil-alihan, dan meminta ia dibicarakan sekitar September kerana perjanjian pengambil-alihan awal akan tamat pada Oktober 2022 ini.
Bill Gates kini menyatakan hasrat untuk tidak lagi tersenarai sebagai antara individu terkaya dunia. Beliau kini menduduki tangga keempat di dunia, berhasrat menyerahkan kesemua harta kekayaan beliau kepada yayasan Bill and Melinda Gates Foundation.