Categories
Uncategorized

Mi Segera Adalah Hidangan Ke-8 Paling Popular Di Malaysia

Mengikut kajian Kantar Worldpanel, ia memperlihatkan Mi Segera adalah hidangan ke-8 teratas di Malaysia, dan hampir 44% penggunaan mi segera berlaku semasa hidangan utama. Selain daripada hidangan utama, mi segera juga turut dinikmati ketika antara makanan, atau sebagai hidangan snacking.

Categories
Uncategorized

Malaysia Mara Ke Perlawanan Akhir Kejuaraan B-19 AFF

Skuad bola sepak bawah 19 tahun (B-19) kini berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir Kejuaraan B-19 AFF yang akan berlangsung pada 15 Julai 2022. Ini kali ke-4 Malaysia mara ke perlawanan akhir kejohanan ini sejak edisi 2017.

Categories
Uncategorized

Meta Membolehkan Anda Jawab Panggilan WhatsApp Melalui Kaca Mata Pintar

Mark Zuckerberg kini mengumumkan orang ramai sudah boleh membuat panggilan suara WhatsApp melalui kaca mata Ray-Ban Stories. Disamping itu, kaca mata tersebut turut boleh membacakan mesej WhatsApp kepada anda. Namun, kaca mata berkenaan masih tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Categories
Uncategorized

Saintis Berjaya Melakukan Dua Lagi Pemindahan Jantung Khinzir Ke Manusia

Pemindahan jantung haiwan ke tubuh manusia telah diuji beberapa kali sebelum ini, dan terbaru dua lagi pembedahan berjaya dilakukan memindahkan jantung khinzir ke tubuh manusia. Jantung khinzir tersebuit menjalani proses perubahan petanda genetik sebelum pemindahan. Pesakit menerima organ selama 72 jam sebelum meninggal dunia.

Categories
Uncategorized

China Hadir Dengan Sut Hazmat Dilengkapi Pendingin Hawa


Sebuah firma di China kini hadir dengan sut hazmat dilengkapi pendigin hawa – sekaligus memberikan lebih keselesaan kepada pemakai apabila menggunakannya untuk tempoh lama. Sut ini dengan peranti khusus seberat 3 kilogram, dan boleh beroperasi selama 3 jam pada pengecasan penuh.

Categories
Uncategorized

Bank Islam Hadir Dengan Aplikasi Bank Digital Tersendiri, Be U

Bank Islam kini telah mula tawar aplikasi bank digital tersendiri, dinamakan Be U. Melaluinya, pengguna boleh membuka akaun simpanan, menyimpan duit, menggunakannya untuk pembayaran, selain turut mengakses beberapa ciri lain terus pada aplikasi tanpa ke cawangan bank.

Categories
Uncategorized

Spider-Man : No Way Home Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Netflix kini telah menambah filem adiwira terbaru Spider-Man, iaitu “No Way Home”. Pengguna Netflix kini sudah boleh menonton filem adiwira yang turut mengintegrasikan elemen multimesta bersama Dr Strange dalam aksi mereka menyelamatkan bumi daripada ancaman pihak lain.

Categories
Uncategorized

FamilyMart Kini Mempunyai 300 Cawangan Di Seluruh Malaysia

FamilyMart dilihat agak aktif dalam perkembangkan cawangan mereka, dan kini mempunyai 300 cawangan fizikal di seluruh negara. Cawangan pertama telah dibuka pada 2016 lepas, di Bukit Bintang, KL, sekaligus menjadi kedai serbaneka terawal menawarkan aiskrim lembut dan makanan segera segar.

Categories
Uncategorized

Tayangan Filem Thor Ditunda Lagi Di Malaysia – Tanpa Tarikh Tayangan Baharu

Filem Thor : Love and Thunder yang terbaru kini dilihat ditangguhkan sekali lagi untuk tayangan di Malaysia, dan kini tiada sebarang tarikh diberikan pawagam atau Disney. Buat masa ini, ia tidak diketahui kenapakah filem adiwira dibawah Marvel ini ditangguhkan tayangannya di Malaysia.

Categories
Uncategorized

Indonesia Kini Bekukan Kemasukan Pekerja Asing Ke Malaysia

Indonesia kini mengambil langkah membekukan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Pelaksanaan sementara ini berkuat-kuasa serta-merta kerana Malaysia masih sedang menggunakan sistem pengambilan pekerja asing secara atas talian yang membuatkan pekerja asing berkenaan terdedah kepada isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa.