Categories
Uncategorized

China Cadang Penggunaan Kalendar “Bebas Agama” Untuk Era Eskplorasi Angkasa

Kalendar di Bumi hari ini bergantung kepada beberapa perkara, termasuk peristiwa agama, peredaran matahari, peredaran bulan dan sebagainya. Ini sekaligus menjadikan ia tidak mesra untuk era eksplorasi angkasa. Disebabkan itu, kini saintis di China mencadangkan penggunaan kaedah baharu untuk pergerakkan masa dan tarikh ketika melakukan eksplorasi angkasa.

Categories
Uncategorized

Permukaan Planet Utarid Mungkin Dipenuhi Berlian

Saintis kini mengatakan permukaan planet mungkin dipenuhi berlian. Tekanan gelombang asteroid dan komet yang menghentam permukaan planet, boleh ubah grafit kepada berlian. Ia juga boleh berlaku disebabkan kandungan karbon grafit tinggi, membuatkan ia berubah menjadi berlian pada suhu tinggi dengan kedudukan berhampiran matahari.

Categories
Uncategorized

Tahukah Anda Jenama Mi Segera Pertama Di Pasaran?

Pada hari ini, mi segera seperti Maggi telah menjadi kebiasaan dalam pemakanan harian. Tetapi, tahukah anda jenama mi segera yang pertama? Ia adalah Chikin Ramen dibawah Nissin, ditawarkan pada 25 Ogos 1958 di Jepun. Ia dibangunkan sebagai kaedah pengeluaran mi goreng yang dikeringkan bagi beri jangka hayat yang lebih lama.

Categories
Uncategorized

Tesla Tidak Lagi Berikan Kunci Fizikal Untuk Pembelian Kereta

Tesla kini telah berhenti menawarkan kunci fizikal kepada pembeli Tesla Model S dan Model X. Sebaliknya, pengguna perlu menggunakan kunci digital pada telefon pintar. Apa pun, Tesla masih menawarkan kunci fizikal secara berasingan pada harga tambahan.

Categories
Uncategorized

Hampir 40% Pengguna Muda Memulakan Carian Di Instagram Atau TikTok – Bukan Google Search

Wakil Google kini mengatakan ramai pengguna muda kini memulakan aktiviti carian mereka di Instagram dan TikTok – serta bukannya di Google Search. Ini disebabkan oleh pengguna muda lebih berminat dengan kandungan berbentuk visual untuk hasil carian mereka, yang mana mungkin membawa kepada evolusi baru Google Search.

Categories
Uncategorized

Spritzer Ubah Rekaan Botol Minuman – Guna Bahan Plastik Kitar Semula

Spritzer, salah satu penyedia air mineral popular di Malaysia, kini telah mengemaskini rekaan botol minuman mereka, dimana kini ia dihasilkan menggunakan bahan plastik kitar semula. Warna juga telah diubah daripada hijau kepada warna moden, hijau seakan biru.

Categories
Uncategorized

Amazon Akan Mulakan Ujian Klinikal Untuk Vaksin Kanser

Amazon dilihat turut membangunkan vaksin untuk kanser, dan dalam persiapan mencari 20 peserta menyertai ujian klinikal untuk vaksin kanser, lebih menyasarkan untuk merawat barah payu dara dan juga melanoma. Amazon dijangka menggunakan kepakaran saintifik dan pembelajaran mesin dalam merawat serta bangunkan vaksin kanser mengikut pesakit dan jenis kanser.

Categories
Uncategorized

Nothing Hadir Dengan Telefon Pertama – Nothing Phone (1)

Nothing, sebuah jenama baharu daripada bekas pengasas OnePlus, kini telah memperkenalkan telefon pertama mereka, Nothing Phone (1). Ia hadir dengan cip Snapdragon 778G+, serta sistem LED dibahagian belakang yang agak unik, serta dwi-kamera belakang. Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga bermula RM2399.

Categories
Uncategorized

1USD = 1EURO – Kadar Tukaran Mencapai Nilai Pariti

Disebabkan pergerakkan ekonomi yang perlahan dan juga faktor inflasi serta beberapa perkara yang melanda Eropah, ia memperlihatkan nilai matawangnya sedikit menurun. Mengikut kadar tukaran semasa, nilai matawang EURO dan USD kini adalah sama buat pertama kali dalam 20 tahun, membawa kepada nilai pariti tukaran yang sama.

Categories
Uncategorized

Twitter Perkenal Ciri “Unmention” – Membolehkan Anda Nyah-Tag Dari Tweet

Kadang-kala, mungkin anda tidak menyukai apabila terlibat dalam sesuatu perbualan pada Twitter, dan ingin keluar daripadanya. Untuk tujuan berkenaan, kini Twitter perkenal ciri Unmention, membolehkan anda nyah-tag diri sendiri, dan hentikan notifikasi daripada perbualan yang anda tidak inginkan.