Nikon kini akan berhenti mengeluarkan kamera SLR, sebaliknya memfokuskan kepada penawaran digital seperti kamera mirrorless. Kali terakhir Nikon memperkenalkan model baharu SLR adalah pada 2020 lepas, iaitu Nikon D6 SLR.
Nikon kini akan berhenti mengeluarkan kamera SLR, sebaliknya memfokuskan kepada penawaran digital seperti kamera mirrorless. Kali terakhir Nikon memperkenalkan model baharu SLR adalah pada 2020 lepas, iaitu Nikon D6 SLR.
Pasangan beregu wanita boling tenpin negara, Natasha Mohamed Roslan dan Sin Li Jane berjaya membawa pulang pingat gangsa daripada temasya The World Games 2022. The World Games merupakan temasya sukan antarabangsa yang mempertandingkan sukan-sukan yang tidak tersenarai di temasya Sukan Olimpik.
PUBG Mobile sedia menawarkan beberapa kandungan eksklusif dalam permainan mereka, dan kini mereka turut mengumumkan bakal mengadakan konsert pertama dalam permainan buat julung kalinya pada bulan Julai ini, melibatkan kumpulan Blackpink. Akses ditawarkan secara percuma, dan perlu memuat-turun permainan PUBG Mobile.
NASA kini berkongsi gambar pertama daripada teleskop angkasa James Webb, memperlihatkan gambar angkasa, yang merakamkan ribuan galaksi didalamnya. Gambar dirakamkan menggunakan sokongan inframerah, dan beberapa gambar diambil dalam 12.5 jam, sebelum disatukan.
Grab kini telah memperkenalkan ciri perkhidmatan antarabandar mereka, membolehkan pengguna membeli tiket bas dan feri dari Malaysia ke Singapura – dan seterusnya membayar menggunakan GrabPay.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengatakan kelak pemberian kadar subsidi elektrik akan dipaparkan pada bil setiap pengguna bermula bulan hadapan. Ini sekaligus akan memberikan lebih penjelasan kepada pengguna berhubung subsidi tarif elektrik.
HMD kini perkenal Nokia 5710 XpressAudio yang hadir dengan sokonga fon telinga nirwayar yang disimpan pada bahagian belakang telefon. Dengan ruangan tersebut, anda boleh mengecas fon telinga tersebut, dan elak ia daripada hilang.
McDonald’s Malaysia kini berkongsi mereka akan membuka 5 cawangan baharu menjelang tahun hadapan, 2023. Selain itu, mereka menyasarkan membuka 20 restoran dalam tempoh 5 tahun lagi. Pada hari ini, terdapat 6 cawangan McDonald’s di Kelantan.
MUJI kini bekerjasama dengan Honda untuk memperkenalkan basikal elektrik MUJI MS01, menawarkan perjalanan sehingga 64km dengan kelajuan maksimum 25km/j. Selain motor elektrik, ia jugaa turut dilengkapi dengan pengayuh untuk digunakan sebagai basikal biasa.
PBB kini berkongsi mengatakan populasi di Malaysia akan mencapai 33.2 juta pada tahun 2022 ini. Jangkaan ini dilakukan berdasarkan kepada kadar peningkatan 1.25% setiap tahun. Disamping itu, mengikut data DOSM, penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta pada 2020 lepas, dan dijangka mencapai 41.5 juta orang menjelang 2040.