Categories
Uncategorized

Carl Pei : Telefon Masih Akan Mendominasi Kehidupan Digital Untuk 5 Ke 10 Tahun Lagi

Carl Pei, pengasas Nothing kini menyasarkan telefon pintar akan terus mendominasi kehidupan digital orang ramai untuk 5 ke 10 tahun lagi. Komen terbaru ini dikongsikan selari pergerakkan industri yang kini lebih ke arah metamesta dan juga kaca mata pintar.

Categories
Uncategorized

Belanda Ingin Menjadikan Bekerja Dari Rumah Hak Setiap Kakitangan

Belanda melalui sebuah undang-undang baharu, ingin memberikan hak kepada kakitangan untuk bekerja dari rumah. Perundangan baharu ini sedang menanti kelulusan dari bahagian senat sebelum ia dikuat-kuasakan sepenuhnya, sekaligus menjadikan Belanda antara negara terawal memperkenalkan perundangan seumpamanya.

Categories
Uncategorized

“SuperMoon” Boleh Dilihat Pada 13 Julai Di Malaysia

Pada 13 Julai, fenomena perigee akan berlaku, memperlihatkan Bulan pada kedudukan paling dekat dengan Bumi. Ini sekaligus membolehkan Bulan dilihat pada saiz besar di Bumi, atau dikenali “Supermoon”.

Categories
Uncategorized

Elon Musk Tarik Diri Daripada Pembelian Twitter

Elon Musk kini memfailkan kepada bursa di Amerika Syarikat, mengatakan ingin membatalkan perjanjian pengambil-alihan Twitter. Salah satu sebab diberikan adalah mengatakan Twitter gagal memaklumkan berkenaan angka sebenar akaun palsu pada platform tersebut.

Categories
Uncategorized

KKM Mungkin Laksana Semula Kompaun Untuk Rakyat Yang Gagal Pakai Pelitup Muka Di Premis Tertutup

Dengan lonjakkan kembali kes Covid-19 akhir-akhir ini, kini KKM memberikan peringatan untuk memakai pelitup muka ketika berada dalam premis tertutup. Sekiranya tidak, KKM mungkin pertimbang semula penguat-kuasaan Akta 342 seperti sebelum ini.

Categories
Uncategorized

Filem Mechamato Akan Ditayangkan Pada Penghujung 2022 – Mengisahkan Bapa BoBoiBoy

Mechamato merupakan siri animasi terbaru daripada pencipta BoBoiBoy, dimana ia membawakan kisah disebalik bapa BoBoiBoy yang dikenali dengan nama Amato. Terbaru, filem disebaliknya kini disahkan akan ditayangkan pada hujung tahun 2022 ini.

Categories
Uncategorized

IOI City Mall Akan Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Malaysia – Fasa 2 Bakal Dibuka Ogos

IOI City Mall bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia, apabila fasa kedua pusat berkenaan dibuka pada 25 Ogos 2022 kelak. Ia akan mempunyai pelbagai jenama utama, termaasuk lebih 200 kafe dan restoran.

Categories
Uncategorized

CFM Seru Syarikat Telekomunikasi Beri Pampasan Untuk Gangguan Perkhidmatan

CFM kini menyeru sebuah garis panduan disediakan berkenaan dengan pampasan untuk gangguan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna. Ini kerana telekomunikasi memainkan peranan utama dalam kehidupan harian pada hari ini, termasuk untuk pembayaran, pekerjaan, dan lain-lain.

Categories
Uncategorized

Terperangkap Dalam Kesesakkan Trafik Selalu Boleh Membawa Kepada Gangguan Mental

Sering terperangkap dalam kesesakkan trafik secara berterusan dikatakan boleh membawa kepada gangguan kesihata mental, yang mana mungkin membawa kepada masalah kronik seperti kemurungan dan kerisauan. Ini ditambah lagi dengan faktor tekanan di tempat kerja sejurus melalui kesesakkan trafik di jalan raya.

Categories
Uncategorized

Huawei Kini Mungkin Jenama Nombor Satu Dunia Disamping Apple Sekiranya Tiada Sekatan Amerika

Richard Yu kini mengatakan Huawei mungkin menjadi jenama nombor satu dan mendominasi pasaran telefon pintar bersama Apple, sekiranya tiada sekatan dagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Sebelum ini, pada 2018 lepas, Huawei sedia menduduki tangga tiga teratas pengeluar telefon di dunia.