Categories
Uncategorized

Pembelian Twitter Oleh Elon Musk Mungkin Dibatalkan?

Pembelian Twitter oleh Elon Musk kini diperkatakan dalam bahaya, dan mungkin dibatalkan – disebabkan oleh angka akaun palsu atau bot pada perkhidmatan tersebut. Ia dikatakan data yang diberikan kepada pihak Elon Musk oleh Twitter tidak mampu membuktikan jumlah sebenar akaun palsu yang wujud pada perkhidmatan tersebut.

Categories
Uncategorized

Jam Tangan Mekanikal Paling Nipis Di Dunia Diperlihatkan

Minggu ini, jam tangan mekanikal paling nipis di dunia dilancarkan, dengan ketebalan hanya 1.75mm sahaja. Rekaan tali jam adalah lebih tebal daripada muka jam. Jam tangan ini dijual pada harga hampir RM8.3 juta seutas.

Categories
Uncategorized

K-KOMM Akan Berbincang Untuk Kurangkan Cukai Hiburan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengurangkan cukai hiburan yang dikenakan pada kandungan tempatan. Pada hari ini, cukai tersebut adalah 25% di seluruh Malaysia.

Categories
Uncategorized

Malaysia Sedang Uji Mekanisma Subsidi Bahan Api Bersasar

Kementerian Kewangan kini mengatakan kerajaan sedang menguji mekanisme subsidi bahan api yang disasar, dan akan kemukakan ia kepada kabinet sebaik sahaja siap. Dengan langkah ini, ia akan memastikan kumpulan B40 mendapat faedah selayaknya daripada bantuan yang disediakan.

Categories
Uncategorized

Xiaomi Ingin Perkenalkan Kereta Elektrik Menjelang 2024

Xiaomi kini menyasarkan untuk memperkenalkan kereta dibawah jenama mereka tersendiri menjelang 2024 kelak. Selari dengannya, Xiaomi telah memulakan ujian berkaitan dengan kereta swapandu di China, termasuk menguji pelbagai sensor dan juga perisian yang akan melengkapkan kenderaan mereka.

Categories
Uncategorized

Tsutaya Books Dibuka Di Bukit Jalil – Kedai Buku Dengan Integrasi Menarik

Tsutaya Books, kedai buku terbesar di Jepun kini telah memperluaskan penawaran ke Malaysia, dan membuka cawangan pertama di Bukit Jalil. Ia hadir integrasikan kafe, bahagian kecantikan dan produk penjagaan diri dalam kedai buku – termasuk ruang eduria.

Categories
Uncategorized

Meta Kini Boleh Terjemah 200 Bahasa Dengan Pantas

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini mengumumkan pencapaian terbaharu, membolehkan mereka terjemah lebih 200 bahasa menggunakan kecerdasan buatan. Ini merupakan salah satu pencapaian terbaik, dan sangat berguna apabila ingin ke arena metamesta yang memudahkan pengguna berkomunikasi tanpa masalah bahasa.

Categories
Uncategorized

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan Dijangka Beroperasi Seawal 2026

Pahang kini peruntukkan RM2 bilion dalam membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, dikawasan Gebang. Ia bakal dimulakan sekitar 2023, dan disasarkan beroperasi pada 2026 kelak.

Categories
Uncategorized

Risau Akaun Kena Hack? Kini Ada Insurans Untuk Akaun Instagram

Kini sebuah perkhidmatan insurans untuk akaun Instagram diperkenalkan di Amerika Syarikat, dinamakan Notch. Ia sekaligus memudahkan influencer untuk melindungi akaun dan mendapatkan perlindungan sekiranya akaun digodam dan membawa kerugian kepada mereka.

Categories
Uncategorized

Konsol Dengan Fokus Permainan Web3 Ingin Dibangunkan


Dengan hype berkenaan dengan web3, kini sebuah syarikat dinamakan Polium turut sedang membangunkan konsol dengan permainan yang mengintegrasikan rantaian-blok, web3 dan juga NFT. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak dikongsikan lagi buat masa ini. Ia dijangka dilancarkan pada 2024 kelak.