Apple kini dilaporkan dijangka memperkenalkan siri iPhone terbaru, iaitu iPhone 14 pada awal September ini, 8 September waktu Malaysia. Selepas pengenalannya, ia dijangka mula dijual pada pertengahan September ini dibeberapa buah negara.
Apple kini dilaporkan dijangka memperkenalkan siri iPhone terbaru, iaitu iPhone 14 pada awal September ini, 8 September waktu Malaysia. Selepas pengenalannya, ia dijangka mula dijual pada pertengahan September ini dibeberapa buah negara.
Adidas kini memperkenalkan sebuah fon kepala baharu, yang menariknya hadir dengan sokongan pengecasan solar. Panel solar ini diletakkan di bahagian angkup kepala. Selain cahaya matahari, ia juga boleh dicas menggunakan cahaya lampu. Pengecasan biasa berasaskan USB-C turut disertakan.
Menjadi kebiasaan bunyi penggera yang nyaring digunakan untuk pastikan terjaga tidur. Tetapi, melalui kajian, ia didapati bunyi penggera yang nyaring membawa kesan negatif. Ia dikatakan membawa kepada aktiviti otak terganggu, sekaligus membuatkan masih berasa mengantuk pada sesuatu hari. Sebaliknya, penggera jam dengan irama lebih lembut membuatkan kita kurang mengantuk.
Skuad dodgeball Malaysia akan menyertai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 pada penghujung bulan ini, di Kanada. Untuk makluman semua, skuad dodgeball lelaki negara kini berada di ranking nombor satu dunia, sementara skuad wanita pula adalah pada rangking nombor dua dunia.
Industri perfileman Indonesia semakin rancak dengan projek adiwira, dan terbaru filem Satria Dewa Gatotkaca hadir ke pawagam Malaysia. Filem ini berdasarkan cereka lagenda mengenai dewa-dewa yang muncul dalam wayang kulit di Jawa pada suatu ketika dahulu.
Airbnb kini hadir dengan teknologi anti-parti dalam usaha menghalang para pelanggan daripada melakukan tempahan rumah sekiranya kebarangkalian tinggi untuk mereka menggunakan premis untuk berpesta. Perkara ini dilakukan menerusi analisa seperti sejarah ulasan, tempoh tempahan, jarak pelanggan, serta beberapa data lain.
Berdasarkan tinjauan AIA Vitality, ia menunjukkan ramai pekerja di negara tidak memiliki tidur yang mencukupi. 53% akui tidak memiliki tidur yang mencukupi, kurang daripada 7 jam sehari. Sementara 14% lagi mengatakan mereka memiliki kualiti tidur yang sangat lemah.
Meta kini mengumumkan kemaskini baharu pada aplikasi Instagram, membolehkan para pengguna untuk terbitkan kandungan Reels secara rentas platform, iaitu di Instagram dan Facebook secara serentak. Pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Instagram dengan Facebook, sebelum dapat melakukan siaran rentas platform ini.
Pihak Badan Pengurusan Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) kini dalam proses Penilaian GHLGp. Ia merupakan inisiatif dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) yang disasarkan pada tahun 2025. Projek Gombak-Hulu Langat Geopark ini akan berperanan besar dalam penjagaan dan pemuliharaan aset alam semulajadi serta hidupan flora dan fauna.
Elon Musk sering berjenaka ingin membuat sesuatu perkara, tetapi tidak melakukannya. Terbaru, hari ini beliau berseloroh di Twitter, mengatakan ingin membeli kelab bola sepak Manchester United.