Categories
Semasa Teknologi

Meta Menumpaskan Sindiket Kumpulan Cybertrooper Dan Troll Di Malaysia

Meta kini telah keluarkan laporan suku tahunan, memperlihatkan mereka berjaya tumpaskan sejumlah kumpulan cybertrooper atau troll farm di Malaysia. Sebanyak 596 akaun Facebook ditutup, termasuk 180 Page, 11 Group dan 72 akaun Instagram.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Syarikat Induk KFC Sedang Melihat Kepada Variasi Penawaran Menu Pada Harga Lebih Rendah

Syarikat induk KFC pada peringkat global, Yum Brands, kini merancang untuk hadir dengan lebih banyak promosi bersama penawaran menu pada harga lebih rendah. Ini selepas melihat kadar perbelanjaan yang semakin rendah oleh pengguna.

Categories
Kewangan Teknologi

Maxis Turut Memperlihatkan Kedatangan Apple Pay Tidak Lama Lagi

Maxis kini dilihat telah mula bersedia dengan bahan promosi untuk Apple Pay, menandakan Pusat Maxis akan menerima pembayaran menggunakan Apple Pay tidak lama lagi. Buat masa ini, tarikh pengenalannya tidak diketahui lagi, tetapi dijangka akan berlaku pada awal Ogos 2022 ini.

Categories
Gaming

GigaBash – Permainan Brawler Daripada Pembangun Malaysia

Studio permainan video dari Malaysia, Passion Republic Games, kini telah melancarkan permainan terbaru mereka dinamakan GigaBash. Ia memfokuskan kepada perrmainan aksi pertempuran antara raksasa atau kaiju. Permainan ini ditawarkan di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Categories
Sains

Gambar Galaksi Paling Jauh Dirakamkan Oleh Teleskop James Webb

Teleskop James Webb hari ini mencatatkan rekod baharu apabila berjaya mengambil imej galaksi paling jauh pernah direkodkan dalam sejarah. Gambar galaksi ini terletak 35 bilion tahun cahaya dari Bumi, dikenali dengan nama CEERS-93316.

Categories
Kewangan

RUU Lulus : Barangan Import Bernilai Rendah Bakal Dikenakan Cukai Jualan 10%

Dewan Rakyat kini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) baharu, yang membawa kepada pelaksanaan cukai jualan 10% kepada barangan import bernilai rendah yang dijual secara atas-talian. Barangan import bernilai bawah RM500 yang dibeli melalui kurier udara dijangka tertakluk dibawahnya, dan dilaksanakan bermulaa 2023.

Categories
Teknologi

Instagram Membawa Integrasi Ciri NFT Ke Lebih 100 Buah Negara

Meta hari ini menyatakan mereka telah mula memperluaskan penawaran ciri NFT pada Instagram ke lebih 100 buah negara seluruh dunia. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan para pengguna Instagram memperlihatkan koleksi NFT mereka daripada rantaian-blok Ethereum, Polygon dan Flow dipaparkan pada garis masa dan profil mereka.

Categories
Teknologi

TikTok Hadir Dengan Ciri “Repost”

TikTok kini dilihat sedang menguji sebuah ciri baharu pada platform mereka, dinamakan “Repost”. Melaluinya, ia berfungsi seumpama butang “Retweet” pada Twitter, dimana sesuatu video di TikTok dikongsikan kepada para pengikut dan rakan-rakan di TikTok tanpa perlu memuat-naik ke akaun.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Sepanyol Haramkan Pendingin Hawa Ditetapkan Bawah Suhu 27 Darjah Celsius

Kerajaan Sepanyol kini keluarkan arahan mengharamkan bangunan awam daripada menetapkan suhu pendingin hawa dibawah 27 darjah Celsius. Ini dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Arahan ini tidak terkesan untuk pengguna di rumah buat masa ini.

Categories
Teknologi

Amerika Syarikat Akan Memulakan Penggunaan Dron Untuk Menyapu Periuk Api

Dalam peperangan laut, penggunaan periuk api telah menjadi salah satu kebiasaan. Seterusnya, untuk operasi pembersihan, sebuah kapal penyapu khusus akan digunakan tentera laut. Kini dalam usaha memudahkan lagi proses tersebut, sebuah dron khusus digunakan dan boleh mengesan periuk api yang wujud.