Categories
Semasa

Rakan Penghantar Grab Dan Foodpanda Akan Mengadakan Mogok Pada 5 Ogos

Sebilangan rakan penghantar Grab dan FoodPanda kini menyatakan mereka tidak akan bertugas selama 24 jam pada 5 Ogos 2022 sebagai tanda mogok terhadap penyedia perkhidmatan. Hal ini kerana sebagai tanda protes kadar bayaran yang diterima didakwa tidak adil.

Categories
Kewangan Teknologi

Shopee Menambah Sokongan Pembayaran Apple Pay

Shopee kini dilihat telah menambah sokongan pembayaran Apple Pay pada perkhidmatan edagang mereka. Namun, ciri ini masih belum diaktifkan lagi. Tetapi, dengan penambahan ini, ia memperlihatkan Apple bakal melancarkan khidmat kewangan Apple Pay mereka secara rasminya di Malaysia tidak lama lagi.

Categories
Sains

Bumi Kini Didapati Berputar Dengan Lebih Pantas

Bumi dilihat berputar dengan lebih pantas, dimana baru-baru ini, putaran lengkap Bumi mengambil masa 1.59 milisaat lebih pendek berbanding purata biasa. Perubahan iklim global dikatakan membawa kepada putaran semakin pantas – dimana ais cair menyebabkan semakin banyak air di lautan yang tingkatkan momentum putaran Bumi.

Categories
Semasa

AirAsia Kini Tawar Jawatan Sepenuh Masa Kepada “Gig Rider”, Dengan Gaji RM3,000

AirAsia hari ini umum penawaran jawatan sepenuh masa kepada “gig rider” dibawah AirAsia Food dan AirAsia Xpress Rider. Gaji bulanan RM3,000 ditawarkan, disamping pelbagai kelebihan pekerja sepenuh masa seperti perlindungan, KWSP, PERKESO dan lain-lain, termasuk kebolehan lanjutkan kerjaya ke bahagian lain dalam AirAsia.

Categories
Sukan

Saingin Bola Sepak Sepanyol Akan Dikenali Sebagai EA Sports FC LaLiga Bermula Musim 2023/24

EA Sports kini menjadi penaja nama baharu untuk liga bola sepak Sepanyol, sekaligus akan membawa kepada penjenamaan baharu terhadap liga berkenaan, dikenali dengan nama EA Sports FC LaLiga bermula musim 2023/24.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Berikan Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE Dibawah PerantiSiswa

Kerajaan hari ini mengesahkan proses tender untuk pemilihan peranti dibawah insiatif PerantiSiswa telah pun selesai dilaksanakan, dan tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE telah dipilih untuk diedarkan kepada para pelajar yang terpilih dibawah program ini. Edaran akan mula dilakukan bermula bulan Ogos 2022 ini.

Categories
Kewangan

Petronas Kini Menduduki Tangga Ke-216, Dari Senarai Fortune Global 500

Petronas, satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai pada 500 syarikat teratas dunia dibawah Fortune Global 500, kini menduduki tangga 216, memperlihatkan peningkatan berbanding kedudukan 277 pada tahun 2021 lepas. Petronas kini mempunyai 46,884 orang kakitangan di seluruh dunia, dengan aset berjumlah RM679.7 bilion.

Categories
Gaya Hidup

Kini, Anda Boleh Beli Akhbar Melalui Mesin Layan Diri

ATLAS Vending kini hadir dengan mesin layan diri, membolehkan orang ramai membeli akhbar terus tanpa ke kedai dan berinteraksi dengan penjual. Mesin layan diri ini disediakan di KL Sentral dan stesen LRT Bangsar serta Ampang Park buat masa ini.

Categories
Teknologi

Apple Dilaporkan Akan Tangguh Pengenalan iPadOS 16 Ke Bulan Oktober

Kebiasaanya, sebelum ini, Apple memperkenalkan kemaskini sistem operasi iOS untuk iPhone dan juga iPadOS untuk iPad serentak pada waktu yang sama. Namun, untuk tahun 2022 ini, ia akan berlaku pada waktu berbeza. Perkara ini disebabkan ciri multi-tugasan baharu, Stage Manager yang dilihat masih tidak lancar sepenuhnya pada iPad.

Categories
Uncategorized

TNB Akan Bina Menara Ikonik Selari Jambatan Pulau Pinang Untuk Bekalan Elektrik


Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina menara sepanjang 8.5km yang dibina selari dengan jambatan Pulau Pinang untuk tujuan bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang. Menara ini direka berkonsepkan buah pinang, dan dijangka siap pada 2024 kelak.