Selangor kini membentangkan Rancangan Selangor Pertama, iaitu pelan 5 tahun Selangor dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya. Melaluinya, Selangor turut menyasarkan untuk sumbang 30% daripada KDNK Malaysia menjelang 2025.
Selangor kini membentangkan Rancangan Selangor Pertama, iaitu pelan 5 tahun Selangor dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya. Melaluinya, Selangor turut menyasarkan untuk sumbang 30% daripada KDNK Malaysia menjelang 2025.
Pengkaji di Korea Selatan sedang bangunkan dakwat tatu dengan integrasi teknologi nano, sekaligus membolehkan ia digunakan untuk tujuan pemantauan kadar kesihatan. Dakwat tatu dibangunkan menggunakan zarah berasaskan galium, dan nanotiub karbon yang membolehkan arus elektrik dialirkan.
Kereta Ferrari merupakan idaman ramai orang di seluruh dunia. Tetapi, tahukah anda, terdapat 5 peraturan dalam membelinya. Ini termasuk pembeli tidak boleh menjual kembali kereta tanpa maklumkan kepada pengeluar, tidak boleh cat warna pink, tidak boleh sembunyikan logo, dan tidak boleh beli sekiranya mempunyai kereta Lamborghini.
Taman Tema Genting Skyworld kini memperkenalkan ciri beratur secara maya melalui penggunaan telefon pintar dan juga imbasan kod QR khusus. Melaluinya, ia membantu pengurusan pengunjung, tanpa perlu pengunjung menunggu di sesuatu lokasi terlalu lama. Pengguna akan terima notifikasi apabila waktu mereka telah hampir.
Saintis di Standford University kini hadir dengan robot OceanOneK, sebuah robot seakan manusia yang mampu menyelam pada kedalaman sehingga 1 kilometer. Ia turut sertakan kamera stereoskopik, disamping tindak balas haptik pada kawalannya. Robot ini akan digunakan untuk meneroka permukaan laut.
Samsung kini diperkatakan bakal menyertakan sensor kamera 200-megapixel bersama telefon mercu akan datang mereka, Samsung Galaxy S23 Ultra. Sensor 200MP yang bakal digunakan adalah versi generasi baharu dengan sokongan rakaman gambar lebih baik. Siri Galaxy S23 dijangka diperkenalkan pada awal 2023 kelak.
Carsome merupakan salah satu platform memfokuskan jual-beli kereta terpakai yang popular di rantau Asia Tenggara, dan dijangka menjadi syarikat unicorn dari Malaysia. Terbaru, mereka berkongsi mengatakan Carsome menjual lebih 18,000 buah kereta setiap bulan melalui platform mereka.
WhatsApp kini mula memperkenalkan ciri baharu, membolehkan admin sesuatu WhatsApp Group untuk memadam mesej pengguna lain. Dengan langkah ini, ia membolehkan Admin Group untuk menguruskan komunikasi dengan lebih efektif, dan mengelak mesej tidak dikehendaki daripada dikongsikan peserta sesuatu WhatsApp Group.
Coca-Cola Malaysia dan QSR kini secara rasminya umum kerjasama, dan akan menyajikan minuman Coca-Cola di lebih 740 kedai KFC dan lebih 440 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia. Kini ia telah mula ditawarkan berperingkat, dan dijangka beralih sepenuhnya menjelang awal September 2022.
Mengikut kedudukan hutang semasa, setakat akhir Jun 2022 – kerajaan Persekutuan negara memiliki sejumlah hutang RM1.045 trilion atau 63.8% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Untuk makluman, baki komitmen hutang 1MDB merangkumi bayaran prinsipal serta faedah adalah sebanyak RM32.08 bilion.