Categories
Semasa

Selangor Ingin Bangunkan Aplikasi Khas Untuk Menghadapi Krisis Banjir


Kerajaan Selangor kini merancang untuk bangunkan sebuah aplikasi khas dalam mendepani krisis banjir. Aplikasi tersebut akan hubungkan penduduk bersama aagensi serta sukarelawan, dan turut memudahkan menerima bantuan krisis.

Categories
Gaming

TikTok Mula Integrasi Ciri Gaming Pada Aplikasi

TikTok terus menambah ciri baharu dalam memastikan pengguna terus terikat dengan aplikasi mereka. Terbaru, TikTok tambah ciri permaainan video, membolehkan pengguna memainkan Mini Game pada TikTok. Ciri ini telah pun boleh digunakan oleh pengguna di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup

Balenciaga x Crocs Membawakan Beg Pemegang Telefon Pada Harga Mencapai RM3450

Balenciga sedia terkenal dengan penawaran produk-produk mewah mereka. Terbaru, Balenciaga bekerjasama dengan Crocs, dan hadir dengan penawaran eksklusif berbentuk beg pemegang telefon berbentuk gantung, dan ditawarkan pada harga mencapai RM3450.

Categories
Teknologi

Dell Ingin Membolehkan Anda Cas Telefon Secara Nirwayar Guna Laptop

Dell kini failkan paten, memperlihatkan ciri sokongan pengecasan nirwayar pada komputer riba, membolehkan sebarang peranti lain diletakkan pada bahagian bersebelahan trackpad, dan mengecas menggunakan komputer riba secara nirwayar.

Categories
Sukan

Rekod Baharu Kebangsaan – Azeem Catat Larian 10.09s Acara 100m

Pelari muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini mencatatkan rekod kebangsaan baharu dalam acara pecut 100 meter, apabila pelari berusia 18 tahun mencatatkan masa sepantas 10.09 saat.

Categories
Teknologi

Indonesia Hadir Dengan Penawaran Metamesta Tersendiri, Dinamakan MetaNesia

PT Telkom Indonesia kini telah melancarkan dunia maya atau metamesta tersendiri, dinamakan metaNesia. Melalui metaNesia, pengguna boleh berinteraksi, berkolaborasi, selain melakukan transaksi dibawah platform tersebut secara maya melalui penggunaan avatar tersendiri. Sebuah platform NFT juga turut disediakan melengkapkan metaNesia.

Categories
Teknologi

Apple Akan Perlihatkan Iklan Pada Halaman Utama App Store

Apple sedia membolehkan penerbit aplikasi mempromosikan aplikasi di App Store pada bahagian carian. Kini, ia dilihat Apple ingin memperluaskan lagi capaian pengiklanan dan promosi aplikasi, dan memaparkan ia pada bahagian “Today”. Ia dijangka akan dilabelkan, sekaligus memudahkan pengguna membezakan iklan berbanding perkongsian editor.

Categories
Gaya Hidup

PM Sepanyol Menggesa Golongan Pekerja Tidak Memakai Tali Leher Untuk Menjimatkan Tenaga

Disebabkan oleh cuaca makin panas, ia turut membawa kepada permintaan penggunaan elektrik tinggi. Di Sepanyol, Perdana Menteri menggesa golongan pekerja untuk tidak memakai tali leher apabila ke pejabat bagi mengurangkan penggunaan kuasa elektrik. Tanpa tali leher pekerja tidak akan cepat panas dan akan kurang menggunakan pendingin hawa.

Categories
Kewangan Teknologi

RUU Untuk Belian Barangan Import Bernilai Rendah Secara Atas-Talian Dikenakan Cukai 10% Dibentangkan

Rang Undang-Undang berkaitan untuk cukai ke atas belian barangan bernilai rendah secara atas-talian kini dibentangkan di Parlimen, dan menantikan kelulusan. Melaluinya, barangan bernilai bawah RM500 yang diimport melalui belian atas-talian, akan dikenakan cukai 10%.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Sasar Pengenalan Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang Seawal 2026

Kerajaan kini telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan laluan lebuhraya bebas palang tol menjelang 2026 kelak. Dengan sistem aliran tol bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka mengurangkan lagi kesesakkan pada plaza tol, dan memudahkan lagi aliran trafik. Beberapa sistem kini sedang dikaji buat masa ini.