Categories
Semasa

Bajet 2023 Akan Tertumpu Pada Penerapan Teknologi Automasi Dan Digital

Malaysia pada Bajet 2023 kelak dilihat akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan teknologi automasi dan digital dalam landskap ekonomi negara. Kementerian Kewangan (MOF) melalui Timbalan Menteri II memaklumkan fokus tersebut adalah sebahagian daripada agenda negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital.

Categories
Kewangan

Maybank Akan Pindah Ibu Pejabat Utama Ke Menara Merdeka 118

Maybank kini mengesahkan akan memindahkan operasi induknya ke Menara Merdeka 118. Langkah itu menurut laporan akan dilaksanakan menjelang tahun 2025 kelak. Pelaksanaan itu akan dijalankan secara berperingkat mulai suku pertama 2025. Ini bermakna sekitar 5,900 petugas yang berkhidmat di operasi induk akan mengalami peralihan operasi.

Categories
Sukan

Malaysia Berjaya Menduduki Tangga Ketiga Dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2022

Skuad bola jaring kebangsaan berhasil menamatkan kempen Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di tempat ketiga. Pencapaian itu diraih setelah berjaya menumpaskan Hong Kong dengan keputusan 54-42 dalam perlawanan penentuan ketiga yang berlangsung di OCBC Arena, Singapura. Kejayaan Malaysia ditempat ketiga mengulangi pencapaian skuad negara ketika edisi 2018 lalu yang turut berlangsung di Singapura.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Bilik Pameran HABIB Pertama Akan Melabuhkan Tirai Selepas Beroperasi 36 Tahun

Menjadi bilik pameran HABIB yang pertama, HABIB Semua House dibuka pada tahun 1986 yang mana bilik pameran ini terletak di Pusat Membeli Belah Semua House, Kuala Lumpur. Dan kini, HABIB Semua House mengumumkan mereka akan menutup tirai bilik pameran tersebut buat selamanya bermula 30 September 2022. Sebab disebalik penutupan tidak dinyatakan.

Categories
Semasa

KKM : Majikan Disaran Beri Pekerja Cuti Tambahan, Laksana Saringan Kesihatan

Bagi memastikan kesejahteraan pekerja di Malaysia terus terpelihara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat sokongan majikan dalam menggalakkan para pekerja menjalani saringan kesihatan sekali setahun amat diperlukan. Selari dengannya, kini KKM menyarankan supaya majikan beri pekerja cuti tambahan sehari untuk tujuan tersebut.

Categories
Teknologi

Pengguna Celcom Kini Guna Secara Purata 24.2GB Sebulan

Menurut Celcom, penggunaan data terus meningkat dikalangan pengguna mereka dari tahun ke tahun, dan kini pengguna secara purata menggunakan data sebanyak 24.2GB sebulan. Ini memperlihatkan peningkatan penggunaan data sebanyak 6% berbanding pertengahan pertama 2021 yang lepas. Penggunaan dilihat akan terus meningkat disebabkan oleh akses kepada video dan data bersaiz besar pada hari ini.

Categories
Sukan

JDT Julang Piala FA Buat Kali Kedua Di Bawah Era TMJ

Pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil memahat sejarah menjulang trofi kejohanan Piala FA buat kali kedua di bawah teraju TMJ. Kejuaraan itu hadir selepas skuad berjulukan Harimau Selatan ini berhasil menumpaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Kini Tidak Lagi Diwajibkan

Selari dengan keputusan KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup sejak Rabu lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan ia juga tidak lagi diwajibkan di premis sekolah. Pelajar yang menunjukkan simpton demam, batuk dan selesema masih diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan di kawasan terbuka pula ia adalah digalakkan.

Categories
Semasa

Melaka Ingin Bina Jambatan Atau Terowong Hubungkan Indonesia

Melaka kini menyatakan hasrat untuk menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera melalui jambatan atau terowong pada jarak sekitar 120 kilometer. Pembangunan ini dijangka akan mengambil masa sekitar 20 tahun, dan memberikan impak positif kepada kedua-dua negara dari segi ekonomi.

Categories
Teknologi

Proton Tubuh Anak Syarikat Memfokuskan Pemasaran Kereta Elektrik

Proton kini telah menubuhkan sebuah anak syarikat baharu, dinamakan PRONET – Proton New Energy Technology. Ia akan memfokuskan kepada pemasaran kenderaan elektrik dan tenaag baharu, bermula dengan pengedaran kereta SMART #1 yang akan bermula pada tahun 2023 kelak.