Categories
Kewangan

CIMB Akan Tamatkan Penggunaan SMS TAC Pada Awal 2023

Selepas Maybank, kini CIMB turut mengumumkan bakal menamatkan penggunaan SMS TAC untuk tujuan pengesahan transaksi pada suku pertama 2023 kelak. Dengan langkah ini, semua pengguna akan perlu menggunakan SecureTAC untuk tujuan pengesahan transaksi.

Categories
Gaming Semasa

Monsta Akan Menambah Dua Lagi Animasi Baharu Dibawah “Power Sphera Universe”

MONSTA merupakan salah satu animasi yang tidak asing lagi di Malaysia dengan animasi Boboiboy, Mechamato dan juga Papa Pipi. Berkongsi hari ini, CEO Monsta turut mengumumkan mereka akan menambah dua lagi siri baharu dalam tempoh lima tahun akan datang – yang mana masih belum dinamakan lagi, sekaligus membentuk Power Sphera Universe.

Categories
Semasa

Bacaan Kedua RUU Berkaitan Jenayah Intip Dan Hendap Akan Dibentangkan Pada Bulan Oktober

Bacaan kedua Rang Undang-Undang jenayah intip dan hendap akan dibentangkan pada bulan hadapan. Menurut RUU itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Categories
Semasa

DHL Mula Menggunakan Kenderaan Penghantaran Elektrik Di Malaysia

DHL hari ini menjadi syarikat penghantaran bungkusan pertama yang menggunakan kenderaan elektrik di Malaysia. Dalam fasa permulaan bermula Oktober ini, 6 kenderaan elektrik digunakan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sasaran meningkatkatkannya ke 61 kenderaan menjelang penghujung 2023 di seluruh Malaysia.

Categories
Semasa

Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Ketika Menaiki Kapal Terbang – KKM

Setelah meneliti berdasarkan penilaian situasi COVID-19 semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memaklumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang. Pelaksanaan ini berkuat kuasa serta-merta, bermula pada hari ini (28 September).

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Netflix Bakal Tayangkan Siri Berkenaan Kisah Disebalik Spotify Pada Oktober Ini

Netflix kini umum sebuah siri-TV akan datang mereka, dinamakan The Playlist. Siri ini bakal memfokuskan kepada kisah permulaan dan perkembangan disebalik pemain muzik yang digunakan ramai pada hari ini, iaitu Spotify. Siri ini sepanjang 6 episod, dan memfokuskan kepada cabaran, serta usaha disebalik mengembangkan syarikat tersebut. Siri ini akan ditayangkan pada 13 Oktober melalui Netflix.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Hugh Jackman Kembali Sebagai Wolverine Di Dalam Deadpool 3 – Tiba Pada Tahun 2024

Ryan Reynolds kini mengumumkan Deadpool akan secara rasminya menyertai Marvel Cinematic Universe melalui Deadpool 3 – bakal ditayangkan pada 6 September 2024. Pada perkongsian sama, beliau turut mengatakan Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam filem tersebut.

Categories
Kewangan

Maybank Akan Berhijrah Sepenuhnya Dari Sistem SMS OTP Ke Secure2U Menjelang Jun 2023

Maybank hari ini mengumumkan mereka akan beralih sepenuhnya kepada sistem Secure2U untuk pengesahan transaksi, sekaligus menamatkan sistem OTP berasaskan SMS menjelang Jun 2023 kelak. Perkara ini diumumkan selari peralihan penggunaan MAE sahaja untuk pengaktifan Secure2U pada peranti baharu.

Categories
Sains

NASA Berjaya Menghempaskan Satelit DART Ke Asteroid Dimorphos Untuk Mengubah Haluannya

NASA kini telah melakukan eksperimen dengan berjaya dihempaskan ke permukaan asteroid Dimorphos yang terletak 11 juta kilometer dari Bumi. DART yang sebesar mesin layan diri terhempas 17 meter dari sasaran asal di permukaan Dimorphos yang sebesar sebuah stadium. Saintis kini sedang memantau sama ada hentaman ini terdapat kesan pada haluan asteroid tersebut atau sebaliknya.

Categories
Teknologi

Vivo Ialah Telefon Pintar Rasmi Piala Dunia 2022

Apakah telefon pintar rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar? Jawapannya ialah Vivo yang menjadi penaja kepada temasya sukan bola sepak untuk kali kedua selepas turut menjadi penaja untuk Piala Dunia 2018 di Rusia. Dengan penajaan rasmi ini, iklan untuk peranti Vivo akan dipaparkan di setiap lokasi stadium dan juga pengiklanan di tepi padang.