Categories
Semasa

Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi PMX (Perdana Menteri Ke-10)

Lanjutan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang diadakan pada penghujung minggu lepas, kini YDPA telah melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Ini sekaligus menamatkan penantian seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi pada Sabtu lepas.

Categories
Gaya Hidup

AI Meramal Siapa Yang Bakal Memenangi Piala Dunia FIFA 2022 Melalui Simulasi 100,000 Kali

The Alan Turing Institute kini guna sokongan kecerdasan buatan dalam melakukan ramalan berkaitan siapakah yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menang. Melalui simulasi yang dilakukan sekitar lebih 100,000 kali, ia dilihat Brazil hadir sebagai pemenang hampir 25% kali, dan diikuti oleh Belgium, Argentina, Perancis dan juga England.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Grab Menyaksikan Sekitar 20 Tempahan Ayam Goreng Pada Setiap Minit

GrabFood kini berkongsi sejumlah statistik menarik pada platform mereka, sekaligus memperlihatkan ayam goreng kekal menjadi makanan kegemaran melalui platform tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Mengikut statistik kasar, sebanyak 20 tempahan melibatkan ayam goreng dilakukan melalui GrabFood pada setiap minit sepanjang 2022 ini.

Categories
Gaya Hidup

Pokok Tertua Di Dunia – Ginkgo Biloba Dikenali Sebagai Fosil Hidup

Ginkgo biloba adalah salah satu spesies pokok hidup tertua di dunia. Ia merupakan satu-satunya pokok purba yang terselamat dan masih wujud sejak ia mula ditemui sebelum munculnya zaman dinosaur di Bumi. Disebabkan ia sangat kuno, pokok ini turut digelar sebagai fosil hidup kerana Ginkgo Biloba telah ditanam bermula dari zaman awal sejarah manusia dan telah hidup antara 66 hingga 245 juta tahun dahulu.

Categories
Sains

Ronna, Quetta, Ronto dan Quecto Ialah Kata Awalan Baharu Untuk Unit Ukuran SI

Mikro, kilo, nano dan piko adalah tiga kata awalan yang kerap kita dengar untuk ukuran unit metrik. Terkini empat kata awalan untuk unit telah diumumkan ketika persidangan agung ke-27 mengenai timbang dan sukatan di Versailles. Empat awalan baharu yang diumumkan ialah Ronna, Quetta, ronto, dan juga quecto.

Categories
Gaya Hidup Semasa

UNIQLO Pertama Di Kelantan Akan Dibuka Pada 24 November 2022

UNIQLO hari ini mengumumkan kedai pertamanya di negeri Kelantan akan dibuka pada 24 November di AEON Mall Kota Bharu. Sempena pembukaan kedai baharu, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik yang eksklusif dan terhad mulai 24 hingga 27 November 2022.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Akan Menambah Ciri Panggilan Suara Dan Video

Terbaru, Elon Musk berkongsi visi Twitter 2.0 bersama sejumlah pekerja perkhidmatan media sosial tersebut, termasuk mengatakan akan menambah sokongan permesejan yang disulitkan penuh, disamping turut menambah sokongan panggilan suara dan juga video.

Categories
Sains

NASA Menyasarkan Angkasawan Menetap Di Bulan Menjelang 2030

NASA telah pun melancarkan misi baharu dalam menjelajah Bulan baru-baru ini, dan kini mengikut jadual mereka yang menyasarkan angkawasan boleh menetap dan bekerja dari bulan menjelang 2030 kelak. Dengan beroperasi dari Bulan, ia dijangka menjadi salah satu pusat operasi angkasa yang menghubungkan manusia ke Bumi dan kajian angkasa.

Categories
Semasa

Ujian Akhir MRT Putrajaya Fasa 2 Mula Dilaksana – Jangka Beroperasi Januari 2023

Selepas memulakan operasi MRT Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun lalu, kini MRT Corporation akan melaksanakan sesi ujian akhir laluan tren bagi Fasa 2 bermula esok, 22 November sehingga 18 Disember kelak. Proses ujian bagi MRT Putrajaya Fasa 2 ini menurut laporan akan memperlihatkan pemberhentian tren di semua laluan MRT Putrajaya Fasa 1 tetapi dimaklumkan tidak akan mengambil sebarang penumpang.

Categories
Semasa Teknologi

Pemegang Saham Digi Dan Celcom Bersetuju Untuk Membentuk Syarikat Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Pengabungan syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom kini menghampiri penghujungnya, apabila selepas menerima pengesahan kebenaran daripada pihak SKMM, kini para pemegang saham Axiata Group dan juga Digi turut telah bersetuju untuk gabungkan syarikat. Dengan langkah ini, kedua-dua syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom akan bergabung menjadi Celcom Digi Berhad.