Categories
Gaya Hidup Semasa

Pulau Pinang Cadang Banyakkan Aktiviti Penambakan Tanah, Bagi Tujuan Pembangunan

Bagi memastikan pembangunan negeri terus mampan dan kebajikan generasi penduduk dapat dipenuhi, Kerajaan Pulau Pinang bercadang laksana lebih banyak aktiviti penambakan tanah – untuk meningkatkan simpanan tanah negeri tersebut. Matlamat ini juga dijelaskan dapat memberi jaminan buat generasi muda untuk memiliki aset melalui pembangunan kediaman di Pulau Pinang.

Categories
Gaya Hidup

Rolex Menghasilkan Jam Tangan Yang Boleh Dibawa Menyelam Sehingga Kedalaman 11,000 Meter

Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge kini dilancarkan, memegang rekod dunia boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 11,000 meter. Jam tangan ini dihasilkan selepas mengambil data daripada jam prototaip yang dibawa oleh James Cameron sehingga kedalaman 10,908 meter pada tahun 2012 bagi mencatatkan rekod dunia di Jurang Mariana. Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge dijual pada harga $26,000 (~RM124,000) seutas.

Categories
Kewangan Semasa

37% Pekerja Malaysia Sedia Dipotong Gaji, Untuk Bekerja Secara Jarak Jauh

37% pekerja Malaysia didapati bersedia terima pemotongan gaji untuk mereka bekerja secara jarak jauh tanpa perlu hadir ke pejabat. Fakta ini sekaligus menjelaskan keperluan bekerja di luar pejabat dilihat semakin dituntut oleh segelintir kumpulan pekerja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Huawei Perkenal Siri Mate 50 Di Malaysia – Hadir Tanpa Sokongan 5G

Huawei hari ini memperkenalkan dua telefon pintar untuk pasaran Malaysia dibawah siri Mate 50, iaitu Mate 50 dan Mate 50 Pro. Ia ditawarkan pada harga mencapai RM5299, tetapi salah satu yang mendukacitakan kerana tiada sokongan 5G terbina disebabkan halangan pihak Amerika Syarikat terhadap Huawei.

Categories
Kewangan Semasa

Binance Ingin Membeli Bank – Menyatukan Arena Kriptowang Dengan Kewangan Tradisional

Pengasas Binance kini menyatakan hasrat untuk membeli bank, sebagai sebahagian dari usaha untuk menyatukan arena kriptowang dan juga kewangan tradisional. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bank manakah yang menjadi sasaran. Binance dilihat terbuka untuk melakukan pelaburan atau pengambil-alihan sesuatu bank.

Categories
Kewangan

Bank Negara Malaysia Tingkatkan Lagi Kadar OPR – Kini 2.75%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini (3 November) mengumumkan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada paras 2.50% kepada 2.75% – dengan peningkatan 25 bps (mata asas). Buat pengetahuan umum, ini kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei 2022 lalu.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Google Play Games Beta Di PC Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Google kini menawarkan Google Play Games di PC untuk pengguna Malaysia, membolehkan para pengguna memainkan sejumlah permainan Android terus pada komputer Windows. Dengan langkah ini, ia memberikan capaian yang lebih menyeluruh kepada sesuatu permainan, dan memudahkan pengguna memainkan permainan kegemaran mereka pada skrin komputer.

Categories
Gaya Hidup Semasa

GrabFood Kini Sedia Penjimatan Untuk Penghantaran – Murah Tetapi Lambat

Grab kini memperkenalkan pilihan baharu pada penghantaran GrabFood, dinamakan sebagai “Saver”. Melaluinya, ia menawarkan alternatif untuk “Premium”, dimana kos penghantaran ditawarkan pada harga yang lebih rendah – tetapi sebagai alternatif, pengguna akan perlu menantikan sedikit lama berbanding kebiasaan.

Categories
Teknologi

Maxis Hanya Akan Menyediakan 5G Secara Komersil Pada 2023

Maxis hari ini memfailkan pada Bursa Malaysia, mengatakan mereka merancang untuk menyelesaikan proses pengesahan melibatkan perjanjian dengan pihak DNB menjelang Januari 2023 kelak. Maxis turut menyatakan akan menawarkan perkhidmatan 5G secara komersil selepas itu.

Categories
Teknologi

Xiaomi Hasilkan Telefon Yang Boleh Guna Lensa M-Mount Leica Dihasilkan

Xiaomi kini menghasilkan peranti konsep Xiaomi 12S Ultra yang boleh menggunakan lensa M-Mount Leica. Peranti diubahsuai dengan lensa untuk sensor 1″ telah digantikan dengan sebuah kaca biasa sahaja. Kemudian sebuah cagak khas disambung pada bahagian belakang kamera yang membolehkan lensa M-Mount Leica disambungkan.