Categories
Kewangan Teknologi

Google Wallet Kini Diperkenalkan Di Malaysia – Menyokong CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Dan Public Bank

Bermula hari ini, Google Wallet telah boleh digunakan secara rasmi di pasaran tempatan. Melaluinya, ia memudahkan urusan melakukan pembayaran dengan pautkan kad bank, dan pada masa yang sama membolehkan anda menguruskan pelbagai pas digital seperti tiket penerbangan AirAsia dan MAS.

Categories
Semasa

Google Perkenal Laman UndiNegaraKu Bersempena PRU15

Google Malaysia hari ini bekerjasama dengan Undi18, dan telah memperkenalkan sebuah laman sehenti khusus bersempena dengan Pilihan Raya Ke-15, dinamakan Undi Negaraku. Melaluinya, ia menyertakan informasi yang membantu bagi mereka yang mengundi buat pertama kali, termasuk pelbagai maklumat berkenaan proses mengundi, pembahagian gabungan, dan sebagainya.

Categories
Semasa

Cuti Khas Diumumkan Pada 18 November Dan 19 November Untuk Memudahkan Pengundian

Perdana Menteri Sementara, kini mengumumkan cuti khas akan diberikan kepada rakyat Malaysia pada tarikh 18 November dan juga 19 November, dalam usaha memudahkan orang ramai bergerak ke lokasi pengundian – terutamanya yang mengundi di luar bandar. Cuti ini juga dijangka akan dapat mengelak kesesakkan trafik di jalan raya.

Categories
Semasa

KKM : Pengundi Positif Covid-19 Tidak Dibenar Menaiki Grab Dan Kenderaan Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah mengeluarkan nasihat am kepada para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak, termasuk berkaitan kaedah untuk pergi dan balik dari pusat pembuangan undi. Melaluinya, para pengundi yang positif Covid-19 dinasihatkan untuk tidak menaiki kenderaan awam. Hal ini adalah termasuk untuk tidak menaiki perkhidmatan seru-pandu seperti Grab.

Categories
Gaya Hidup Semasa

3.9 Juta Orang Di Malaysia Menghidap Diabetes

KKM kini berkongsi data terbaru, mengatakan 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Ia dianggarkan sejumlah 3.9 juta orang berumur 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit ini. Negeri Sembilan menduduki tangga teratas untuk prevalens diabetes tertinggi di Malaysia, diikuti Perlis dan Pahang.

Categories
Semasa

Sarawak Bakal Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri, Jangka Beroperasi Tahun 2023

Sarawak kini menghampiri matlamat mereka untuk merealisasikan usaha miliki syarikat penerbangan komesil sendiri di bawah pengendalian Hornbill Skyways. Operasi syarikat penerbangan berskala kecil itu kini sekadar menantikan lesen daripada pihak berkuasa, sebelum memulakan operasi.

Categories
Teknologi

Amazon Memperlihatkan Dron Kargo Yang Boleh Terbang Dalam Hujan

Ramai mungkin tidak sedari walaupun terdapat banyak dron komersial telah dilancarkan, majoritinya tidak boleh terbang sekiranya hujan. Amazon kini cuba selesaikan masalah tersebut melalui dron MK30 boleh terbang walaupun hujan renyai. Dron MK30 akan melakukan ujian penerbangan pada penghujung 2022, dan Amazon menyasarkan ia akan memulakan operasi menjelang 2024.

Categories
Gaming

Ash Akhirnya Menjadi Juara Dunia Pokemon Selepas 25 Tahun

Pengembaraan Ash untuk menjadi pelatih Pokemon terbaik di dunia bermula pada tahun 1997, bermula daripada itu dia telah melalui pelbagai halangan dan juga membuat ramai rakan di dalam perjalanan. 25 musim, dan 25 tahun kemudian Ash akhirnya menjadi Juara Dunia Pokemon. Di dalam episod terbaru untuk musim ke-25 bagi siri anime Pokemon, Ash telah memenangi Masters Eight Tournament of the Pokémon World Coronation Series.

Categories
Teknologi

Pengguna Di China Hasilkan iPhone Boleh-Lipat Lebih Awal Daripada Apple Sendiri

Apple masih belum memasarkan iPhone skrin boleh-lipat dengan beberapa ramalan mengatakan peranti pertama dalam kategori ini oleh mereka adalah sebuah iPad. Di China, pemilik YouTube 科技美学 tidak lagi mahu menunggu dan menghasilkan sendiri sebuah iPhone boleh-lipat tersendiri, yang berjaya dilakukan dalam tempoh 200 hari.

Categories
Sains

Baka Padi Yang Ditanam Sekali Tetapi Boleh Dituai Lapan Kali Berjaya Dihasilkan

Para saintis dari China, US, dan Australia telah cuba membangunkan baka padi yang hanya perlu ditanam sekali tetapi boleh dituai beberapa sejak 1999. Kerana usaha mereka, baka padi yang boleh dituai sebanyak 8 kali dengan sekali penanaman telah berjaya dihasilkan. Padi adalah baka daripada padi Asia Oryza sativa dan padi Afrika Oryza longistaminata.