Categories
Kewangan Semasa

Kini, Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Untuk Pembayaran Di China

Touch ’n Go eWallet kini memperluaskan penggunaan dompet digital tersebut ke negara China, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital TNG di China. Langkah ini dijayakan TNG eWallet melalui integrasi dan kerjasama Alipay+.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pengasas Mamee, Pang Chin Hin Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

Pang Chin Hin telah memulakan dan memperkenalkan jenama Mamee seawal tahun 1971 di sebuah kilang kecil di Melaka. sepanjang 50 tahun beroperasi, jenama Mamee telah berjaya menghasilkan variasi pilihan iaitu sekitar 50 jenama makanan ringan yang terdiri daripada pelbagai mi segera, mi snek Monster, Mister Potato dan Double Decker. Pang Chin Hin telah meninggal dunia pada awal pagi 5 November 2022.

Categories
Teknologi

Apple Ingin Mengubah Kata Aktifkan Pembantu Maya Daripada “Hey Siri” Kepada Hanya “Siri”

Siri merupakan pembantu maya yang hadir pada iPhone. Untuk mengaktifkannya pada hari ini, pengguna perlu menyebut “Hey Siri” dan diikuti oleh arahan seterusnya. Perkara ini dilihat mungkin memakan proses agak lama, dan kini Apple dilaporkan sedang pertimbang untuk mengurangkan ia kepada hanya perlu menyebut “Siri” dan diikuti arahan sahaja.

Categories
Semasa

Seramai 945 Calon Bertanding Di 222 Kawasan Parlimen Pada PRU15

Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 kelak. Menariknya, PRU15 kali ini menyaksikan jumlah calon bertanding yang tinggi, iaitu seramai 945 calon secara keseluruhannya, bertanding di 222 kawasan Parlimen. Majoriti besar berumur antara 50-59 tahun, iaitu seramai 298 orang, dan diikuti 258 orang berumur lebih 60 tahun.

Categories
Teknologi

WhatsApp Menambah Ciri Menjana Avatar Dan Hasilkan Pelakat Yang Diperibadikan

WhatsApp kini dilihat telah menambah salah satu ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka, iaitu kebolehan menjana avatar terus pada aplikasi WhatsApp. Melalui avatar yang dijana, pengguna seterusnya boleh menggunakan ia sebagai gambar profil, atau turut menghasilkan pelekat untuk dihantar melalui permesejan.

Categories
Sains

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku Pada 8 November 2022

Agensi Angkasa Malaysia mengatakan fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 8 November 2022. Fenomena gerhana bulan penuh ini berlaku apabila Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi. Di Malaysia, fenomena ini akan berlaku sekitar 16.02 sehingga 21.56 waktu tempatan pada 8 November.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Ramal Apple Sertai Arena Peranti Skrin Boleh-Lipat Seawal 2024

Melalui laporan dari Korea Selatan, Samsung telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dengan pihak pengeluar komponen, dan menyasarkan Apple memperkenalkan peranti menggunakan skrin boleh-lupat seawal 2024 kelak. Menariknya, ia dikatakan peranti pertama Apple mungkin bukan iPhone boleh-lipat, sebaliknya sebuah tablet atau komputer riba.

Categories
Kewangan Semasa Teknologi

Pendapatan Pengiklanan Twitter Jatuh Mendadak Selepas Dibeli Elon Musk

Elon Musk kini berkongsi mengatakan pendapatan pengiklanan pada Twitter kini mengalami kejatuhan mendadak. Elon Musk mengatakan ini disebabkan oleh tekanan sejumlah aktivis terhadap pelbagai jenama, meminta mereka menghentikan perbelanjaan pengiklanan di platform media sosial yang kini dimiliki Twitter.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Cereka Ingin Menjadi “Netflix” Untuk Novel Melayu

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan akses kandungan tanpa had dalam bentuk langganan – seumpama Netflix. Terbaru, salah satu aplikasi tempatan yang hadir ke pasaran adalah Cereka. Cereka memfokuskan kepada bahan bacaan seperti cerpen dan juga certot (cerita kontot) secara percuma. Langganan untuk novel pula ditawarkan pada harga RM4.90 sebulan.

Categories
Semasa Teknologi

Apple Kini Bernilai Lebih Tinggi Daripada Gabungan Nilai Google Dan Meta

Apple kini terus mencatatkan rekod, dimana nilai syarikat melangkaui $2 trilion – sekaligus menjadikannya antara syarikat yang bernilai tinggi di dunia. Ketika ini, Apple membawa kepada nilai permodalan berjumlah $2.23 trilion. Alphabet, iaitu syarikat induk Google bernilai sekitar $1.11 trilion, sementara Meta pula adalah sekitar $236 bilion.