Di dunia sekarang hanya tinggal dua badak sumbu putih utara, tetapi malang sekali kedua-duanya adalah betina kerana badak jantan terakhir bernama Sudan meninggal dunia empat tahun lalu. Kini saintis daripada Osaka University menemukan cara untuk meneruskan spesis ini menggunakan sel tunjang – yang mana berjaya digunakan untuk menghasilkan sel pendahulu (precursor cell) sperma dan sel telur.