Categories
Sains Semasa

SIRIM Bangunkan Piawaian Untuk Durian Musang King

SIRIM sedia menawarkan pensijilan dan piawaian untuk sejumlah produk, dan terkini mereka turut membangunkan pensijilan dan piawaian untuk buah Durian Musang King. Melalui integrasi teknologi tambahan juga, pengguna turut boleh menjejak keaslian buah durian berkenaan, termasuk mengesan punca dan lokasi pokok buah tersebut.

Categories
Semasa

India Kini Menjadi Negara Dengan Angka Populasi Manusia Tertinggi Dunia – Mengatasi China

India telah memintas China sebagai negara dengan jumlah penduduk terbanyak menurut laporan Bloomberg. Menerusi data yang diterbitkan oleh organisasi World Population Review, India dianggarkan mempunyai 1.417 bilion penduduk berbanding China yang mempunyai 1.412 bilion penduduk.

Categories
Sukan Teknologi

Apple Mungkin Membida Hak Penstriman Untuk EPL

Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman di pasaran hari ini, pelbagai kaedah dilihat dalam memastikan pengguna terikat dan teruskan langganan bersama mereka. Terbaru, hadir desas-desus baharu mengatakan Apple mungkin membida untuk hak penstriman English Premier League melalui Apple TV+.

Categories
Teknologi

Windows Akan Datang Akan Mengintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) – Mengubah Bagaimana Kita Lakukan Tugasan

Microsoft kini berkongsi mengatakan mereka akan lebih mengintegrasikan kecerdasan buatan dalam sistem operasi Windows, sekaligus mengubah bagaimana kita lakukan tugasan harian. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Microsoft akan mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan ChatGPT pada perisian produktiviti Microsoft Office mereka, selain pada Bing.

Categories
Kewangan Semasa

Selangor Rancang Jadi Bandar Metropolitan, Seawal 2029

Selangor dalam beberapa tahun mendatang, rancang untuk memiliki sebuah bandar metropolitan hasil gabungan empat bandar rayanya – yang terdiri daripada Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan kelak Klang. Jangkaan menjadikan Klang sebagai bandar raya dalam tempoh 2 tahun ini, akan membawa kepada perluasan kesinambungan bandar di dalam Selangor. Ini secara langsung meningkatkan lagi ciri metropolis pada segmen ekonomi negeri.

Categories
Sukan

Terengganu FC Lancar Platform Penstriman Video Eksklusif Kelab – RM7 Sebulan

Bagi berkongsikan video-video eksklusif kepada para peminat dan pendukungnya, Terengganu FC tampil melancarkan sebuah platform servis penstriman yang diberikan nama TFC Play. Pihak Terengganu FC memberi anggaran sebanyak 95 video eksklusif bagi akan dimuat naik bagi tempoh setahun untuk tatapan para pelanggan di TFC Play. Pelan langganan ditawarkan pada RM7 sebulan, atau RM60 setahun.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal

Grab hari ini mengubah struktur tambang mereka, dimana tambang untuk setiap minit menjadi lebih tinggi. Hal ini sekaligus menguntungkan para pemandu Grab – dimana mereka akan menerima bayaran lebih baik ketika waktu puncak dan juga ketika kesesakkan lalulintas. Sebaliknya, untuk pengguna pula, mereka akan melihat sedikit perubahan pada kadar tambang bermula hari ini, 16 Januari 2023.

Categories
Semasa

Sabah, Sarawak Kini Berstatus Wilayah – Tidak Lagi Negeri

Sabah dan Sarawak kini telah alami perubahan status, tidak lagi diklasifikasikan sebagai negeri tetapi sebagai Wilayah. Makluman TPM Zahid Hamidi, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini – memperincikan perubahan tersebut adalah seiring dengan langkah Indonesia yang telah memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur – ini secara langsung menjadikan kedua wilayah sebagai lokasi potensi untuk pertumbuhan yang lebih strategik.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Bill Gates Masih Setia Dengan Samsung, Galaxy Z Fold4 Adalah Peranti Pilihan

Terkini, sekali lagi melalui Reddit AMA – Gates mendedahkan beliau masih setia dengan jenama Samsung dan telah menggantikan Galaxy Z Fold3 beliau kepada Galaxy Z Fold4. Kali ini, pengerusi Samsung Korea Selatan, Lee Jay-Yong menghadiahkan peranti ini kepada beliau. Gates turut berkongsi yang beliau tidak menggunakan sebarang tablet, kerana saiz skrin Galaxy Z Fold4 yang besar, memuatkan banyak aplikasi Microsoft ke dalam peranti termasuk Outlook.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Tetikus Initial D Membolehkan Anda Menatal Pantas Dari Kedai Tauhu Fujiwara Ke Akina

Initial D ialah manga yang ikonik dengan siri animasi yang mempunyai ramai peminat. Ramai mengenai kereta Toyota AE86 yang dipandu oleh Takumi Fujiwara dengan ia mencapai status kultus di kalangan peminat sukan drift. Bagi peminat tegar, tetikus berbentuk AE86 Initial D kini telah pun dijual di Jepun.