Coca-Cola, salah satu jenama minuman berkarbonat popular di dunia, kini dilihat bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar edisi khusus. Untuk tujuan ini, Coca-Cola akan bekerjasama dengan pihak Realme. Buat masa ini, pengenalan peranti ini disasarkan untuk pasaran India sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran global atau sebaliknya.