Categories
Sains Teknologi

Pesawat Tempur F16 Berjaya Diterbangkan Oleh Kecerdasan Buatan Selama 17 Jam

Fiksyen dalam filem Stealth telah menjadi realiti selepas sebuah pesawat tempur F-16 telah berjaya diterbangkan oleh kecerdasan buatan (AI) selama 17 jam. DARPA mengumumkan kejayaan program VISTA (Variable In-flight Simulation Test Aircraft) dengan pesawat dibangunkan oleh Lockheed Martin Skunk Works. Ini adalah kali pertama sebuah AI menerbangkan sebuah pesawat tempur dalam sejarah.

Categories
Sukan

KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT

Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau terkenal dengan panggilan KJ kini mendapat peranan baharu dalam arena bola sepak tempatan apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkembangan itu hadir secara rasmi apabila pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengumumkan penyertaan KJ dalam Lembaga Pengarah JDT selepas mendapat persetujuan ahli politik berusia 47 tahun tersebut.

Categories
Gaya Hidup

Coway Melancarkan Kerusi Urut – Direka Bentuk Membantu Melegakan Ketegangan Otot

Coway yang terkenal dengan penawaran penapis air, kini memperluaskan kepada penawaran kerusi urut pertamanya untuk membantu pelanggan merehatkan badan sambil menghilangkan tekanan. Tidak hanya itu, kerusi urut ini juga turut direkabentuk untuk membantu pengguna melegakan ketegangan otot selain bersiap sedia untuk tidur nyenyak dan bangun pagi dengan rasa segar dari hujung kepala ke hujung kaki.

Categories
Teknologi

Sara Ialah Robot Pertama Yang Boleh Berbicara Dalam Bahasa Arab

Bahasa Arab ialah bahasa yang keenam paling banyak penggunanya di dunia. Ini adalah lebih banyak berbanding Bahasa Jepun, Jerman, Korea dan Portugis. Untuk menjadi bahasa yang penting, penggunaannya dalam dunia teknologi perlu dipertingkatkan. Di acara LEAP 2023, Arab Saudi melancarkan robot pertama yang boleh berbicara dalam Bahasa Arab. Robot yang diberi nama Sara berbentuk manusia dengan pelawat boleh berbicara dengannya seperti manusia.

Categories
Teknologi

Malaysia Sasar Mempunyai 4000 Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Tahun Ini

Pelan elektrifikasi negara kini semakin jelas selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan sasaran negara mempunyai 4000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang penghujung 2023. Pada waktu hanya terdapat 900 stesen pengecas kenderaan EV di seluruh negara.

Categories
Kewangan

Hampir 36,000 Lelaki Di Malaysia Diisytihar Muflis

Isu hutang dalam negara bukanlah suatu perkara asing lagi, namun permasalahan ini harus diatasi untuk membantu negara mengurangkan jumlah status muflis dari semasa ke semasa. Tahukah pembaca mengikut jantina, lelaki kini mendominasi jumlah muflis dengan 35,856 individu diklasifikasi bankrap sejak 2018 sehingga 2022.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Akan Memperkenalkan Ciri Video Eksklusif Yang Dikenakan Bayaran

Ramai golongan Generasi Z melihat menjadi pencipta kandungan sebagai kerjaya yang ideal. Dalam membolehkan pencipta kandungan terus menjana pendapatan, TikTok kini bersedia memperkenalkan ciri membenarkan pencipta kandungan mengenakan bayaran untuk menonton video-video eksklusif.Bayaran bermula $1 boleh dikenakan oleh pencipta kandungan untuk video di platform TikTok.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Bank Negara Malaysia : 30% Rakyat Malaysia Akui Hutang Membebankan Aliran Tunai

Ternyata sekitar 30% rakyat negara akui, tanggungjawab hutang ketika ini dilihat membebankan aliran tunai mereka dalam jangka masa panjang. Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) berlandaskan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 itu, turut menjelaskan perolehan hutang sebahagiannya telah disumbang hasil gaya hidup yang tidak sihat di awal permulaan kerjaya.

Categories
Kewangan Semasa

Cukai Pendapatan T20 Mungkin Dinaikkan

Pada pembentangan Belanjawan 2023 akhir bulan ini, terdapat beberapa perubahan dijangka berlaku pada initipati bajet tersebut – antaranya kemungkinan kenaikan cukai pendapatan dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi. Pengamatan Ambank Economic Research pada nota penyelidikannya menunjukkan potensi itu boleh berlaku, susulan kerajaan tiada hasrat mengembalikan cukai GST atau cukai baharu dalam usaha mempelbagaikan hasil negara.

Categories
Teknologi

Microsoft Dijangka Perlihat Integrasi Teknologi ChatGPT Pada Word, PowerPoint, Outlook

Microsoft kini dilaporkan akan berkongsi perkembangan berkenaan dengan integrasi teknologi kecerdasan yang dibangunkan oleh OpenAI ke dalam aplikasi Microsoft Office seawal Mac 2023 – iaitu bulan hadapan. Laporan baharu ini hadir selepas Microsoft memperkenalkan integrasi teknologi ChatGPT ke dalam Bing pada minggu ini, dan turut diintegrasikan ke pelayar web Microsoft Edge – sekaligus memperlihatkan fokus Microsoft pada kecerdasan buatan.