Categories
Sukan

Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2

Stesen televisyen berbayar, Astro mengumumkan menambah dua saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2. Kedua-dua saluran itu dapat ditonton para peminat bola sepak tempatan dengan definisi tinggi (HD) melalui saluran Astro 803 dan 804 masing-masing serta strim di Astro GO apabila dilancarkan bermula 23 Februari kelak.

Categories
Sains

Peningkatan Dopamin Ketika Mandi Membuatkan Individu Lebih Kreatif

Di otak, dopamin bersama-sama dengan bahan kimia lain seperti serotonin, oksitosin dan endorfin memainkan peranan penting dalam mempengaruhi peningkatan kreativiti otak, ingatan dan fokus. Oleh sebab itu, sewaktu mandi, bersenam atau beriadah, kebiasaannya otak akan merembeskan hormon dopamin yang boleh menggalakkan mood yang positif dan santai.

Categories
Semasa

Presiden Jokowi : Isu Industri Media Dalam Keadaan Tidak Berapa Baik

Jokowi berkata dunia kini dibanjiri dengan berita dari media sosial dan media digital lainnya, termasuk platform-platform asing yang tidak memiliki redaksi atau dikendalikan AI (artificial intelligence). “Algoritma raksasa digital cenderung mementingkan kepentingan sisi (aspek) komersial saja dan hanya akan mendorong konten-konten (kandungan) recehan (tidak penting) yang sensasional (sensasi),” katanya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

JPJ Perkenal Penggunaan Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Secara Digital

Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini memperkenalkan kaedah pendigitalan bermula dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital dan juga Lesen memandu Malaysia Persendirian Digital. Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ, dan mendaftarkan diri dan kenderaan untuk simpanan dan rujukan.

Categories
Semasa

Kerajaan Sedang Bangunkan Aplikasi Direktori Untuk Premis Makanan “Menu Rahmah”

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini berkongsi mengatakan sedang membangunkan sebuah aplikasi khusus yang menyenaraikan premis makanan dengan penawaran Menu Rahmah di seluruh negara. Menu Rahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mengalakkan pengusaha restoran menawarkan menu makanan pada harga RM5 – sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup bagi golongan B40.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Malaysia Kini Mempunyai 33 Juta Orang Penduduk

Malaysia kini mempunyai seramai 33 juta orang penduduk. Mengikut perincian, jumlah penduduk ini merangkumi warganegara seramai 30.4 juta orang sementara bukan-warganegara pula seramai 2.6 juta orang. Mengikut jantina pula, populasi lelaki terus mendominasi dengan 17.4 juta penduduk, diikuti perempuan seramai 15.6 juta. Secara nisbahnya 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan telah dicatatkan negara setakat ini.

Categories
Semasa

KLIA, klia2 Akan Dijenamakan Semula

Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti sektor penerbangan negara, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini memaklumkan Jemaah Menteri telah mencapai persetujuan akan cadangan penjenamaan semula KLIA, klia2 kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Categories
Sains

Lapisan Batuan Cair Baharu Ditemukan Di Bawah Plat Tektonik Bumi

Saintis dari The University of Texas in Austin mengumumkan penemuan lapisan batuan cair baharu di bawah plat tektonik bumi. Lapisan batuan cari ini meliputi sekitar 40% permukaan bumi dengan ia terletak sekitar 160 kilometer di bawah permukaan bumi. Ia merupakan sebahagian daripada lapisan asthenosfera yang terletak di dalam mantel yang membantu pergerakan plat tektonik bumi.

Categories
Semasa

Titiwangsa Bakal Jadi Hab Utama Pengangkutan Awam

Dalam usaha memperkasakan sistem pengangkutan di ibu negara Malaysia, pentadbiran kini bercadang menjadikan terminal Titiwangsa selaku hab pengangkutan awam di bandaraya – yang berpotensi menghubungkan 5 mod pengangkutan awam iaitu bas, monorel KL, LRT laluan Ampang, LRT laluan Sri Petaling dan MRT2 serta MRT3.

Categories
Semasa

Google Doodle Meraikan Hari Lahir Tokoh Terkemuka Dunia Animasi Malaysia, Kamn Ismail

Google hari ini meraikan Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail, yang merupakan seorang tokoh terkemuka dalam dunia animasi Malaysia. Beliau juga disebut sebagai perintis dalam penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital dalam animasi sekitar tahun 90-an. Bersempena ulang-tahun ke-67 beliau, doodle khas kini menghiasi halaman utama Google Malaysia.