Categories
Sains

Saintis Ingin Kembalikan Semula Burung Dodo Daripada Kepupusan

Dalam Bahasa Inggeris ada pepatah “pupus seperti burung Dodo”. Burung yang tidak boleh terbang ini pupus sekitar tahun 1662 kerana diburu dengan agresif oleh pelayar yang tiba di kepulauan Mauritius. Kini saintis dari Colossal Bioscences ingin mengembalikan Dodo dari kepupusan menggunakan teknik suntingan DNA. Dodo akan menjadi spesis burung pertama cuba “dinyahpupus”

Categories
Teknologi

Google Perkenal Ciri Carian Berbentuk Perbualan Dan Pesaing ChatGPT, Dinamakan “Bard”

Google sedia menjadualkan sebuah acara khas pada minggu ini memfokuskan carian dan juga kecerdasan buatan. Menariknya, lebih awal daripada itu, kini Google telah pun memperkenalkan ciri carian dalam bentuk perbualan, dinamakan sebagai “Bard”. Buat masa ini, Bard ditawarkan secara terhad kepada orang ramai. Ini sekaligus menjadikan carian di Google lebih baik lagi berbanding sebelum ini.

Categories
Teknologi

Apple Dijangka Hadir Dengan “iPhone 16 Ultra” Pada 2024

Apple pada hari ini sedia mempunyai penawaran model iPhone Pro dan juga iPhone Pro Max. Disamping kedua-duanya, Apple kini dilaporkan mungkin menambah satu lagi model di atas kedua-dua model mercu sedia ada, berkemungkinan “Ultra”. Apple dijangka memperkenalkan model tersebut seawal 2024 melalui keluarga iPhone 16 kelak. Dengan model “Ultra” ini, ia dijangka membawa harga jualan yang lebih tinggi berbanding harga jualan Pro Max sedia ada.

Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian Dapati Terdedah Ke Udara Tidak Bersih Untuk Tempoh Lama Tingkatkan Risiko Kemurungan

Menerusi jurnal yang dikeluarkan oleh JAMA Psychiatary, individu yang terdedah kepada udara kotor atau persekitaran dengan kualiti udara yang teruk untuk tempoh yang lama cenderung untuk mengalami kebimbangan dan depresi. Hal ini kerana, berada di kawasan udara yang bersih adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan mental yang baik.

Categories
Gaming Gaya Hidup Teknologi

Netflix Menghasilkan Anime Dengan Bantuan Kecerdasan Buatan – Disebabkan Kekurangan Pekerja

Dengan populariti integrasi kecerdasan buatan dalam pelbagai perkhidmatan, kini Netflix dilihat turut menghasilkan animasi pendek di Jepun, dengan bantuan kecerdasan buatan. Melalui animasi pendek sepanjang sekitar 3 minit, Netflix Jepun menggunakan penjanaan grafik berasaskan kecerdasan buatan. Seterusnya, grafik yang dijana berkenaan diintegrasikan dalam animasi pendek tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pesaing TikTok Dari YouTube, Shorts Kini Mencatatkan Lebih 50 Bilion Tontonan Setiap Hari

Sejak diperkenalkan, YouTube Shorts berkembang secara positif dari hari ke hari, dan terbaru, YouTube berkongsi mengatakan lebih 50 bilion tontonan pada YouTube Shorts berlaku setiap hari. Pada tahun 2022, YouTube berkongsi data mengatakan sebanyak 30 bilion tontonan berlaku pada Shorts ketika itu.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Ingin Berkongsi Pendapatan Pengiklanan Bersama Pencipta Kandungan

Elon Musk hari ini menyatakan Twitter akan mula berkongsi pendapatan pengiklanan bersama para pencipta kandungan. Elon mengatakan pendapatan pengiklanan daripada iklan yang dipaparkan pada bebenang Tweet seseorang pengguna tersebut akan dikongsikan bersama. Walaubagaimanapun, pengguna atau pencipta kandungan perlu melanggan Twitter Blue terlebih dahulu sebelum layak untuk perkongsian pendapatan ini.

Categories
Teknologi

Unifi Mobile Kurangkan FUP Untuk Pelan “Tanpa Had” Ke 60GB Sebulan, Hotspot Ke 5GB

Telekom Malaysia kini telah mula memaklumkan para pelanggan mereka, menyatakan FUP untuk pelan bulanan prabayar Unifi Mobile “tanpa had” akan ditetapkan kepada hanya 60GB sebulan. Disamping penurunan pelan tanpa had kepada kuota 60GB sebulan, Unifi Mobile juga akan mengurangkan penggunaan hotspot dari 10GB sebulan ke hanya 5GB sebulan. Perubahan ini akan diimplementasikan oleh Unifi Mobile bermula 9 Februari 2023 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Apple nampaknya terus mendominasi arena peranti elektronik, dan melalui perkongsian terbaru, gergasi teknologi tersebut mengatakan kini terdapat lebih 2 bilion peranti Apple yang aktif digunakan pengguna di seluruh dunia. Ini adalah termasuk penggunaan iPad, Mac dan juga iPhone.

Categories
Teknologi

OpenAI Bakal Perkenal Ciri Jana Video Menggunakan Kecerdasan Buatan

OpenAI merupakan salah satu nama yang kerap disebut kebelakangan ini, dengan penawaran sejumlah ciri-ciri dan fungsi berasaskan kecerdasan buatan. Antara yang ditawarkan adalah ChatGPT untuk maklumbalas pantas dan Dall-E yang membolehkan penjanaan gambar dengan menggunakan input berasaskan teks. Terbaru, OpenAI juga sedang bangunkan kebolehan untuk jana video menggunakan AI.