Misi Artemis telah dimulakan dengan ujian pelancaran Artemis I penghujung tahun 2022 sebagai persediaan untuk menghantar angkasawan kembali ke bulan pada tahun 2025. Untuk menyokong misi jangka panjang di bulan, sebuah markas dengan sistem komunikasi ke Bumi yang baik diperlukan. Lockheed Martin kini mengumumkan pembentukan anak syarikat baharu Crescent Space Services yang akan menawarkan perkhidmatan komunikasi di permukaan bulan.