Categories
Kewangan Teknologi

TheLorry Berjaya Meraih Dana Pelaburan Berjumlah RM4.14 Juta Secara Biayasama

TheLorry kini mengumumkan mereka telah berjaya meraih suntikan pengumpulan dana terbaru, yang dilakukan secara biayasama, berjumlah RM4,140,000. Sebanyak RM3,375,000 telah diraih melalui platform biayasama Pitchin, sementara baki RM765,000 adalah pelaburan daripada pihak MyCIF. Dana akan digunakan untuk perluaskan perkhidmatan TheLorry, terutamanya di Indonesia.

Categories
Gaya Hidup

Proton X90 Disahkan Bakal Dipasarkan Dalam 4 Variasi – Hadir Dengan Sokongan Sistem Autonomi Tahap 2

Proton kini telah mengesahkan bakal memperkenalkan kereta mercu mereka seterusnya dibawah segmen-D SUV, iaitu Proton X90. Kenderaan ini akan hadir dalam empat variasi berbeza, dengan model paling tinggi adalah Proton X90 Flagship. Proton X90 hadir dengan integrasi sistem hibrid, menggunakan enjin turbo tiga silinger 1.5L, dengan kuasa pecutan 300Nm. Kenderaan ini juga hadir dengan penawaran sokongan swapandu tahap 2.

Categories
Gaya Hidup

Ujian Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Akan Diuji Di Lebuhraya Sungai Besi Pada Penghujung Oktober 2023

Menteri Kerja Raya kini berkongsi menyatakan kerajaan akan melakukan ujian konsep untuk sistem tol tanpa palang pada penghujung bulan Oktober 2023 kelak. Untuk tujuan ini, Lebuhraya Sungai Besi sebagai lokasi untuk ujian konsep awal, sebelum ia diperluaskan untuk penggunaan menyeluruh. Dengan langkah implementasi ini, ia dijangka akan mengelak sebarang kesesakkan lalu-lintas yang kini berlaku disebabkan oleh palang tol.

Categories
Teknologi

Microsoft : GPT-4 Memperlihatkan Petanda Awal Ke Arah AGI – Prestasi Melakukan Tugasan Setara Manusia

Terbaru, Microsoft menerbitkan kertas kajian dan penyelidikkan mereka, menyatakan GPT-4 memperlihatkan petanda awal kepada AGI (Artificial General Intelligence), iaitu kebolehan kecerdasan buatan untuk beroperasi setara atau melebihi kemampuan manusia biasa. Kajian Microsoft menyatakan GPT-4 mampu menyelesaikan sejumlah tugasan meliputi topik matematik, pengaturcaraan, perubatan, perundangan dan sebagainya tanpa sebarang arahan khusus. Prestasi penyelesaian untuk setiap tugasan ini juga dikatakan menghampiri prestasi manusia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Unifi Mengacah Pengenalan Pelan Internet “Ultra” Berkelajuan 2Gbps

Unifi kini hadir dengan laman pendaftaran minat, sekaligus mengacah bakal memperkenalkan pakej internet baharu dengan kelajuan mencapai 2Gbps. Melalui laman pendaftaran minat berkenaan, Unifi dilihat menggunakan perkataan “Ultra”, yang mana mungkin merupakan nama untuk pelan atau pakej terbaru mereka kelak.

Categories
Semasa Teknologi

Gordon Moore, Pengasas Hukum Moore Meninggal Dunia

Hukum Moore mengatakan jumlah transistor dalam litar bersepadu (IC) akan meningkat dua kali ganda setiap dua tahun dengan kos menghasilkannya turut separuh. Ia diperkenalkan pada tahun 1965 dan sejak 1975 hukum ini masih lagi utuh sehingga sekarang. Yang tidak utuh, Gordon Moore, insan yang melakukan ramalan Hukum Moore ini kerana beliau telah meninggal dunia hari ini pada usia 94 tahun.

Categories
Semasa

China Dilaporkan Akan Membantah Arahan Amerika Untuk Menjual TikTok

Amerika Syarikat dilaporkan meminta Bytedance menjual TikTok sekiranya mereka ingin terus beroperasi di negara tersebut. Alasannya TikTok akan menjual data kepada China bagi tujuan pengintipan acap kali digunakan walaupun beberapa kali dinafikan oleh pihak TikTok. Lanjutan daripadanya, kini Kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan rasmi membantah sebaran bentuk penjualan TikTok.

Categories
Semasa

Kini Anda Boleh Menjual Minyak Masak Terpakai Melalui Setel – Terhad Di Beberapa Lokasi

Setel merupakan aplikasi yang memudahkan anda melakukan pembayaran untuk pengisian petrol untuk kenderaan, menguruskan parkir kenderaan, serta menguruskan beberapa perkara lain. Terbaru, Setel turut bekerjasama dengan Biolestari Energy, sekaligus membolehkan anda menjual minyak masak terpakai terus melalui Setel.

Categories
Semasa

UNESCO : 2 Bilion Penduduk Bumi Tiada Akses Kepada Bekalan Air Bersih

Menurut laporan UNESCO sempena Hari Air Sedunia semalam, 26% penduduk bumi atau sekitar 2 bilion tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang bersih. Sementara itu 46% penduduk bumi juga tidak mempunyai akses kepada sistem sanitasi yang diuruskan dengan selamat.

Categories
Semasa

ZUS Coffee Menjual 35% Pegangan – Akan Diperluaskan Ke Filipina

ZUS Coffee merupakan salah satu jenama minuman yang tidak asing bagi pengguna tempatan. Telah membuka kedai pertama pada 2019 yang lepas, kini ZUS Coffee mempunyai lebih 197 cawangan di seluruh negara. Terbaru, Frank Lao, jutawan disebalik beberapa restoran popular di Filipina, termasuk Choi Garden dan Gloria Maris telah melabur pad ZUS Coffee, dan mendapatkan pegangan sebanyak 35%. Nilai pelaburan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak.