Categories
Teknologi

ChatGPT Dianggar Menelan Kos Operasi Sebanyak RM3.1 Juta Sehari

Mengikut anggaran penganlisa di SemiAnalysis, ia dianggarkan ChatGPT menelan kos operasi sekitar $700,000 atau RM3.1 juta sehari. Kos ini dianggarkan untuk memastikan chatbot tersebut kekal beroperasi dari hari ke hari, dan menampung kadar trafik semasa. Ia dianggarkan OpenAI memerlukan hampir 30,000 GPU, atau secara tepatnya 28.936 GPU dalam memastikan ChatGPT beroperasi.

Categories
Teknologi

Google Bard Kini Boleh Menulis Kod Dalam Lebih 20 Bahasa Pengaturcaraan

Google Bard merupakan penawaran chatbot yang diintegrasikan dengan kecerdasan buatan oleh pihak Google. Buat masa ini, ia masih ditawarkan secara terhad kepada beberapa pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Terbaru, Bard dikatakan boleh menjana kod, melakukan debug, serta menerangkan sesuatu kod pengaturcaraan. Bard juga menyokong lebih 20 bahasa pengaturcaraan buat masa ini, termasuk C++, Java, Javascript, Go, Python, dan Typescript.

Categories
Gaya Hidup

Apple Dilaporkan Bakal Perkenal Aplikasi Berbentuk Jurnal Dalam Memfokuskan Arena Kesihatan Mental

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi aplikasi dibawah penawaran mereka, dengan memfokuskan kepada ciri menulis jurnal atau diari. Aplikasi ini akan bersaing dengan beberapa yang lain di pasaran, termasuk salah satu yang popular adalah Day One. Apple dijangka memposisikan aplikasi ini dalam arena kesihatan mental.

Categories
Sains

SpaceX Starship Meletup Semasa Ujian Pelancaran Ke Orbit

Pelancaran pertama Starship untuk mengorbit bumi telah berjaya dilakukan dari Boca Chica, Texas menggunakan sebuah roket Super Heavy. Namun begitu selepas melepasi tahap pertama, roket mengalami isu dan berkecai sebelum Starship sempat berpisah dan menyalakan enam enjin tahap keduanya. Walaupun gagal memenuhi sasaran misi, SpaceX mengatakan data ujian hari ini adalah berguna untuk melakukan pelancaran yang seterusnya.

Categories
Semasa

Twitter Mula Membuang Tanda Calit Biru Legasi Pada Akaun Pengguna

Seperti dijanjikan, Twitter kini dilihat telah mula membuang tanda calit biru legasi pada akaun-akaun yang tidak melanggan Twitter Blue. Dengan perubahan ini, Twitter kini hanya memperlihatkan tanda calit biru atau dikenali ramai sebagai “Verified” pada akaun yang melanggan Twitter Blue sahaja. Di Malaysia, Twitter Blue ditawarkan pada harga langganan RM35 sebulan.

Categories
Semasa

Tesla Akan Membina 50 Supercharger Seluruh Malaysia Dalam Masa Tiga Tahun

Menerusi perkongsian Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri – Tengku Zafrul menerusi media sosial hari ini, beliau mengesahkan Tesla akan membina sekurang-kurangnya 50 pengecas Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun. Daripada jumlah ini, sekitar 30% harusnya boleh digunakan oleh kenderaan elektrik pengeluar lain.

Categories
Teknologi

Instagram Kini Membolehkan Anda Menambah Sehingga Lima Pautan Pada Profil

Instagram hari ini membuat salah satu perubahan besar pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna menambah sehingga lima pautan pada profil mereka – berbanding hanya satu pautan selama ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus mencabar sejumlah perkhidmatan lain di pasaran, termasuk seperti Linktree dan Socl. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

Categories
Semasa

Ketetapan Pemakaian Pelitup Muka Semasa Solat Aidilfitri Diumum Dalam Masa Terdekat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jakim dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri. Beliau berkata walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi tersebut sebelum keputusan mengenainya diambil.

Categories
Semasa

PDRM Tawar Kadar Khas Bayaran Saman Trafik RM50, Bermula 21 April – 21 Mei Ini

Kerajaan bersama kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah bersetuju untuk memberi Kadar Khas Bayaran Saman kepada orang awam bermula 21 April sehingga 21 Mei ini – untuk mereka melunaskan semua tunggakan saman trafik tahun 2022 dan tahun sebelumnya. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim setiap saman boleh dilunaskan pada kadar RM50 dan tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

Categories
Semasa

PM Anwar Beri Cuti Kelepasan Am Tambahan – Jumaat Atau Isnin, Bergantung Penetapan 1 Syawal

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, kini kerajaan mengumumkan hari cuti kelepasan am tambahan selama sehari. Cuti ini bergantung pada tarikh jatuhnya Raya, iaitu sekiranya Raya pada hari Jumaat, maka cuti pada hari Isnin. Sementara sekiranya Raya pada hari Sabtu, maka cuti pada hari Jumaat. Secara menyeluruh, rakyat Malaysia akan dapat menikmati cuti dari Jumaat ke Isnin.