Categories
Semasa

Indonesia Dijangka Hilang Status Negara No.4 Paling Ramai Penduduk Menjelang 2045

Indonesia dijangka bakal kehilangan status selaku negara ke-4 paling ramai penduduk dunia kepada Nigeria dan Pakistan, menjelang 2045 ini. Menurut tinjauan Kementerian Perancangan Negara Indonesia bersama statistik global, populasi Indonesia ini akan lebih perlahan kepada 0.4% pada 2045 berbanding 1.17% pada tahun 2022. Antara faktor yang mendorong penyusutan tersebut adalah kadar kelahiran yang dilihat semakin perlahan, di samping usaha Indonesia untuk memacu pertumbuhan ekonomi mereka dan mencapai status pendapatan tinggi menjelang 2045.

Categories
Semasa

Populasi Malaysia Kini Dianggarkan Mencapai 33.2 Juta Orang

Jabatan Perangkaan Malaysia kini berkongsi statistik dan data berkaitan demografi Malaysia untuk suku tahun pertama 2023, sekaligus memperlihatkan jumlah populasi di Malaysia kini mencapai 33.2 juta orang. Ini sekaligus memperlihatkan pertumbuhan penduduk sebanyak 1.6% berbanding tempoh sama tahun lepas. Daripada angka tersebut, seramai 30.4 juta orang adalah warganegara, sementara 2.8 juta orang adalah bukan warganegara.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Mozilla Ingin Hadir Dengan Laman Sosial Yang Lebih Sihat

Mozilla, pembangun pelayar web popular Firefox, kini turut ingin hadir dengan sebuah laman sosial. Mozilla mengatakan ingin bangunkan sebuah media sosial yang sihat, dan terbuka berasaskan kepada Mastodon. Pelbagai had akan disertakan, selain ia turut akan melalui pemantauan dalam memastikan perbincangan dalam komuniti tersebut sihat dan tidak berbentuk negatif.

Categories
Sains Semasa

Saintis Perancis Menemui Cara Terbaik Memanggil Kucing

Terkini saintis daripada Paris Nanterre University menerbitkan kajian mengenai cara terbaik memanggil kucing. Hasilnya pemilik disarankan menggunakan panggilan suara dan gestur fizikal secara serentak. Penyelidik mendapati kebarangkalian kucing akan menyahut panggilan lebih tinggi apabila suara dan gestur digunakan serentak. Kajian turut mengatakan kucing tahu apabila nama mereka dipanggil oleh tuannya dan mengenali suara tuan mereka berbanding orang lain.

Categories
Semasa

Pos Malaysia Memasuki Arena Kedai Serbaneka – POS Shop

Pos Malaysia kini meneroka cabang baharu perniagaan dengan membuka kedai serbaneka pertamanya, dinamakan Pos Shop. Kedai pertama Pos Shop ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Medan Tuanku Jalan TAR. Ini sekaligus membolehkan pengguna yang singgah ke Pejabat Pos, turut mendapatkan pelbagai barangan keperluan dengan mudah. Buat masa ini, POS Shop beroperasi dari 8 pagi ke 8 malam.

Categories
Kewangan Semasa

DuitNow Antara Negara : Kini Anda Boleh Bayar Di Indonesia Menggunakan Imbasan Kod QR

Bank Negara Malaysia dan juga Bank Indonesia kini mengumumkan pengenalan rasmi ciri kerjasama strategik, untuk penggunaan dan integrasi pembayaran berasaskan kod QR. Melalui integrasi ini, pembayaran menggunakan kod QR antara sistem DuitNow dan juga QRIS di Indonesia dipautkan. Hasilnya, pengguna Malaysia dengan dompet digital menyokong DuitNow boleh membayar di Indonesia dengan mengimbas kod QRIS.

Categories
Semasa

Proton X90 Kini Rasmi Dengan Enjin Hibrid, Harga Bermula RM123,800

Proton X90 kini dilancarkan secara rasmi dalam empat versi. Pelancarannya dilakukan pada hari Proton menyambut ulang tahunnya yang ke-40. Proton X90 adalah SUV paling besar dalam keluarga siri X setakat ini kerana mampu menempatkan sehingga tujuh orang penumpang. Model paling asas Standard dijual pada harga RM123,800 dengan tayar aloi 18″, sistem info hibur 12.3″, kerusi fabrik dan kapasiti tujuh penumpang.

Categories
Teknologi

Perodua Memperlihatkan Kereta Elektrik Konsep – Adakah Ini Myvi Generasi Akan Datang?

Perodua pada acara Malaysia Autoshow 2023 memperlihatkan salah satu kereta konsep yang dinantikan ramai, iaitu kereta elektrik konsep. Perodua menamakan ia sebagai EMO (Electric Motion Online). Kereta konsep ini dilihat hadir dengan rekaan seumpama Perodua Myvi, dan dikatakan menawarkan kelajuan maksimum mencapai 160km/j.

Categories
Teknologi

Google Ingin Menjadikan Carian Lebih Peribadi Melalui Integrasi AI Dan Klip Video Pendek

Kini, menurut WSJ, Google sedang melihat kepada kaedah paparan baharu hasil carian, sekaligus mengubah bentuk paparan tradisional masa kini yang mengintegrasikan sekitar 10 pautan untuk diklik dan dibuka. Melalui peralihan baharu, Google ingin memperlihatkan keputusan carian dengan mengintegrasikan perbualan bersama kecerdasan buatan. Disamping itu, Google juga dikatakan ingin menyertakan video-video pendek serta perkongsian di media sosial.

Categories
Semasa

WHO Mengisytiharkan Covid-19 Bukan Lagi Sebuah Kecemasan Kesihatan Global

Sudah lebih tiga tahun Covid-19 menyerang Bumi. Menerusi program vaksinasi dan pelbagai langkah kecemasan yang diambil di peringkat global impak pandemik semakin tidak dirasai. Hari ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 bukan lagi sebuah kes kesihatan awam global. Covid-19 tidak lagi dianggap sebagai sebuah kes kecemasan kerana trend penurunan kes kematian, penurunan kemasukan ke hospital, penurunan kemasukan ke ICU dan juga tahap imuniti penduduk yang tinggi terhadap SARS-COV-2 pada waktu ini.